BAB 7

Romance Completed 14381

Sorry sorry sayangku, I love you…
Sorry sorry sayangku, I miss you…
Sorry sorry sayangku..
Kembalilah dikau kepadaku….

“ Am tak malu ke jilat ludah sendiri? Bukan dulu Am sendiri ke yang kata, Am menyesal sebab stay di sisi Hana? Apa Am dah lupa? Nak Hana ingatkan?” Dalam geram Suhana bersuara.

Amsyar melahirkan tawa kecil. Tidak sangka sehingga ke detik ini Suhana masih mengingati bait bicaranya sedangkan dirinya yang tuan empunya lidah ini pun sudah terlupa.

“ Manusia boleh berubahkan Hana. Macam tu juga Am. Susah sangat ke Hana nak maafkan Am? Kita buka buku baru ek.” Bersungguh Amsyar merayu bekas kekasihnya untuk kembali ke sisi sambil menayangkan muka yang menagih simpati.

“ Am ni bukan manusia, tapi Am ni langau! Dah halau banyak kali pun tak mahu pergi. Buka buku baru? Kita pernah ada buku lama ke? Hana tak pernah punlah bukukan segala kenangan kita. Itu semua hanya mimpi buruk je pada Hana. Dan sekarang Am dah tak layak nak sakitkan hati Hana lagi. So, just go lah Am!” Lontaran kata Hana bergema di situ sehinggakan perasaan seorang lelaki bernama Amsyar remuk dibuatnya. Ha kau, ambik! Dulu buat orang. Sekarang bila kena dekat batang hidung, barulah nak faham macam mana perasaan perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience