40. Akad Termeterai

Romance Completed 356762

'Ya Allah, aku harap ni adalah keputusan yang terbaik untuk aku buat. Pak su pun dah tak nak jaga aku. Aku nak pergi jauh dari sini. Aku nak sambung belajar. Kalau ini syaratnya, aku sanggup'

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Kelihatan para hadirin mula menadah tangan apabila Imam mula membaca doa. Sedang Myra masih terpinga-pinga. Apa dah jadi? Hana disebelah dipandang dengan penuh hairan.

"Dah sah dah My, eh kak long" Bisik Hana, disertai gurauan mesra.

Tangannya turut ditadah mengaminkan doa yang dibaca. Terdengar Ryzal membaca lafaz taklik, sebelum kemudiannya Ryzal bangun berjalan kearahnya untuk menyerahkan duit maskahwin dan memakaikan Myra cincin.

Oppsss! Takde adegan cium-cium dahi. Ryzal segan. Jadi dia hanya membaca doa dan Myra menyalami tangannya.

"Pak su nak balik Kuantan dah ni. Kau pandai-pandai jaga diri. Tanggungjawab pak su dah lepas. Sekarang suami kau yang jaga. Pak su mintak maaf, nak bawak Myra duduk sama dengan pak su pun, pak su tak mampu. Apatah lagi nak tanggung kau sambung belajar" Myra hanya kaku mendengar ucapan Rusydan.

Keluarga dia sendiri pun tidak mahu menjaga dia, buat apa mengaku bersaudara. Baik jadi sebatang kara.

Pada hari pernikahan itu juga yang diadakan jamuan kecil-kecilan, Sufian datang membuat onar. Segala barang milik Myra seperti baju dan buku dicampak ke perkarangan rumah Jannah dan Fairus.

Mengejutkan tetamu terdekat yang hadir meraikan.

"Kau Myra, jangan sampai aku dapat cari kau semula. Mampus kau aku kerjakan" Tempik Sufian. Jantung Myra sudah berdegup kencang.

"Buat apa je lagi My. Pergi masuk tidur sana" Tegur Jannah. Myra berpaling kearah suara Jannah.

"Sikit lagi ni mak. Mak masuk lah tidur dulu. Nanti siap ni My tidur" Jawab Myra.

Dia sedang sibuk mencuci dan mengemas segala peralatan yang diguna sewaktu kenduri tadi. Ada beberapa jiran sudah membantu mencuci kebanyakan dari peralatan yang diguna.

Jadi yang mana ada, dia cucikan. Takkan nak biarkan Jannah yang sakit lutut kemaskan, atau Rayhana yang masih dalam pantang itu.

"Hari Ahad pagi nanti, abang long dah nak balik KL. My ikut abang long dulu ye. Barang My yang lain, biar mak bawak sekali dengan barang-barang mak yang lain, naik lori"

"Baik mak"

Ryzal yang berselindung disebalik langsir pintu menuju kedapur hanya tersenyum. Jenis ikut cakap budak ni. Bagus. Baik pula dengan mak. Bijak ambil hati mak. Memang macam apa yang dia nak.

"Dah siap My?" Tanya Jannah.

"Dah mak" Myra mengelap tangan dengan tuala dapur yang bersih. Dia memimpin Jannah keluar dari dapur menuju ke bilik.

Sebaik sahaja Jannah hilang dari pandangan matanya, Myra menarik nafas panjang. Dia masih berdiri mengelamun depan bilik Jannah.

"My, malam ni tidur bilik Hana dulu. Rafiq ada lagi dalam bilik abang long" Myra yang terperanjat menggosok dadanya. Cuba bertenang. Mencari pemilik suara yang rupanya sedang berdiri tidak jauh darinya. Ryzal!

"Okey" Myra terus masuk ke dalam bilik Rayhana. Dia menarik nafas lega. Tadi sempat dia menjejakkan kaki ke bilik Ryzal yang dihias indah. Nasib baik tak payah tidur kat situ.

Kali pertama menaiki pesawat mendebarkan Myra. Mana taknya, dia dah la gayat. Fuhh, macam nak terhenti jantung gayat punya pasal. Perjalanan dari LCCT ke Puchong Perdana pula memakan masa selama 40 minit, walaupun dirasakan bagai 4 jam. Kejung dia menunduk dalam kereta sepanjang masa. Santai-santai sahaja Ryzal memandu kereta.

Disebabkan Ryzal cuti untuk majlis pernikahan pada hari Jumaat, hari ini dia perlu balik awal sedikit. Dia perlu membantu menyiapkan kertas soalan untuk English Placement Test bagi pelajar baru yang akan mendaftar ke CFS Jun nanti.

Pagar dibuka, kereta dimasukkan ke tempat parkir. Enjin kereta dimatikan. Bagasi Myra dari tempat duduk belakang dikeluarkan.

Pintu rumah dibuka perlahan. Bagasi Myra ditolak masuk mendahuluinya.

"Masuklah"

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience