BAB 7

Romance Completed 11234

Kini, Winda sudah boleh balik ke rumahnya. Sepanjang berpantang dia dijaga oleh ibunya. Sesekali ibu mertuanya ada juga menjenguk mereka. Kedua-dua ibunya seronok mempunyai cucu terutama sekali ibunya. Kerana itu cucu pertamanya.

Setelah merengek hendak menyusu tadi, terus sahaja bayinya itu tertidur di ribanya. Dia mencium ubun-ubun anaknya dengan penuh kasih sayang. Tiba-tiba dia tersenyum apabila teringat pertaruhannya dengan Nazri dahulu.

“Aik… Ibu tersenyum sorang-sorang. Mesti ada apa-apa ni.”

Nazri datang menghampiri Winda dan tatkala itu dia dapat menangkap senyuman yang terukir di bibir isterinya itu. Dia duduk di sebelah Winda dan kemudian mencium ubun-ubun bayinya.

“Tak ada apa-apa. Winda cuma teringat je.”

Winda berjeda. Nazri memandang Winda dengan wajah yang tertanya-tanya. Takut juga dia kalau-kalau Winda teringat tentang hal itu. Dia faham dengan wajah itu kemudian dia tergelak.

“Winda teringat pasal pertaruhan kita hari itu. Abang tak ingat?”

Nazri sudah boleh menarik nafas lega. Ingatkan isterinya teringat tentang hal itu. Nasib baik. Kalau tak pasti Winda akan terluka lagi. Dia sudah tidak sanggup melihat air mata Winda. Cukuplah yang dulu.

“Mestilah abang ingat. Ternyata abang yang berjaya. Sayang tak kecewa kan?”

“Ada jugak… Hehehe…. Tak adalah. Winda okay jer. Winda tak kisah anak kita lelaki ke perempuan. Yang penting anak kita membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.”

Nazri mengangguk sebab dia juga berpendapat yang sama.

“Kalau sayang kecewa pun tak pa. Nanti kita boleh buat lagi. Sayang nak tak? Jom?”

Ajak Nazri dengan senyuman menggoda sambil mengenyit mata. Tangannya sudah memegang tangan Winda seolah mahu menarik Winda bangun. Winda pantas mencubit lengan Nazri dan Nazri terjerit kecil.

“Gatal. Kalau abang nak tunggu anak besar dulu.”

Nazri buat muka kecewa.

“Ala sayang. Sayang beranak ramai pun tak pa. Abang suka anak ramai. Kalau boleh abang nak…”

Nazri tidak menghabiskan ayatnya tapi dia mengangkat kesepuluh jarinya. Sekali lagi dia tersenyum nakal.

“Amboi… abang ingat Winda ni mesin basuh. Boleh muat banyak baju?”

Nazri hanya gelak dengan perumpamaan yang dicipta Winda.

Setelah menidurkan anaknya, dia kembali ke sisi suaminya yang sedang merenung langit malam di beranda. Dia memeluk suaminya dari belakang. Tangannya dipegang supaya memeluk suaminya erat. Kemudian, Nazri menarik tangannya. Kini, Nazri pula memeluknya erat dari belakang.

“Abang nak ucapkan terima kasih pada sayang sebab masih setia pada abang. Terima kasih juga sebab sudi memaafkan abang. Dan terima kasih sebab melahirkan zuriat buat abang.”

Ucapnya di telinga Winda. Winda yang mendengar terasa sejuk hatinya.

“Winda pun nak ucapkan terima kasih pada abang sebab sabar melayan kerenah Winda walaupun Winda tak melayan abang dengan baik. Terima kasih juga sebab menghadiahkan Winda anugerah yang terindah.”

“Anugerah terindah?”

Tanyanya tidak mengerti.

“Anak kitalah. Itulah anugerah terindah sebagai lambang sayang dan cinta abang terhadap Winda. Dialah pengikat jantung kita berdua. Semoga kehadiran anak kita dapat mengeratkan lagi hubungan kita suami isteri. Winda berharap Windalah jodoh abang dan kita dikekalkan bersama sehingga ke nafas yang terakhir.”

Itulah yang dia harapkan selama ini.

“Insha Allah… Windalah jodoh abang yang telah ditetapkan Allah di hul mahfuz. Abang tetap menjadi milik Winda selama-lamanya.”

Hujung kata Nazri membuatkan Winda tersenyum lebar. Nazri mengucup pipi isterinya. Lama.

“Ku tetap milikmu. Ku tetap milikmu. Ku tetap milikmu Selamanya.”

Tiga kali Nazri mengulang ayat itu dan Winda hanya mampu tergelak. Malam yang berbintang penuh menjadi saksi dua manusia yang bersatu atas nama cinta, janji setia untuk terus kekal selama-lamanya. Jika sudah tertulis jodoh mereka, tiada siapa yang dapat menghalang hatta badai melanda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience