BAB 2

Romance Completed 11234

Kali ini dia harus beralah, demi anak dalam kandungannya yang baru dia tahu yang dia telah hamil pagi tadi setelah dia buat check-up sendiri dengan test pregnancy. Gembiranya tidak terkata sebaik melihat dua garisan merah. Walaupun dia tidak pasti, tapi haidnya sudah terlewat tiga minggu.

Sesungguhnya dia sudah lama menantikan kehadiran bayi ini sejak tiga tahun yang lalu. Sekiranya benar dia mengandung, betapa bersyukurnya dia dengan anugerah Tuhan ini.

“Cuba abang tengok atas meja kopi tu. Baru abang tahu kenapa Winda buat abang macam tu.”

Akhirnya dia sudi berkata setelah keluhan dilepaskan. Seiring katanya pandangan suaminya jatuh pada meja kopi. Dia pula sudah mengambil tempat di sofa berhadapan suaminya. Dia ingin melihat reaksi suaminya.

Sebaik pandangan jatuh pada gambar yang tersusun elok, dia terus mencapai gambar itu dan dilihatnya satu persatu sambil matanya menunjukkan rasa terkejut yang teramat. Gambarnya dengan seorang perempuan dengan pelbagai aksi dan adegan. Yang paling tidak disangka, gambarnya dengan perempuan itu ketika di atas katil. Mereka tidur bersama tapi ketika itu dia tidak sedar. Dia tersedar keesokan paginya dan membuat alasan tertidur di pejabat setelah Winda bertanya pada pagi itu.

Dia tidak menyangka Sherry akan mengambil gambar ketika mereka bersama dan lebih tidak sangka Sherry sanggup menghantar gambar itu kepada isterinya dan berniat untuk menghancurkan rumah tangga mereka. Fahamlah dia kenapa isterinya bertindak begitu. Hati isteri mana yang tidak sakit bila dapat tahu suaminya curang. Lebih-lebih lagi di belakang.

Winda memandang Nazri tanpa perasaan. Dia mengharapkan penjelasan daripada suaminya kenapa suaminya sanggup curang di belakangnya. Kalau suaminya sudah kemaruk nak kahwin satu lagi dia boleh beri walau hatinya berat untuk bermadu. Sebagai isteri, dia rela walau tak sanggup dimadukan. Tanyalah pada sesiapa pun, pasti antara mereka tidak suka suami mereka berpoligami.

Nazri merapati isterinya. Dia melutut depan Winda. Dia menyentuh lembut tangan isterinya. Dan Winda sudah tidak mengelak seperti tadi. Winda membiarkan tangannya dikucup mesra. Lama tangannya berada di bibir suaminya sebelum Nazri meminta maaf.

“Abang minta maaf. Abang tak sengaja berlaku curang di belakang Winda. Abang pun tak tahu kenapa abang boleh buat Winda macam tu sedangkan abang tahu Winda tiada cacat celanya. Abang sayangkan Winda, cintakan Winda. Abang benar-benar minta maaf sayang. Abang benar-benar minta maaf.”

Lembut dan lirih suara Nazri berkata-kata. Dia benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Dia memandang Winda dengan mata berkaca. Mengharapkan kemaafan daripada isterinya itu.

Sebaik mendengar minta maaf yang bertalu-talu keluar dari bibir suaminya, hatinya terusik. Dia memandang ke atas tidak mahu air matanya jatuh berguguran. Tapi ternyata air matanya yang jatuh tidak mampu lagi dihalang. Dia membiarkan air mata itu mengalir dan terus mengalir seperti air terjun.

Setelah air matanya berhenti, dia mula berkata-kata. Suaranya sudah mula serak basah.

“Alasan apa yang abang nak bagi pada Winda sedangkan gambar itu jelas yang abang curang di belakang Winda. Alasan apa lagi bang. Alasan apa lagi. Seluruh kepercayaan yang Winda bagi pada abang sudah semakin terhakis. Apakah Winda masih boleh mempercayai abang?”

Winda berjeda dan ayat terakhirnya, dia memandang suaminya dalam. Masihkah dia boleh mempercayai suaminya itu.

Dia perlu berterus terang. Dia tidak mahu isterinya kecewa lagi. Cukuplah dia menanam duka dalam jiwa Winda. Air mata di pipi isterinya meruntun hatinya. Tidak sepatutnya dia membuat Winda begitu. Winda seorang yang baik dan wanita sebaik Winda tidak layak untuk diduakan.

“Ya! Semua gambar itu benar tapi gambar di atas katil itu sama sekali tidak benar. Abang tak buat sesuatu yang menyalahi agama. Abang sendiri tidak tahu macam mana abang boleh berada di situ dengan wanita itu. Seingat abang, abang hanya berada di club bersama-sama kawan abang. Pagi itu baru abang tersedar. Sumpah! Abang tidak buat apa-apa dengan perempuan itu. Percayalah.”

Terang Nazri apa yang telah berlaku pada malam itu. Tapi itu masih belum dapat mengembalikan rasa kepercayaannya pada Nazri.

“Kalau abang tak bersalah, kenapa abang tak berterus terang pada Winda tentang kejadian malam itu. Winda tahu berterus terang itu susah, tapi sekurang-kurangnya abang berterus terang pada Winda walau Winda sukar untuk terima. Tapi kenapa abang harus menipu sedangkan selama ini abang tidak pernah menipu Winda.”

“Abang beritahu Winda yang abang tertidur di pejabat sebab masa itu abang tak tahu patutkah abang berterus terang dengan Winda. Abang tak mahu Winda kecewa setelah tahu tentang itu sebab itu abang mereka cerita yang abang tertidur di pejabat. Abang masih setia pada Winda. Abang tak sanggup menduakan Winda. Percayalah sayang. Abang masih sayangkan Winda sejak lima tahun lalu dan cinta abang pada Winda tetap tak berubah walau umur abang sudah dimamah usia. Abang tetap milik Winda selamanya.”

Dia terharu di hujung kata suaminya tapi benarkah lelaki itu akan menjadi miliknya selamanya. Bolehkah dia mempercayai kata-kata suaminya itu?

Winda menarik nafas seketika sebelum berkata lagi buat kali terakhir. Dia sudah kehilangan kata.
“Winda tak tahu nak kata apa lagi. Winda pun sayangkan abang, cintakan abang. Tapi, sejak kehadiran gambar-gambar itu, perasaan sayang, perasaan cinta Winda pada abang, seolah-olah berterbangan. Menjauh pergi dari Winda dan Winda tak tahu ke mana itu semua pergi. Winda tak tahu abang.”

Sekian kalinya air mata itu jatuh lagi. Tangisan Winda sudah semakin menebal. Bait bicara Winda menuntun hati lelakinya. Dia pantas menarik Winda dalam pelukannya dan tangisan Winda terus bersambung dalam dakapannya. Dia terus memeluk isterinya, memberi kehangatan pada tubuh dan jiwa Winda. Kedua-dua mereka berpelukan sehingga ke pagi dan mereka terus tertidur di situ tanpa sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience