BAB 3

Romance Completed 878

Selesai solat, Fateha mengemas almari telekung kerana melihat
almari itu tidak tersusun. Dari balik tirai, dia ternampak kelibat
lelaki yang sedang mengutip dan melipat sejadah. Ada getar dalam
hatinya, Fateha yakin, itulah pemuda yang pernah dijumpainya dulu,
dia tidak tahu bagaimana dia sebegitu yakin namun hatinya begitu pasti.
Saat keluar dari ruang solat, Fateha melihat tetamu yang hadir ke
masjid malam itu sudah menikmati juadah yang disediakan. Fateha
rasa gembira apabila melihat juadah hidangannya disantap para tetamu,
mungkin inilah kegembiraan yang dirasa bila kita ikhlas bersedekah
kerana Allah.

“Sedaplah anak masak, ramai kawn makcik puji sedap,” makcik yang
ditemuinya sebentar tadi menegurnya kembali.

“Terima kasih makcik, makanlah lagi.”

“Yelah, anak pun makanlah sama.”

Fateha hanya mengangguk sambil tangannya mencedok hidangan
ke dalam pinggan.

“Eh Luthfi, meh sini nak, meh makan moreh ni, sedap ni.” Terdengar
suara makcik itu memanggil seseorang bernama Luthfi.

Fateha terkejut kerana saat dia mengalih pandangan, pemuda
yang pernah dilihatnya dulu sedang mampir ke arah makcik tadi.

“Anak ni yang buat, pandai dia masak,” puji makcik itu lagi
sambil memandang Fateha . Pemuda yang bernama Luthfi itu segera
memandang Fateha lantas tersenyum.

Fateha terasa segan, segera dia berlalu ke meja makan yang
tersedia. Tak sangka makcik tu ibunya, getus hati kecil Fateha .
Debaran di dadanya saat Luthfi memandangnya sebentar tadi masih belum
hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience