BAB 5

Romance Completed 878

“Atok, ada orang datang merisik Ain la... macam mana ni?” ujar
Fateha gusar.

“La baguslah macam tu, kamu tu memang dah patut kahwin,”
terdengar gelak tawa datuknya di hujung talian.

“Masalahnya atok, Ain tak kenal pun siapa lelaki tu, tak kenal
hati budi dia, takkan Ain nak terima je.”

“Ain... Ain... kan Ain yang berkenan sangat kat lelaki tu... dia
dah datang merisik tu baguslah.”

Fateha terdiam seketika. Sejak bila dia berkenan pada
lelaki yang tidak dikenalinya itu? Hatinya tertanya.

“Ain tak pernah kenal dia la atok, takkan Ain boleh berkenan kat
dia pulak.”

“Ok, ok. Siapa nama dia? Nama yang mereka beritahu masa merisik
tu?” soal datuknya serius.

“Hadi,” ucap Fateha pendek.

“Bukan... bukan... nama penuh dia?”

“Err, kejap Ain tanya ibu.”

Saat rombongan merisik itu tiba, Fateha masih belum pulang
dari kerja, jadi dia tidak pasti tentang nama penuh lelaki itu, ibunya
ada memberitahu nama lelaki itu padanya namun kerana malas mahu
memikirkan perkara tersebut, Fateha lansung tidak ambil pusing
kata-kata ibunya yang menerangkan tentang lelaki itu.

“Ibu, siapa nama lelaki yang datang merisik Ain tu?” jeri
Fateha dari dalam bilik pada ibunya di luar.

“Muhammad Luthfil Hadi!” balas ibunya pendek.

“Muhammad Luthfil Hadi, itulah nama dia tok,” ucap Fateha
semula tanpa ada perasaan.

“Tu kan... takkan tak kenal lagi?” ucap datuknya sambil ketawa.

Fateha terkesima. Luthfil Hadi, eh takkanlah dia, hatinya
masih tidak pasti.

“Atok, Ain tak faham la.” Fateha meminta penjelasan.

“Ain kenalkan Luthfi yang selalu ada kat masjid jadi imam tu,
dia tu la datang merisik Ain.”

Fateha terkesima. Ya Allah, benarkah ini semua? Hatinya
masih tidak mahu yakin.

“Hari tu, mak dia ada datang jumpa atok bincang soal ni, atok
cakap la suruh datang merisik terus Ain kat Kuala Lumpur tu... bijak tak
atok?” derai tawa datuk Fateha kedengaran lagi.

Fateha terdiam namun ada senyum yang terukir di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience