BAB 6

Romance Completed 878

*Setahun kemudian...*

Luthfil Hadi merenung wajah Fateha , isterinya itu
dalam-dalam.

“Ain tahu, abang selalu perhatikan Ain tapi abang malu nak
cakap apa-apa. Sejak kali pertama abang jumpa Ain, abang pasti Ain
seorang perempuan yang baik, satu dalam sejuta untuk abang jumpa jodoh
macam Ain. Abang bersyukur sangat Allah pertemukan abang dengan Ain.
Kalau tidak kerana bulan Ramadhan yang mulia, pasti kita tak bertemu kan
sayang?”

Fateha menggangguk perlahan seraya tersenyum.

“Petang nanti kita balik kampung sambut awal Ramadhan di sana ya?
Abang nak jenguk masjid tempat pertemuan pertama kita dulu.
Alhamdulillah abang bersyukur bertemu dengan jodoh abang di tempat yang
mulia dan di bulan yang mulia.”

“Terima kasih bang, sebab menerima Ain sebagai jodoh abang, Ain
pun bersyukur sangat kerana mendapat suami sebaik abang, Ain tak sangka,
insan yang Ain simpan perasaan dalam diam rupanya mempunyai perasaan
yang sama dengan Ain.”

Luthfi tersenyum pantas mengucup dahi isterinya dengan penuh
rasa cinta.

“Ahlan Ya Ramadhan, terima kasih kerana menemukan aku dengan jodohku di
bulan yang mulia ini. Semoga ikatan yang terjalin antara kami adalah
atas cinta kami pada Ilahi. Perkukuhkanlah benteng-benteng iman kami
dengan ketaatan kepadaMu dan bimbinglah kami ke jalan yang lurus yang
membawa kami ke jalan yang diredhaiMu dalam kami melayar sinar
kebahagiaan ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience