BAB 1

Romance Completed 878

Fateha tiba di perkarangan masjid tua itu saat azan sedang
berkumandang di corong radio, tidak sempat dia sampai ke kampung sebelum
waktu berbuka kerana tersekat di dalam traffic jam di bandar sebentar
tadi. Segera dia menghentikan keretanya di tempat parkir, mengambil air
kotak dan kurma yang dibawanya sebagai bekalan lantas membaca doa
berbuka puasa. Kurma dalam genggamannya dijamah, air kotak itu dihirup
penuh rasa nikmat.

Usai menjamah sedikit bekalan itu, Fateha segera melangkah
masuk ke dalam masjid. Alang-alang sudah berhenti di masjid itu untuk
berbuka, elok juga dia bersolat Maghrib terus kerana perjalanannya untuk
pulang ke kampung masih agak jauh. Saat menapak ke koridor, Fateha
terpandang seorang pemuda yang sedang duduk di koridor itu sambil
meneguk air mineral di dalam botol. Tiada bekalan lain yang ada di sisi
pemuda tersebut. Perlahan Fateha menghulurkan kotak kurmanya pada
pemuda itu, niat untuk bersedekah.

Pemuda itu memandang Fateha sebelum tersenyum lantas
tangannya segera mencapai tiga biji buah kurma.

“Terima kasih saudari,” lembut tutur bicaranya namun wajahnya
sudah kembali menunduk. Fateha terpana, sejuk matanya memandang
seraut wajah itu dari dekat, wajahnya begitu mulus dan tenang.

‘Astaghfirullah hal azim,’ Fateha beristighfar dalam hati,
tersedar keterlanjurannya lantas segera melangkah memasuki ruang solat
wanita.

Dalam ruang solat wanita itu, hanya ada tiga wanita lain, itupun
sudah lanjut usianya. Mereka ada membawa bekalan masing-masing, berbuka
di masjid itu barangkali namun Fateha tidak lupa untuk menghulurkan
kurma buat mereka.

Suara imam yang mengimamkan solat Maghrib itu begitu mesra di
telinga Fateha , dia yakin suara itu adalah suara pemuda tadi kerana
baru saja mendengar suara pemuda itu sebentar tadi. Suara pemuda itu
tenang, hingga membuatkan Fateha merasa begitu khusyuk dalam
solatnya, terasa dirinya dapat menghayati setiap bait yang dituturkan
pemuda itu hingga hampir menitis air matanya, terasa dirinya begitu
dekat dengan Allah.

Selesai solat sunat selepas Maghrib, Fateha segera membawa
langkahnya, ingin segera pulang ke kampung sebelum malam kian pekat
namun sempat lagi dia mengerling, sekadar mahu melihat masjid itu sekali
lagi, dari jauh Fateha lihat pemuda itu masih sedang khusyuk
membaca Al-Quran di satu sudut di ruang solat itu.

Hati Fateha terasa berdegup lebih kencang. Ada satu perasaan aneh yang
timbul pabila melihat pemuda itu membaca Al-Quran. Apa yang Fateha
rasakan, dia sendiri tidak pasti namun dia begitu selesa dengan perasaan
itu. Perlahan dia melangkah ke keretanya walaupun dalam hati ada rasa
untuk berada lebih lama di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience