BAB 4

Romance Completed 878

Sudah hampir seminggu Fateha di kampung, dan sepanjang
minggu jugalah dia menjadi tetamu di masjid itu, terasa begitu tenang
sekali berada di situ. Datuknya juga hanya mengikut kehendak Fateha
untuk bersolat terawih di situ sepanjang dia berada di kampung.

“Makcik, hari ni hari terakhir saya di kampung, esok saya dah
nak kembali ke Kuala Lumpur.” Fateha memberitahu saat mahu pulang
malam itu, ibu Luthfi lantas memeluk Fateha erat dan lama.

“Nanti kita jumpa lagi ya nak, makcik tak tahu kenapa, makcik
rasa sayang sangat kat kamu walaupun baru kenal.”

Fateha tersenyum senang. “InsyaAllah makcik, saya pun senang
sekali dapat kenal dengan makcik.” Fateha membalas pelukan itu
dengan lebih erat. Luthfi yang berdiri di sebelah ibunya memandang
Fateha lantas tersenyum. Fateha membalas senyuman itu walaupun
getaran di dadanya kian memuncak.

“Ini alamat rumah saya di Kuala Lumpur, kalau makcik ada masa,
singgahlah ya,” ucap Fateha sambil menghulurkan sekeping kertas
bertulis alamatnya.

“Baiklah nak, InsyaAllah makcik pasti datang,” ibu Luthfi tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience