Chapter 10

Fantasy Series 3444

Tiba saja di destinasi , semua orang berpusu keluar dari bas sambil mengambil barang masing-masing . Baru saja Mirae ingin menarik bagasinya dalam perut bas , Ren awal lagi mencapai bagasinya dengan bagasi Mirae .

"Gwenchana , saya boleh bawa sen-".

"Takpe ..tak berat pun ". Ren terus berlalu pergi bersama satu beg dan satu bagasi di tangannya .

"Aishh ..asal nak tolong yeoja tu ..aku yang bawa 2 bagasi ni lagi berat ". Mimi mencebik .

"Kau ni nak datang kem ke nak menetap sini terus ? nak kawan dengan beruk dalam hutan ni ? memang sesuai pun ". Kata L pada Mimi dan berlalu pergi .

"B-bwo ?!!! ". Mimi tercengang di belakang memandang L . Nana yang berjalan di sebelah L hanya menahan tawa saja .

Skip!!

"Ok semua , cikgu nak kamu bahagi sendiri kumpulan , bahagi sendiri tugas masing-masing.Cikgu-cikgu lain juga begitu ye.Tahu kan apa kamu patut buat ? ada 10 khemah perlu didirikan , pandai2 kamu bahagi kumpulan nanti .Pastu kamu semua perlu cari kayu api , dan bekalan air .Sini ada air terjun berdekatan di sana , kamu jalan 5 minit ,sampai la . ". Kata Minri seonsaengnim sambil tersenyum.

"Nae!! ". Jawab semua orang serentak .

Mereka membahagikan satu kumpulan kepada 6 orang . 2 orang mendirikan khemah , 2 orang ambil bekalan air , dan 2 orang lagi mencari kayu api .

"Yahh Mirae ..group aku ada 5 orang je , group kau pun 5 orang kan , jom la kita dua gi cari kayu api .Minri seonsaengnim cakap kayu api ada sekitar ni je ". Kata Nana sambil memaut tangan Mirae .

"Haah ..haa jom la ". Mirae hanya menurut Nana .

"Han Mi- ".

"Minki-ssi ! ....". baru saja Ren ingin pergi ke arah Mirae, tangannya dipegang oleh Mimi .

"Ya?". Ren memandang Mimi .

"Minri seonsaengnim suruh awak dengan saya pergi ambil air dekat sana ". Mimi memegang 2 buah baldi di tangannya .

"Takde siapa ikut awak ke ?". Tanya Ren sambil matanya tak lekang memandang kelibat Mirae dan Nana dari belakang .

"Takde ..semua orang dah ada tugas masing2". Mimi pura-pura muncungkan bibir .

"Erm ...jom la kalau macam tu ". Ren mencapai 2 baldi di tangan Mimi . Mimi hanya tersenyum memandang Ren .

Skip!!

"Wehh! situ banyak kayu api !! ". Nana menunjuk ke arah sebatang pokok besar .

"Yah Nana ..kau tak rasa kita terlalu jauh dengan tapak perkhemahan ke ?". Mirae memandang sekeliling . Jika nak dibandingkan dengan orang lain , Nana dan Mirae paling jauh sekali masuk ke dalam kawasan hutan .

"Takpe , jangan risau ..kan seonsaengnim dah tandakan jalan selamat tadi ". Kata Nana sambil mengutip satu per satu kayu api ,tiba-tiba ....

//Pap! // "Argh! apa benda ni !! ". Nana mengibas-ngibas tangannya .

"Yahh gwenchana ? apa benda gigit kau ?". Mirae memegang tangan Nana dan melihat kesan merah di tangan Nana .

"Molla..aku tak sempat tengok apa benda tadi gigit aku ..nasib tak sakit sangat ". Nana masih mengibaskan tangannya .

"Aigoo..so far bukan ular sudah ..aku memang fobia sikit dengan ul-".

"Shh !! jangan sebut banyak kali ! kang datang betul aku tinggal kau dekat sini ". Nana menekup mulut Mirae dengan tangannya .

"Arraso ". Kata Mirae dengan nada bisik .

"Kajja .Cukup la kayu banyak ni ". Nana melihat kayu-kayu api di tangannya .

"Yup ..cukup la ni ". Mirae juga mengangguk sambil melihat kayu api di tangannya.

"Yahh!! banyaknya kau ambil ! jangan la angkat berat2 sangat! kau dah la tak sihat ". Nana membuang beberapa kayu api di tangan Mirae.

"Gwenchana ,tak berat pun la ". Mirae tersenyum memandang Nana .

"Aishh degil! ". Nana menjeling Mirae sekilas .

Mereka meneruskan perjalanan menuju ke tapak perkhemahan .

"Yah Mirae .. kenapa aku rasa macam jauh sangat2 ea tapak perkhemahan tu ?". Nana terus duduk bertinggung akibat kepenatan . Setelah 15 minit berjalan , badannya sudah penuh dengan bintik2 merah .

"Haah la ..pelik, rasanya tadi kita jalan ke sini ambil masa 10 minit je .Kenapa kita tak samp- Yahh Nana!!! gwenchana ?". Kata-kata Mirae terhenti apabila dia melihat badan Nana sudah penuh dengan bintik2 merah .

"Aku ok je ..cuma aku rasa dahaga gila2 dan badan aku gatal sangat2 ni ". Nana tidak henti menggaru tangan dan kakinya .

"Yah jangan la garu !! habis merah badan kau ! jom la kita teruskan perjalanan sebelum hari lewat petang ". Mirae menarik tangan Nana .

"Kejap , kayu-kayu ni ". Nana ingin mengutip semula kayu api di atas tanah .

"Tak payah ,tinggal je . Aku dah bawa banyak ni kayu api ". Mirae menunjukkan kayu api di tangannya .

"Mianhae ...". nana hanya menundukkan wajah .

"Waeyo ? ". Mirae memandang Nana .

"Aku selalu menyusahkan kau ". Nana mencebik .

"Aniyo ,kau tak pernah susahkan aku pun .Kita kan sahabat ..kajja ". Mirae bantu Nana berdiri .

Skip!!

Ren melihat jam tangannya . Waktu sudah menunjukkan pukul 3.30 petang .Sudah 30 minit dia tidak nampak kelibat Mirae di tapak perkhemahan setelah pulang dari air terjun sebentar tadi .

"Aishh badak ni mana! gi cari kayu api ke gi buat kayu api ! ". Bentak L sedirian .

"Nana tak balik lagi ke ?". Tanya Ren apabila melihat L sedang duduk di atas tanah sambil mengelap peluhnya .

"Kau ada nampak dia dekat sini ke ? tak kan ? so tak balik lagi la.Dia cakap nak pergi cari kayu api tadi dengan siapa tah ". L mencebik .

"Aku nampak Nana masuk dalaman hutan dengan Mirae tadi .Sampai sekarang diorang tak balik lagi ". Terang Ren .

"Bwo ?! Mirae bukan pergi dengan kau ke ambil air dekat sana?". L menunjuk ke arah tempat air terjun .

"Mana ada ! aku pergi dengan Mimi tadi sebab dia cakap dia takda partner nak pergi ambil air . Pastu aku nampak Mirae dengan Nana masuk dalam kawasan tu ".

"Tanda merah tu bukan kawasan larangan ke Minri seonsaengnim cakap ?".

"Ehh tadi takde pun ?". Ren memandang L dengan terkejut .

"Kau ni buta ke apa! tanda merah tu memang ada dekat situ la". L menepuk dahinya.

"Eh aku nampak jelas la ,takde pun tanda merah dekat situ tadi ..baru sekarang aku perasan ". Ren memandang tali bewarna merah bederkatan kawasan dalaman hutan .

"Aduhh macam mana nii". L meraup wajah .

"sekarang dah petang ! kalau kita tak cari diorang segera diorang mungkin sesat dalam tu ! gitau seonsaengnim aku gi cari Mirae ". Ren terus berlari masuk ke dalam kawasan bertanda merah .

"Woi aku nak ikut la! ". L membuntuti Ren .

"Aishh! macam mana ni ! kenapa Ren perlu masuk ke kawasan tu disebabkan perempuan tu ! ". Bentak Mimi sendirian . Mimi melihat tali merah di tangannya . DIa yang membukakan tali merah yang terikat di tiang berdekatan kawasan itu sebelum Mirae dan Nana memasuki kawasan itu . Tanpa sempat Mimi memasangkan lagi satu tali , L memanggilnya . Semasa taklimat tentang kawasan larangan tersebut ,Mimi perasan akan ketiadaan Mirae dan Nana pada ketika itu . Entah kemana mereka pada ketika itu .

Skip!!

"Mirae yaa...aku tak boleh jalan lagi ...badan aku kejang sangat-sangat ni ". Nana duduk bersandar di sebatang pokok .Sudah hampir 1 jam mereka berjalan , namun mereka tidak menemui jalan pulang .

"Aduhh macam mana ni !! badan kau panas sangat ni ... ". Mirae memegang tangan dan wajah Nana yang panas sekali . Kesan-kesan yang digaru oleh Nana tadi ada yang sudah tercalar dan mengeluarkan darah . Bintik2 semakin memenuhi tubuh Nana ,begitu juga di wajah Nana . Apa yang menyebabkan Nana jadi seperti itu ?

"Aku dahaga ,Mirae ". Nana hampir memejamkan matanya .

"Kau tunggu sini kejap tau ! aku pergi cari air ". Mirae pergi meniggalkan Nana sendirian .

skip!!

"Mirae yaa!!!! Nana!!! korang dekat mana !!! ". Jerit Ren .

"Han Mirae!!!!! Nana!!!! ". Jerit L pula .

"Tunggu ! ". L memberhentikan langkahnya .

"Kenapa ?". Ren memandang L .

"Gelang ni ...gelang persahabatan kami bertiga ". L mengangkat gelang tali buatannya pada Nana dan Mirae .Gelang yang dipegang di tangannya pada ketika ini ialah milik Nana .

"Kau pasti ke ?". Tanya Ren .

"Ya , aku pasti ..Ni gelang Nana ..aku rasa diorang tak jauh dari kawasan ni lagi .Kita kena cepat ! ". L meneruskan perjalanannya .

"Aigoo Mirae..kau dekat mana ... tolong la jaga diri kau baik2". Ren memohon .

Skip!!!

"Pokok ni ...". Mirae memandang sebuah pokok besar . "Tak silap aku air pokok ni boleh minum . Aku pasti pokok ni yang aku tengok dalam buku sains tempoh hari ". Mirae mengangguk dengan yakin . Tanpa membuang masa Mirae terus mencapai sehelai daun besar berdekatan dan menahan air yang keluar dari pokok itu . Mirae sempat meminumnya dulu untuk pastikan air yang diberi pada Nana adalah bersih . "Aigoo leganya !! ". Mirae terasa seperti hidup semula . Dengan keadaannya yang tidak berapa sihat juga melemahkan dirinya yang berjalan selama 1 jam lebih . Tanpa membuang masa Mirae terus berlari ke arah Nana .

Beberapa minit kemudian , Mirae melihat Nana yang sudah terbaring di bawah sebatang pohon besar .

"Omo ! Nana!! ". Mirae segera lari ke arah Nana .

"Yahh Nana gwenchana ?". Mirae memandang Nana .

"Aku dah tak larat ". kata Nana seperti separuh sedar .

"Yah Nana , minum air ni dulu ! jangan tutup mata kau ..jebal ". Mirae sudah kerisauan . Tambahan pula hari semakin gelap , lagi membuatkan dirinya tidak tenteram bila berada dalam hutan .

Nana cuba mengagahkan diri untuk minum air di daun itu kerana dia tidak dapat menahan rasa dahaganya lagi . Tiba-tiba Nana terus pengsan .

"Y-yah Nana ....". Mirae menepuk pipi Nana . "Nana !! jangan la tidur!!! ". Mirae sudah menitiskan air matanya . "Tolong!!!!!!". Jerit Mirae dengan kuat . "Nana!! bangun!! jangan la tinggal aku sorang-sorang macam ni ". Mirae merangkul tubuh Nana dan memeluk Nana . "Tolong!!!!! sesiapa tolong la!!!! ". Jerit Mirae lagi .

"Y-yah !! kau dengar tak tu ?". Tiba-tiba langkah L terhenti .

"Suara Mirae!! ". Ren memandang di sekeliling .

"Mana datangnya arah suara tu ". L juga memandang sekeliling .

"Han Mirae!!!!!! kau dekat mana!!! ". Jerit Ren dengan kuat .

"Mirae ya!!!! Nana!!!! ". Jerit L juga .

"Aku rasa arah sana". Ren berlari mendahului L .

Skip!!

"Mana L, Ren , Mirae dan Nana?". Tanya Miss Coco sambil memandang sekeliling.

"Entah ". Semua orang menggeleng kepala tanda tidak tahu .

Setelah sekian lamanya baru Miss Coco perasan akan ketiadaan pelajar kelasnya .

"Sesiapa yang nampak 4 orang ni ,suruh jumpa seonsaengnim segera arraso !". Miss Coco tiba-tiba tidak sedap hati .

"Nak gitau ke...macm mana kau dia syak aku punya angkara semua ni ...". Bisik Mimi dalam hati .

"Yah Mimi ..tali apa tu ?". Tegur Jihyo sambil menunjuk ke arah tali merah yang sedikit terkeluar dari poket seluar Mimi .

"D-de ? ta-tali ?". Mimi cepat-cepat memandang poket seluarnya ."Ohh ni ..hahaha...bukan tali la ..gelang saya ". Mimi terus membawa dirinya .

"Gelang? orang kaya macam tu pakai gelang tali gitu je ? serius la ". Jihyo smirk memandang Mimi dari belakang .

Skip!!

"Nana.....". Mirae juga terbaring di sebelah Nana akibat kepenatan . Suhu badannya naik mendadak seperti sediakala .

"Weh!!! tu bukan diorang ke ?". L menunjuk ke arah Mirae dan Nana yang sudah terbaring di bawah sebatang pokok besar .

"Haah la!!! Yah Mirae!! ". Ren terus segera lari ke arah Mirae .

"Kenapa dengan korang dua ni ?". L terkejut memandang Mirae dan Nana .

"Tolong Nana .....". Kata Mirae dengan lemah .

"Kenapa dengan Nana ni ?". L menyentuh tangan Nana yang dipenuhi kesan calar .

"Palli ". Kata Mirae lagi .

"A-arraso ! kau tolong Mirae ". L cepat-cepat mengangkat dan memapah Nana .

"Mirae... kau ok ke ?". Ren memegang tangan Mirae .Panas sekali ! . " Tak boleh jadi ni ! badan kau panas balik ". Baru saja Ren ingin mengangkat tubuh Mirae , Mirae menolak perlahan tangan Ren .

"Takpe , saya boleh jalan sendiri ". Sambung Mirae dengan lemah .

"Jalan apanya dengan keadaan kau macam ni !! aku risau tau tak !". Tanpa mengendahkan kata-kata Mirae, Ren terus mengangkat tubuh Mirae .

Kira-kira 30 minit berjalan , mereka tiba di tapat perkhemahan .

"Omo !!! kenapa dengan Nana dan Mirae!! ". Miss Coco terkejut memandang keadaan Nana dan Mirae .

"Aduhh!! beratnya ... ". L meletakkan Nana perlahan di atas tanah . "Molla seonsaengnim ..saya tak tahu kenapa dengan Nana ..saya jumpa je tadi Nana dengan Mirae dah terbaring bawah pokok besar dalam hutan tu ". L memandang wajah Nana . Sekejap-sekejap L menyeka peluh Nana dengan bajunya . Walaupun dia sering mengumpat pasal Nana , memanggil Nana dengan panggilan tidak baik , Nana tetap sahabatnya juga .

"Kan kawasan larangan tu ! kenapa kamu semua masuk juga dekat sana .Nasib la tak ada binatang buas ke apa ke serang kamu ". Miss Coco memandang anak muridnya dengan risau .

"Apa kata cikgu fikir cara untuk ubati Nana ni .Saya tak pasti apa yang menyebabkan Nana jadi macam ni ". L tidak memikirkan orang lain ,yang penting sekarang selamatkan Nana dan Mirae .

"Mirae macam mana ?". Tanya Minri seonsaengnim .

"Mirae terkena demam je .Tak apa cikgu , saya uruskan pasal Mirae ni ". Ren membawa Mirae masuk ke dalam sebuah khemah .

"Kenapa tak cikgu je yang tolong Mirae ? ". Mimi memandang kelibat Ren dan Mirae yang masuk ke dalam sebuah khemah di hujung sekali .

"Cikgu percaya Ren . Cikgu tahu Ren boleh uruskan Mirae. Kamu bantu cikgu cari penawar untuk Nana ni .Cikgu rasa Nana digigit oleh binatang merbahaya ni .Kajja". Minri seonsaengnim menarik tangan Mimi .

"Ehh ?". Mimi terdorong dan mengikuti Minri seonsaengnim dari belakang.

Skip!!

"Buka baju sejuk kau ". Ren menarik baju sejuk Mirae.

"Awak buat apa ". Kata Mirae dengan lemah .

"Badan kau panas sangat ! kau kena turunkan balik suhu badan kau .Kau kena buang haba dalam badan kau ,kalau tak melarat nanti .Ikut je apa aku cakap ". Ren membukakan baju sejuk Mirae . Mirae hanya membiarkan pelakuan Ren padanya .

"Baju lengan panjang ni pun buka ". kata Ren lagi .

"Bwo ?! ". Walaupun dalam keadaan separuh sedar Mirae masih terkejut dengan arahan Ren .

"Aku tahu kau pakai singlet dekat dalam , jangan risau ..aku tak apa-apakan kau pun..percaya aku ". Kali ini Ren hanya membiarkan Mirae membuka sendiri bajunya .

"Aishh takkan la". Bisik Mirae dalam hati . "Percaya Ren ,Mirae...dia tak akan buat benda buruk dekat kau ". Bisik Mirae dalam hati lagi . Tanpa membuang masa Mirae membukakan bajunya dan beralaskan singlet saja .

"Ke-kenapa...awak nangis?". Mirae memandang Ren dengan pelik .

"Aku tak nangis ...aku risau ...risau bagai nak mati ". Ren terus menarik tubuh Mirae dan memeluknya dengan erat .

"Y-yah ..orang nam-".

"Aku tak peduli ! . Kau tetap yeochin aku! biar la orang nak fikir apa pun ". Ren masih lagi tidak melepaskan pelukannya .

"Minki-ssi ... awak tak bo-".

"Mianhae ...". Celah Ren .

"Mwoga?".

"Aku tak tahu kenapa kau elak dari aku sampai macam tu sekali ..aku minta maaf kalau aku ada buat salah dekat kau ... tapi percaya la .. aku setia dengan kau je ..aku taknak orang lain .. cukup la seksa perasaan aku Mirae ... kau tau tak berapa sakit nya hati aku setiap kali kau elak dari pandang aku , kau pura-pura silang tangan time aku nak pegang tangan kau ...jangan la buat macam tu lagi ...jebal ...". Air mata Ren menitis .

"Aigoo awak ni ...comel betul la ... ye saya mengaku saya sedikit iri hati sikit masa nampak Mimi sentuh pipi awak tu . Saya pun tak tahu kenapa dengan perasaan cemburu saya ni yang tak dapat nak kawal ni ...saya pun minta maa-"

//chu~// Tanpa sempat Mirae menghabiskan kata-katanya , Ren terus mengucup bibir Mirae.

"Tanam dalam hati dan fikiran awak yang saya sayang awak sorang je ..tu semua tak betul ..bukan saya yang nak semua tu ...awak tahu kan saya macam mana ...". Ren memegang pipi Mirae.

"A-awak ?". Mirae memandang Ren dengan terkejut .

"Ye ..mulai dari harini ,tarikh, masa ni , Minit ni dan saat ni ...Saya takkan lepaskan Han Mirae ke tangan siapa-siapa dan saya takkan izinkan sesiapa sentuh saya lagi kecuali awak ". Ren memegang tangan Mirae sambil tersenyum .

"Gomawo Choi Minki-ssi ". Mirae juga tersenyum .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience