Sejak Mimi datang , Ren kurang memberi perhatian sepenuhnya pada Mirae .
“Sebab ni aku taknak letak harapan , aku tahu ..dalam satu perhubungan mesti ada halangan yang perlu ditempuhi , jadi aku hanya buat keputusan untuk simpan hati aku jauh di sudut dalaman.Sampai satu masa ,hati itu akan terhapus juga “. Mirae duduk termenung memandang ke luar jendela .
“Yahh Han Mirae !!! “. Jerit L dari bawah sambil melambai tangan ke arah Mirae .
“Eo ?! L ! “. Tanpa membuang masa , Mirae langsung menuruni anak tangga dan menuju ke arah L.Hanya L sahaja tahu di mana Mirae menetap , bukan nak rahsiakan hal ini dari Nana walaupun Nana kawan baik Mirae dan L sendiri , tetapi Nana seorang yang sukar untuk menyimpan rahsia ,kadang2 dia selalu terlepas cakap sesuatu yang penting !
“Awak buat apa dekat sini ?”. Tanya Mirae setibanya di hadapan L .
“Saya nak bawa awak pergi taman belakang sana . Harini ada pesta aiskrim tau “. Kata L dengan bersungguh .
“Jinjja ? wow !!! jom pergi !! “. Dengar saja tentang aiskrim boleh gila Mirae .Dia sangat suka akan manisan seperti aiskrim , coklat , dan pencuci mulut .
“Kajja “. L memusingkan basikalnya .
“Kau nak pergi mana tu “. Tiba-tiba Ren datang dan berdiri di belakang Mirae sambil menyilang tangan .
“Saya nak keluar kejap . Petang ni saya balik “. Mirae memandang Ren .
“Masuk . Harini cuaca tak elok .Jangan keluar ke mana-mana “. Arah Ren .
“Yah ! kau tak rasa kau melampau sangat ke nak arah apa Mirae perlu buat apa Mirae tak perlu buat?”. L mencelah .
“Sshh .Gwenchana “. Bisik Mirae di telinga L sambil meletakkan satu jari di bibir L .
“Aku dah bagi Mirae rapat dengan kau sebagai kawan cukup untung tu . Aku ada hak nak tentukan dengan siapa Mirae boleh rapat dengan siapa dia tak boleh berkawan”. Balas Ren pula .
“Waeyo ? aku kenal Mirae lama dari kau . Lagipun kau dengan Mirae pun kawan je . Takde apa-apa hubungan pun ,so tak perlu menyibuk dalam urusan hidup Mirae “. L tidak mengalah dengan kata-kata Ren .
“Hergh . Kau tak tahu lagi ke yang aku-“.
“Minki-ssi ! awak dekat sini ke , puas saya cari awak “. Tiba-tiba Mimi datang sambil memaut tangan Ren .
“Awak layan la tetamu awak . Saya takkn balik lewat “ . Mirae terus duduk di seat belakang basikal .
“Han Mirae ! “. Panggil Ren lagi . Mirae tersentak seketika . L juga terhenti dan tidak meneruskan kayuhannya .
“Kalau kau nak pergi juga ,aku nak ikut “. Ren berjalan dan berdiri di hadapan Mirae . Sekali lagi Mirae tegamam dan tidak mengeluarkan sepatah kata.
“Bawa la Mimi kalau nak pergi . Saya nak pergi denga-“.
“Ikut aku “. Ren terus menarik tangan Mirae .
“Yah yah ! “. Mirae terdorong lalu terkekeh mengikuti Ren dari belakang .
Ren mendapati cuaca pada hari ini kemungkinan ribut pada waktu petang . Oleh sebab itu Ren melarang Mirae keluar dari rumah .Risau jika sesuatu berlaku pada Mirae .
“Awak ,sakit la! “. Mirae merentap kuat tangannya . Langkah Ren terhenti .
“Waeyo ? kenapa kau nak ikut sangat namja tu ?”. Ren memandang Mirae dengan tidak puas hati .
“Sebab saya panas duduk rumah .Saya nak keluar siar-siar dengan dia .Nak cari udara segar sikit . Dari kemarin saya panas , aircond pun tak dapat hilangkan rasa panas saya “. Mata Mirae sudah berkaca ,namun ditahan agar air matanya tidak mengalir . Tipu lah tak cemburu tengok orang yang kita sayang ,bermesra dengan orang lain .
“Kau cemburu dengan Mimi ke ?”. Ren mengerut kening .
“Ani . Kenapa saya perlu cemburu dengan dia ? saya dengan awak bukan ada apa-apa hubu-“.
“Sshh …jangan cakap macam tu “. Ren terus merangkul tubuh Mirae ke dalam dakapannya .”Mianhae kalau aku ada sakitkan hati kau “. Ren mengucup dahi Mirae .Jatuh jua air mata Mirae yang ditahan dari tadi . Sebak sekali hati melihat kemesraan Ren dengan Mimi .Sudah 3 hari Mimi menetap di rumah Ren ,bahkan Mimi juga bercadang untuk berpindah sekolah ke Taeyang High School pada esok hari .Apa la jadi selepas ini . .
Dari jauh L dan Mimi ternampak Ren sedang memeluk Mirae . L tergamam . Mulutnya tidak mampu membuka untuk berkata apa-apa . Hatinya remuk , bagai ditusuk sebilah pisau . 5 tahun nya sia-sia begitu saja dia menyimpan perasaan pada Mirae .
“Minki…ssi….”. Mimi juga yang menyimpan perasaan pada Ren tidak tahu apa perlu dikatakan lagi . “Tak boleh macam ni .Saya sudah lama menyimpan perasaan pada Ren ,Ren juga berjanji akan menjaga saya ,kenapa Ren berpaling hati dengan saya “. Baru saja Mimi ingin melangkah ,tangannya dipegang oleh L . Mimi tersentak seketika . “Apa yang …..”. Mimi memandang L .
“Biarkan mereka . Tak perlu ganggu kebahagiaan orang “. L memandang Mimi yang sudah berlinang air mata .
“Kenapa ? Saya hanya nak tuntut hak saya saja “. Mimi berusaha menarik tangannya dari cengkaman L ,namun cengkaman L terlalu kuat .
“Kau boleh Nampak sendiri kan yang Ren sayang Mirae sangat2? Ke kau buta ?”.
“Saya tahu hati awak juga sakit melihat mereka kan ? dari pandangan mata awak saya tahu yang awak cintakan Mirae . Kenapa awak hanya biarkan orang yang awak cinta pergi ke tangan orang lain ?”.
“Sebab tak guna kalau kau dapat orang yang kau cinta sekalipun tetapi dia tak cintakan kau .Tu lebih sakit dari lepaskan orang yang kau cinta , bersama dengan pilihan dia .Kalau tu kemahuan Mirae ,aku takkan halang malah aku lagi happy tengok dia happy “. L terus berlalu pergi .
“Tu awak ..bukan saya …”. Mimi menggenggam kuat tangannya . “Tengok la Mirae…”. Mimi berlalu pergi dengan perasaan marah .
Skip!!!
Di sekolah , seperti biasa . Ren hanya buat kerjanya sendiri tanpa melayan Mirae di tepinya .
“Dia busy ke ?”. Bisik Mirae dalam hati sambil menongkat dagu memandang Ren .
“Kacak sangat ke aku sampai kau tenung macam tu “. Kata Ren yang masih menatap buku di tangannya .
“Eo? A-ani ..saya tak pandang awak la “. Mirae terus mengemas barang di atas mejanya .
“Han Mirae~~ ni saya belikan awak aiskrim .Kemarin tak sempat bawa awak pergi ke pesta tu kan . Lagipun petang tu kan ribut besar ,nasib kita tak pergi “. L duduk di hadapan Mirae sambil meletakkan ais cup berperisa coklat .
“Wahh !! Nampak sedap la!! “. Baru saja Mirae ingin mengambil ais itu Ren mencapainya dulu dan terus menyuap sesudu ais ke dalam mulutnya .
“Yah !! tu ais saya la!!! “. Mirae mengetuk kuat meja.
“Saya tau benda ni mesti jadi . Nah , saya beli spare untuk awak .Pegang baik2 “ . L meletakkan lagi satu ais cup di hadapan Mirae .
“Yah .Yang kau sibuk nak beli ais sangat dekat Mirae ni kenapa ?”. Ren memandang L dengan panas .
Ramai orang terkejut memandang Ren apabila namja paling diam dalam kelas tiba-tiba membuka suara .Tinggi pula tu suaranya .
“Siyessslyy tu Ren ?”. Nana tergamam melihat Ren yang sedang mengerut kening menahan geram dengan kelakuan L .
“Aii .Aku nak beli ais untuk SAHABAT aku pun tk boleh ke ? “.L menekankan sahabat .
“Ok stand up class “. Miss Coco melangkah masuk ke dalam kelas sambil membawa beberapa buah buku di tangannya .
Kelas yang bising tadi terus sunyi sepi .Semua orang berdiri dan mengucap selamat pagi pada Miss Coco .
“Ok , today we have new transferred student from America (aye broke eng sikit .hehe) “. Kata Miss Coco sambil tersenyum .
“Wahhh budak baru lagi ? dari America lagi ? hebat la kelas belakang ni ,orang luar interest nak masuk” . Jhope berasa bangga .
“Diorang kena masuk kelas belakang ni sebab kelas depan semua dah full la bodoh , bodoh tu simpan sikit untuk masa lain “. Youngguk sudah menggeleng kepalanya .
“Kau pun bodoh , kalau tak kau tak duduk la kelas belakang ni “. Jhope menjeling Youngguk .
“Ok2 , saya taknak buang masa ..so ..please coming “. Panggil Miss Coco .
Sudah dijangka Mirae , pelajar baru itu semestinya Mimi . Mirae hanya menunduk pandangan dan pura-pura menulis sesuatu di bukunya . Ren pula memandang Mirae di sebelahnya .Dia tahu yang Mirae tidak selesa akan kehadiran Mimi ,sudah lah Ren mengabaikan Mirae haritu disebabkan Mimi . Perasaan bersalah itu masih tidak trpadam .
“Please introduce yourself “. Miss Coco memandang Mimi sambil tersenyum .
“Weyyyy lawa sia !!! “. Budak kelas 2-4 sudah sawan melihat kecantikan Mimi . Siapa saja tidak jatuh hati dengan kecantikan Mimi yang berdarah kacukan Amarika-Korea itu .
“Arrgh!! Crush baru aku !!! “. Jerit Baro pula .
“Ah tak boleh , dia aku punya ! “. Lay menongkat dagu sambil tersenyum memandang Mimi .
“Annyeonghaseyo ,Cho-“.
“Annyeonggggg~~~~~”. Celah budak laki kelas 2-4 sebelum Mimi meneruskan kata2nya .
“Choneun Kim Mimi Imnida .Nice to know you all “. Mimi tersenyum memandang mereka semua .
“Wehhh dia senyum lakkkk !! cair aku !!! “. Yongjae pura2 pengsan .
“Aku tak terkejut pun kalau Ren jatuh hati dengan wanita ni .Siapa je tak tertarik dengan penampilannya .Jauh sekali dengan diri aku yang Nampak nerd ni “. Mirae tunduk bermain kukunya .
“Erk. Dah kenapa yeoja ni masuk sini “. L menjeling dan tidak memandang Mimi .
//Ting// Satu mesej masuk ke dalam telefon Mirae .
“Alamak ! aku tak silent fon ke “. Mirae cepat-cepat membuka telefonnya secara diam-diam .Kalau Miss Coco tahu ni boleh dirampas telefon itu .
‘Taste aku budak nerd macam kau je ‘ [Ren]
Mirae menguntum senyuman membaca mesej itu .
“Yah Mirae ,simpan fon .Bahaya kalau Miss Coco Nampak “. Bisik Nana yang duduk di belakang Mirae .
“Aaa nae “. Tanpa membalas mesej Ren , Mirae terus menekan butang silent dan simpan fon ke dalam beg nya .
“Ok Mimi , kamu pilih la nak duduk mana .Banyak lagi kosong tu “. Arah Miss Coco .
“Aa nae seongsaengnim “. Mimi memerhati di sekeliling . Kebetulan sekali meja di sebelah Kiri Ren masih kosong , Mimi terus mengorak langkah menuju ke meja itu .
“Cikgu !! saya nak ubah tempat !!! duduk sini lindung kepala Yonghan la !! “. L terus segera berlari dan duduk di meja kosong sebelah Ren .
“B-bwoya! . Langkah Mimi terhenti di separuh jalan .
“L ,kenapa ubah tempat suka hati je ? kan cikgu dah susun tempat kamu “. Miss Coco mengangkat kening memandang L .
“Saya taknak duduk situ .Bosan ! “. L tetap berkeras di tempat sebelah Ren .
“Ha Mimi , apa kata kamu duduk di tempat L je “.
“Arraso seonsaengnim “. Mimi menjeling L sekilas dan duduk di tempat L .
Mirae memandang L dengan ‘apa awak buat?’ . L pula membalas isyarat Mirae dengan ‘Saja je’ . Ren yang duduk di tengah antara Mirae dengan L sudah mengeluh kecil .
“Kenapa aku perlu duduk di sebelah musuh aku ni “. Bisik Ren dalam hati sambil mengerling L sekilas.
“Ergh! Namja ni saja ke tak bagi aku duduk sebelah Minki ! nak protect sangat orang dia sayang ! takde guna pun la sakitkan hati sendiri semata nak protect orang yang kita sayang ! tak dapat apa pun! “. Bentak Mimi dalam hati sambil menggenggam kuat tangannya .
Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa .
“Aku takkan biar kau ganggu kebahagiaan Mirae …”. Bisik L dalam hati sambil memandang Mimi dari belakang .
“Aku harap lepas ni tak ada halangan lagi teruk berlaku “. Mirae mengeluh kecil .
“Apa la jadi lepas ni .Aku tak boleh layan Mimi sangat , tapi aku dah janji takkan tinggalkan dia ...macam mana dengan Mirae pula nanti ? Mirae akan sakit hati lagi ke ? “. Ren menongkat dagu memikir seketika .
-BERSAMBUNG-
Share this novel