Day 2
//Pritttttt// Whistle ditiup oleh Minri seonsaengnim .
"Semua pelajar diberi 30 minit untuk bersiap ! lambat , kamu akan didenda !! mula dari sekarang !! ". Jerit Minri seonsaengnim dengan kuat . Para guru awal lagi sudah bersiap dan menyediakan sarapan pagi untuk pelajar masing2.
"Argh...awal lagi ni ...". Youngjae merenung jam tangannya menunjukkan pukul 6 pagi .
"Serius la bangun time ni ..nak buat apa je ". Jihyo mengeluh .
"Dah la semalam main game burung hantu sampai kol 3 pagi ..betul-betul uji fizikal ni ". L bangun dengan malasnya .
"Mirae yaa ...bangun ..". Ren menepuk perlahan lengan Mirae.
Mirae sedikit menggerakkan badannya . Perlahan-lahan dia membuka matanya . Hari yang masih kelam membuatkan dirinya malas sekali untuk bersiap .
"Wait..... aku tidur dengan........". Mata Mirae tiba-tiba terbuka luas dan memandang sekeliling. Setiap khemah harus ada 3 ke 4 orang tetapi khemahnya hanya dia dengan Ren sahaja yang tidur .
"Bagus la , badan awak tak panas dah . Kepala awak pening-pening lagi tak ?". Tanya Ren sambil memegang dahi dan tangan Mirae.
"A-aniyo ... tak pening pun . Sa-saya pergi dulu ". Baru saja Mirae ingin membuka zip khemah , tangannya ditarik oleh Ren.
"Betul ni awak ok ?". Tanya Ren meminta kepastian .
"Macam mana nak ok !! awak peluk saya semalaman ,tidur dengan saya , layan saya dengan baik apa semua ..boleh meletup jantung saya tau tak !!memang la sebelum ni pun saya pernah tidur dengan awak dekat ruang tamu rumah tu tapi .....aish ! ". Jerit Mirae dalam hati . "Ye, betul..saya ok dah ". kata Mirae dengan pasti . Mirae terus membuka zip khemah dan berlalu pergi meninggalkan Ren .
Skip!!!
Tepat jam 6.30 pagi , semua orang sudah siap bersedia menjamu selera sarapan pagi yang dibuat oleh guru kelas masing-masing .
"Wahh cikgu buat salad buah dengan sandwich la ! ". Bobby sudah memandang sarapan pagi itu dengan seleranya .
"Haa jemput la makan ". Pelawa Miss Coco .
"Cikgu , Nana macam mana ?". Tanya L yang baru tiba .
"Nana makin ok . Harini baru pihak hospital akan segera datang ambil dia . Nasib lah bisa labah-labah itu segera dibuang ,kalau tak ..makin melarat la demam panas Nana .Terima kasih ye L , kamu banyak membantu ".
"Aniyo .. Nana tu sahabat saya juga ..mesti la saya kena bantu dia ..erm kita ada apa-apa aktiviti tak harini ?". Tanya L lagi .
"Ada .Pukul 7 tepat kamu semua akan dibawa 'hiking' bersama para guru dan rakan kamu . Semua wajib terlibat kecuali cikgu dengan Nana je .Cikgu akan teman Nana sampai pasukan medical sampai nanti . Jadi apa-apa kamu semua boleh tanya Minri seonsaengnim ye ".
"Hiking ? lahai ..kesian Nana ..dia paling excited nak pergi hiking dulu ..". L mengeluh kecil .
"Waeyo ?". Tanya Mirae yang baru tiba .
"Nana kena sengatan labah-labah merbahaya tu .Nasib la kita sempat bawa dia kesini .Harini pasukan medical akan datang ambil Nana ". Terang L .
"Bwo ? sengatan labah2? aigoo ...mesti labah2 tu datang dari kayu api Nana bawa tu ..habis tu siapa teman Nana nanti ? kalau tak ada bagi Mirae je la teman Nana ". Kata Mirae.
"Ehh takpe , cikgu kita yang akan bawa Nana nanti ..lagipun kejap lagi kita ada aktiviti ..so sekarang ni apa-apa pun sarapan dulu ". L memberi pinggan pada Mirae.
"Ohh arraso ". Mirae mengangguk faham .
"Kau tidur dengan Minki , kau pura-pura sakit teruk sampai Minki taknak berenggang langsung dengan kau ! tunggu kau kejap lagi ..aku bagi kau rasa macam mana sakit yang betul! ". Jerit Mimi dalam hati sambil memandang Mirae dengan tidak puas hati .
Skip!!
Perjalanan menuju ke atas bukit mengambil masa lebih kurang 1 jam .
"Mirae yaa..gwenchana?". Tanya Ren yang jalan di belakang Mirae.
"Ye, saya ok je ". Mirae memandang Ren sambil tersenyum . Kira-kira hampir 3km sudah mereka berjalan .
"Aduhhh sakitnya kaki saya". Mimi yang jalan di belakang Ren pura-pura terjatuh .
"Wehh!! si cantik jatuh!! awak tak apa-apa ke ?". Tanya Jhope yang jalan di belakang Mimi .
"Takpe, abang Zico sedia membantu awak". Zico mendekati Mimi .
Ren hanya meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan Mimi . Fikirnya Mimi tidak perlukan bantuannya kerana hampir 5-6 orang lelaki mengelilingi dia sedia membantu .
"Mirae , ambil ni ..minum dulu ". Ren memberikan botol airnya pada Mirae.
"Ehh tu kan air awak ..takpe , air saya ad-".
"Minum je .. air awak tu simpan untuk perjalanan pulang nanti ". Ren meletakkan sebotol air di atas tapak tangan Mirae.
"Gomawo ...". Nak tak nak Mirae perlu mengambil botol air itu sebelum Ren memaksanya.
Beberapa minit kemudian mereka tiba di puncak bukit.
"Wahh!!! lawanya permandangan atas ni ! ". Nayeon sudah excited mengambil gambar suasana di sekitar.
"Segarnya rasanya". Mirae menarik dalam nafasnya menikmati udara segar di atas bukit . Jam seawal 8 pagi itu lagi menampakan matahari semakin muncul .
"Lagi segar saya nampak awak dah semakin sihat macam ni ". Tiba-tiba Ren memeluk Mirae dari belakang .
"Y-yah ! orang nampak laaa". Mirae sudah gelabah .
"Woooo sweetnyerrr!!! Mirae dengan Ren couplee laa!!! ". Kebanyakan budak kelas Mirae semua menyokong Mirae dan Ren tetapi tidak budak kelas lain terutamanya perempuan , yang jelas sekali cemburu dengan perlakuan Ren pada Mirae .
"Huhu jelesnya..andai la Ren peluk aku macam tu jugaa". Haera mencebik .
"Takpe , Mirae je pun ..bukan budak hot macam Mimi tu .Kalau Ren dengan Mimi lagi aku jeles ". Celah Nayeon .
"Kan kan ..betul cakap kau ". Haera mengangguk setuju .
Dari jauh L hanya memerhati Mirae dan Ren . Tipu la tak cemburu dengan orang yang dia suka dari kecil , tiba-tiba sekarang milik orang lain disebabkan dia tidak berani meluahkan perasaannya pada Mirae dari dahulu lagi .
"Eii geramnya perempuan tu ! ". Dari tadi Mimi duduk seorang diri jauh dari orang lain dan menggali tanah kira-kira 10cm dalamnya .
"Minki yaa ..sini kejap tolong cikgu .pelajar lelaki lain juga datang tolong cikgu angkat air kotak ni ". Panggil Minri seonsaengnim .
"Nae ! ". Seramai 8 orang pelajar lelaki membantu Minri seonsaengnim mengangkat beberapa kotak air mineral .
"Hergh..ni la masanya". Mimi perlahan-lahan mendekati Mirae."Mirae ! sini kejap ,tolong saya". Panggil Mimi .
"Ya?". Mirae perlahan mendekati Mimi .
Tiba-tiba...
//Prak// "Arrghh!!!!! ". Mirae jatuh terduduk . Kakinya terbenam ke dalam lubang yang digali oleh Mimi dan menyebabkan terseliuh .
"Yah Mirae! gwenchana ?". Mimi pura-pura membantu Mirae.
"Mirae! awak tak apa-apa ke !! ". L yang ternampak Mirae jatuh terduduk terus menerpa ke arah Mirae .
"Kaki saya ...". Mirae memegang kakinya yang sakit . Letih mendaki bukit belum habis lagi , tambahan kakinya tersangkut dalam sebuah lubang pula . Perit rasanya .
"Mi-mirae yaa! awak tak apa-apa ke ? ". Ren datang dan bertinggung di hadapan Mirae.
"Kau ikut aku kejap ". L menarik tangan Mimi .
"Heyy sakit laa!! ". Mimi meronta dilepaskan .
"Aishh bengkak dah! tak boleh jadi ni ". Ren cepat-cepat mengangkat tubuh Mirae.
"Asal kau buat macam tu dekat Mirae?". L memandang Mimi dengan panas .
"Buat apa ? apa maksud awak ni ?". Mimi pura-pura tidak bersalah .
"Kau buat semua ni sebab cemburu dengan Mirae kan ? pasal kemarin pun angkara kau kan yang buang tali merah dekat kawasan larangan tu ?". L menahan geram . Nak saja dia lempang muka Mimi pada ketika ini .
"A-awak tau mana ?". Mimi tercengang .
"Tak penting mana aku tahu ..yang aku pelik sekarang ni Mirae buat apa dekat kau sampai kau nak buat dia macam tu sekali ? kau bahayakan nyawa dia kau tau tak ! kau nak ke aku bagitahu Ren macam ni perangai kau ? dari dia elak dari kau , dia benci kau terus! kau nak ke! ". L sudah terhambur marahnya .
"Yah L ! asal kau marah Mimi macam tu ?". Celah Youngguk .
"Kau tak tahu apa jangan masuk campur ". Balas L .
"Tak , boleh je kan bawa bincang baik2 masalah korang tu .Asal nak kena tengking2 bagai?". Dari jauh Youngguk memerhati L dan Mimi ,lama kelamaan kelihatan perkara yang dibincangkan seperti serius dan membuatkan Youngguk turut masuk campur sekali .
"Argh! serabut aku perempuan ni! nak je aku tolak jatuh dari bukit tinggi ni ! ". L terus berlalu pergi meninggalkan Mimi .
"Dia....tahu semua ...?". Mimi tercengang seketika .
"Gwenchana ?". Youngguk memegang bahu Mimi .
"Boleh awak beredar kejap ? saya nak menyendiri ". Kata Mimi tanpa memandang wajah Youngguk .
"Arraso.. apa2 panggil saya ye ". Youngguk berlalu pergi .
SKip!!
"Awak tahan tau ..tulang awak tak sama ni disebabkan terseliuh tu ". Ren memegang perlahan kaki Mirae.
"A-awak nak buat apa ?". Tanya Mirae dengan terkejut .
"Gigit kain ni . Ketap je kain tu sekuat mungkin . Kalau saya tak buat macam ni lagi bahaya nanti . Saya kira 1,2,3 awak bersedia tau ".
"Takpe ke letak ais dekat kaki Mirae je ? sini kita tak ada line untuk hubungi pihak kecemasan". Minri seonsaenngim memandang Mirae dengan risau .
"Gwenchana , saya tahu nak buat ni . Cuma agak sakit sebab saya takda ubat kebas atau apa-apa nak letak di kaki Mirae.Nak tak nak Mirae kena tahan sakit ni .Sekejap je sakitnya .Seonsaengnim dah sediakan ais kan ?". Tanya Ren .
"Ye , ni ada ". Minri seonsaengnim menunjukkan ketulan ais di tangannya .
"Ok .Mirae sedia tau . 1, 2 ,3! //prak// ". Ren membetulkan tulang Mirae yang terseliuh itu .
"Arrghh!!! ". Mirae menjerit kesakitan .
"Mianhae ! gwenchana ?". Ren terus meletakkan ais di kaki Mirae.
"Ya, saya tak apa-apa ". Mirae mengangguk perlahan .Habis wajahnya dibasahi peluh akibat menahan sakit .
"Syukur la". Ren memeluk tubuh Mirae.
"Awak jatuh dekat mana ni Mirae? macam mana boleh jatuh ?". Tanya Minri seonsaengnim.
"Dekat belakang sana . Masa tu Mim-". kata-kata Mirae terhenti seketika . "Tak mungkin la Mimi buat semua ni ..kalau tak macam mana dia boleh terkejut tadi masa aku jatuh ". Bisik Mirae dalam hati .
"Belakang tu ? cikgu baru pergi situ masa awal sampai tadi ..takda apa-apa pun ?". Kata Minri seonsaengnim dengan raut wajah yang tertanya .
"Saya nak jalan-jalan je .Pastu tersepak kayu besar , tu yang jatuh ". TIpu Mirae.
"Kayu besar?". Tanya Minri seonsaengnim lagi .
"Ya ..L dah tolong alihkan kayu tu ". TIpu Mirae lagi .
Ren hanya mendiamkan diri .Dia tahu yang Mirae menyembunyikan sesuatu darinya .Tetapi apa ? mengapa Mirae perlu menyembunyikan sesuatu darinya ? siapa yang melakukan semua ni pada Mirae? dia perlu caritahu sendiri punca semua ni .Mesti ada kaitan dengan hal kemarin juga di mana Mirae tidak nampak akan tali merah di kawasan larangan itu .mesti ada orang yang membuka tali itu dan mengikat kembali selepas Mirae melepasinya.Tetapi siapa orang itu ?
"Ohh ..takpe la ,kamu rehat dulu ye . Petang ni kita akan berangkat ke bandar Seoul . Kamu pasti ni boleh tahan ?". Tanya Minri seonsaengnim meminta kepastian .
"Ya, saya rasa lega dah cikgu .Saya ok je ". Mirae tersenyum tawar .
"Takpe, saya teman Mirae dekat sini ". Celah Ren .
"Ok ,apa-apa panggil cikgu ye ". Minri seonsaengnim terus berlalu pergi .
"Saya harap awak ok ,Mirae..kalau sesuatu buruk jadi dekat awak lagi saya takkan maafkan perempuan tu lagi ". Bisik L dalam hati yang memerhati Mirae yang terduduk di atas tanah diikuti Ren yang duduk di sebelah Mirae .
-BERSAMBUNG -
(A/N; typo berleluasa..malas nak check ..kalau rajin komen la ^^ thankss)
Share this novel