Beberapa bulan kemudian ...
Tiba la di saat genting di mana bermulanya peperiksaan akhir tahun bagi Taeyang High School . Mirae cuba mengawal dirinya dari menggeletar .
"Relax Mirae ...relax ...". Mirae menepuk perlahan dada nya .
"Mirae yaa ..sharing is caring! ". Jerit Nana perlahan di belakang Mirae .
"Usaha sendiri la badak ! takkan sampai sekarang semua benda nak kena suap dekat kau". Celah L yang berada di tepi Nana .
"Kau jangan menyampuk boleh tak papan?!".
"Tiada sebarang suara semasa peperiksaan dijalankan! ". Sir Kim mengetuk kuat mejanya .Tersentak semua pelajar dibuatnya .
"Cikgu ni kan ..kalau aku sumbat kertas exam ni dalam mulut dia best gak ni .Terkejut sengal ! nak marah , marah dekat si sembang tu dah la!! ". Marah Youngguk dengan bisikan .
"Shhh..kau pun diam ". Tegur Jihyo yang duduk di sebelah Youngguk .
//Tap// Ren meletakkan pemadam di atas meja Mirae .Di pemadam tersebut tertulisnya satu perkataan 'Believe yourself' . Mirae terus memandang Ren sambil tersenyum selepas membaca perkataan tersebut .
"Ok Mirae, fokus! kau dah study habis-habisan ! kau kena usaha! ". Jerit Mirae dalam hati .Ren hanya tergelak kecil memandang reaksi Mirae di sebelahnya .
.
.
Sudah hampir tamat masa menjawab . Jam menunjukkan 9.15 minit pagi .
"Alamak ..mampos la.... aku tak siap 10 soalan lagi ..mana sempat ni ...essay aku tk sentuh lagi ". Bisik Mirae dalam hati sambil menggigit kukunya .Mirae memandang sekelilingnya .Ada yang tidur redha dengan keputusannya ,ada yang sudah siap dan menutup helaian kertas peperiksaan,ada yang sedang membincang jawapan dan ada yang masih meneliti soalan mereka yang masih belum disiapkan . Ren awal lagi sudah tertidur .Dia siap pada 30 minit terawal .Dia menghabiskan 1 jam dengan tidur sahaja .
"Aku yang melarang Ren membantu aku di hari exam sebab aku nak usaha sendiri capai score yang aku nak ". Bisik Mirae sambil melihat ke arah Ren .
"Masa tinggal 10 minit lagi . Tolong semak nama dan kad pengenalan kamu .Ingat , jangan tinggal kosong! ". Kata Sir Kim memecahkan suasana yang sunyi .
"B-bwo ? 10 minit ? asal aku tak tengok jam dari tadi ? ". Mirae tercengang . 10 soalannya masih belum disentuh dan disiapkan lagi .
"Lain kali jangan meralit .Ingat , masa itu emas ". Bisik Ren perlahan sambil tersenyum memandang Mirae. Dia mencapai kertas peperiksaan Mirae .
"Yah ..awak nak buat apa kertas saya tu ". Mirae memandang kertas nya yang berada di atas meja Ren .
"Awak tidur la dulu 10 minit .Saya tolong buat yang mana mampu ". Balas Ren .
"Andwae! kan awak dah janji taknak tolong saya ! ". Mirae cuba menggapai kertasnya sementara Sir Kim sedang leka bermain telefonnya .
"Tapi awak pun janji kan nak jadi penolong saya nanti kalau kita jadi doktor ". Balas Ren tanpa memandang wajah Mirae .Dia sudah membuka penutup pen dan cuba menyelesaikan jawapan di kertas Mirae.
"Apa maksud dia ..". Bisik Mirae dalam hati sambil memandang Ren dari tepi .
"Untung la ada boyfriend boleh tolong buatkan kerja dia .Kita ni sapa nak tolong ". Bisik Nana di belakang Mirae.
"Yah , bukan aku yang suruh la". Balas Mirae pada Nana .
L hanya memandang Mirae . "Alangkah baik kalau aku dapat tolong Mirae macam tu ". L hanya tersenyum tawar .
"Baiklah , masa sudah tamat .Sila letakkan pen kamu dan letakkan kertas di sudut kanan . Orang di belakang sekali , tolong kutip kertas periksa dan letak di atas meja saya ". Arah Sir Kim .
Mirae hanya memandang kertas peperiksaannya di sudut kanan . Ya, Ren sudah menyelesaikan kesemua soalannya dengan mengambil masa 7 minit saja . IQ nya betul2 tinggi dan tidak dapat ditandingi sesiapa .
"Dia siapkan 3 essay ,setiap essay ada 3 perenggan .Setiap baris ada 6-7 baris .Dalam masa 7 minit ? no wonder girl tergilakan dia .Perfect 10 ! .Pandai , kacak, kaya ...serba lengkap ". Bisik Mirae dalam hati sambil menongkat dagu memandang Ren di sebelahnya .
"Waeyo ?". Ren juga memandang wajah Mirae.
"Gomawo ". Balas Mirae sambil mencebir bibir .
"Aigoo ..awak tolong saya , saya tolong la awak ". Ren tersenyum.
"Saya tak tolong awak apa-apa pun ". Mirae menunduk wajah .
"Awak tolong bahagiakan saya ". Ren memegang tangan Mirae .
"Haa dah2 ! nak sweet2 balik nanti . Aku nak pinjam Mirae gi makan jap ". Nana menarik tangan Mirae . Ren hanya mengangkat kening memandang Nana .
SKip !!!!!
2 bulan kemudian,, (amboi cepat noo )
Tamat saja persekolahan kini Mirae dan Ren terpaksa menjalani ujian kedoktoran pula .
"Ok , ujian di sekolah dulu Ren dah tolong aku .Banyak sangat , boleh dikatakan stiap paper dia tolong .Kali ni aku tak boleh bagi dia tolong ! aku kena usaha sendiri ! aku boleh buat ". Mirae mengangguk dengan yakin .
Dari jauh Ren memandang Mirae sambil mengangguk tanda 'you can do it '. Mirae sengaja mengambil tempat yang jarak agak jauh dari tempat Ren . Mirae mengangguk kembali sambil tersenyum memandang Ren .
"Peperiksaan dimulakan sekarang ". Kata guru selaku doktor yang berdiri di hadapan .
Buka sahaja di helaian yang pertama , Mirae sudah ' o_o ' "ape ni ". Mirae memandang di kiri dan kanan nya . Kelihatan semua orang fokus menjawab ujian masing-masing termasuk Ren yang berada di hadapan .
"Fokus Mirae! halsu isseo ! ". Mirae mengangguk dengan yakin .
SKip !!
"Huargh!!!! saya tak lepas la exam tu !!! " . Mirae meraung menangis .
"Gwenchana , kan boleh cuba lagi 6 bulan ". Ren memegang tangan Mirae .
"Awak dah lepas takpe la .6 bulan bukan kejap tau ". Mirae mengeluh .
"Takpe , kan saya janji nak tolong awak . Kita belajar sama-sama ye nanti .Kita kan duduk 1 rumah je tak pisah mana-mana ". Ren tergelak kecil sambil mengusutkan rambut Mirae .
"Hurm ....". Mirae mengeluh .
"Mirae ya .. sini kejap appa nak cakap sesuatu ". Panggil Encik Han .
"Eo ? appa ...awak , kejap ye ..appa panggil ". Mirae terus berlari anak ke arah Encik Han . Ren hanya memerhati Mirae dari belakang .
Encik Han sengaja membawa Mirae ke belakang rumah untuk membincangkan hal yang penting .
"Kenapa appa ?". Tanya Mirae sambil melabuhkan punggung duduk di kerusi berdekatan kolam .
"Erm .. esok kita akan berpindah rumah ". Encik Han terus masuk ke topik .
"De? esok ? wae? kenapa tiba-tiba je ?". Terbuntang mata Mirae mendengarnya .
"Ye , appa dah beli rumah di Busan ,sebab owner rumah tu tawarkan dekat appa harga murah. Uncle kamu tak bagi kita pindah ,tapi appa tetap dengan keputusan appa .Sampai bila kan kita nak mengharapkan bantuan orang ? dah berbulan kita di sini .Elok la kita pindah dan cari rumah sendiri ". Encik Han memegang bahu Mirae .
"Kalau tu keputusan appa, Mirae ikut je "Mirae tersenyum tawar memandang Encik Han .
"Gomawo Mirae ya sebab sudi ikut appa .Mianhae ..".
"Aniyo , kenapa appa cakap macam tu .Mirae ada appa je , Mirae tetap akan ikut ke mana appa pergi ". Mirae melentokkan kepalanya di bahu Encik Han . Encik Han sekadar tersenyum dan mengusap kepala mirae . Dari belakang Ren hanya memerhati mirae dan Encik Han . Entah apa dirasakan ketika ini . Sedih ? mungkin .
Jam menunjukkan pukul 9 malam . Mirae duduk di atas katil sambil mengemas barangnya . //Krak // pintu bilik ditolak perlahan oleh Ren . Mirae tersentak seketika .
"Awak buat apa ?". Tanya Ren sambil duduk di sebelah Mirae .
"Aa .. saya ... saya kemas barang-barang ni seb-".
"Gajima ...". Ren memegang tangan Mirae .
"Awak dah tahu eh ?". Mirae memandang wajah Ren .
"Jebal ...gajima ". Ren merangkul tubuh Mirae dan memeluk erat tubuh Mirae .
"A-awak...". Mirae dapat rasakan yang Ren sedang menitiskan air mata di belakang Mirae. "Aigoo.. busan dengan seoul tak jauh pun " . Mirae menepuk belakang Ren sambil tersenyum .
"Tapi jauh juga . Saya taknak jauh dengan awak ". Ren menggeleng kepalanya .
"Ala .. ada masa nanti saya datang la lawat awak ".
"Kalau awak tak datang macam mana ?". Ren mencebik .
"Choi Minki-ssi . Sejak bila awak manja ni ? ni first time tau saya tengok awak macam ni . Peluk saya nangis2 bagai ". Mirae tergelak kecil .
"Aniyo .Siapa nangis . Omma tumis apa tadi saya asyik bersin je sampai keluar air mata". Endah Ren .
"Erm yela tu ". Sakat Mirae .
"Saya nak tidur sini malam ni boleh ?".
"De ?! . Minnie kan tidur dekat bilik awak tu , kenapa awak nak tidur sini pu-".
"Saya dah suruh dia tidur dengan omma . Tak kira, saya nak tidur sini juga . Malam ni awak tak boleh tidur. Kita berjaga sampai esok .Kita borak puas-puas ". Dari tadi Ren masih tidak melepaskan pelukan dari tubuh Mirae .
"Aigoo .. yela baby busuk ". Mirae tersengih .
.
.
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam . Mirae dan Ren sudah berbaring . Sedang leka Ren bercakap tiba-tiba dia terdengar dengkuran kecil .
"Dah tidur ... ". Ren mengusap kepala Mirae sambil tersenyum . Dia merangkul tubuh mirae ke dalam dakapannya . "Saya akan sentiasa merindui awak ". Bisik Ren .
Skip !!
Tiba di pagi hari lagi Encik Choi sudah sediakan sebuah van untuk mengangkut segala kelengkapan Mirae dan Encik Han .
"Aigoo..susah2 je kau sediakan semua ni ". Encik Han menepuk bahu Encik Choi .
"Cehh susah apanya . Untuk kau aku sanggup buat apa saja . Kau betul ke ni nak pindah ? aku sedih ni ". Encik Choi mencebik .
" Takkan la aku main2 dah sampai tahap ni .Takpe , ada masa nanti aku datang la lawat kau ". Encik Han menepuk bahu Encik Choi .
"Hati2 weh .Apa2 call aku .Aku sedia membantu ". Encik Choi terus memeluk Encik Han .
"Haa yelah ".
Mirae memerhati biliknya buat kali terakhir . "Annyeong... semoga jumpa lagi ". Kata Mirae sambil memandang sekeliling bilik itu. Tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk dari belakang .
"Ren .....". Mirae tersentak seketika .
"Tolong jaga diri awak baik2 . Ingat, saya sentiasa bersama awak tak kira mana awak pergi ". Bisik Ren perlahan .
Mirae menolak perlahan tangan Ren dan mengalih badan memandang ke arah Ren .
"Aigoo awak ni comel la saat2 macam ni ". Mirae tergelak kecil sambil memandang wajah Ren . "Arraso , saya akan jaga diri baik2 dan akan sentiasa ingat yang awk sentiasa di samping saya arraso ? awak pun macam tu juga tau ...ingat..walaupun kita berjauh , hati kita tetap bersatu ". Mirae memegang kedua belah pipi Ren .
"Mirae yaa ! palli .Nanti kita terlepas train ". Jerit Encik Han dari bawah .
"Nae appa ! kejap ! ". Balas Mirae . "Awak, saya pergi du-". //Chu// Tanpa sempat Mirae menghabiskan katanya Ren terus mengucup bibir nya .
"Saya sentiasa ingat pesanan awak ". Ren memegang wajah Mirae .
"Good ". Balas Mirae sambil trsenyum .
Tiba di muka pintu utama Mirae sempat memeluk Choi Omma .
"Jaga diri baik2 ye nak .Apa2 call omma tau .Call omma setiap masa ! .Omma rindu Mirae sangat2 ". Kata Choi omma .
"Haha arraso omma , Mirae akan buat apa omma suruh ". Mirae mengangguk perlahan .
"Unnie ... Min minta maaf kalau selalu sakitkan hati unnie . Semoga kita berjumpa lagi ". Minnie memeluk kaki Mirae .
"Arraso . Unnie maafkn .Ada masa kita jumpa nanti ye ". Mirae sempat memluk Minnie juga .
"Aigoo mana Ren ni . Tidur lagi ke . Tu la omma tak bagi dia tidur sorang .Selalunya Minnie yang kejut dia bangun . Abang betuah ni memang la . Mirae nak pergi pun dia tak bangun la". Bebel Choi omma sendirian .
"Aaa..omma .... haha takpe la , apa2 nanti Mirae boleh call Ren juga .Kalau dia tengah tidur tu takpe la .Mirae faham dia letih ". Kata Mirae sambil matanya melirik ke arah Ren yang berdiri di tingkap biliknya sambil memandangnya .Dia tahu Ren tidak mahu lihat pemergiannya .
"Haa yelah kalau macam tu . Hati2 ye nak ". Sekali lagi Choi omma memeluk Mirae .
"Arraso omma ". Blas Mirae sambil tersenyum .
Skip!!!
Beberapa hari kemudian ...
//Kring kring// "Yoboseyo omma ". Mirae mengangkat panggilan dari Choi omma .
"Huarghhhh Mirae yaa ...bila kamu nak datang ... omma bosan sorang2 di rumah ". Kedengaran seperti Choi omma sedang bersedih .
"Aigoo omma .. nanti ada masa free Mirae datang ye omma . Kenapa sorang2 pula , Ren dengan Minnie kan ada teman omma ". Mirae tergelak kecil .
"Ren dah berangkat ke US semalam . Dia terpaksa pergi ke US untuk sambung practical di sana selama 3 tahun . Minnie pula ada waktu malam je , siang2 omma sorang2 bosan la ". Kata Choi omma yang masih menangis .
"D-de ?ti-ga tahun ? kenapa...dia tak bagitahu Mirae pun ?". Mirae tersentak seketika .
"Dia lupa la tu sebab masa tu pun dia dah tergesa2 macam takde masa dah ". Sambung Choi Omma lagi .
"Erm kalau macam tu esok Mirae datang lawat omma ye . Omma ... Mirae tengah masak ni , apa2 nanti Mirae call omma ye ". Mirae terus meletakkan panggilan . Tiba-tiba air mata Mirae menitis di atas helaian kertas di hadapannya .Dia kini sedang bertungkus lumus mengulangkaji bagi ujian kedoktoran seterusnya pada 5 bulan akan datang .
"Geojitmal .... awak cakap awak akan tunggu saya ....sekarang awak yang tinggalkan saya ..apa guna saya di sini sibuk mengulangkaji untuk ujian ni kalau saya lulus ujian ni sekalipun awak takda di sini .... ". Mirae meraup wajahnya . "Awak tipu akan tunggu saya ". Mirae melentokkan kepala di atas meja belajar .
-BERSAMBUNG-
Share this novel