Chapter 3

Fantasy Series 3444

"Baik lah ,tak lama lagi sekolah kita akan bertanding dalam public speaking bersama J.b High School . Setiap kelas ada wakil tersendiri seramai 2 orang .Kelas ni saya dah ambil Minki sorang .Lagi sorang siapa nak sertai ?" . Tanya Miss Coco yang berdiri di hadapan .

Semua orang krik krik terdiam seribu bahasa .Siapa je yang pandai speaking dalam kelas 2-4 ni ! peperiksaan bahasa inggeris pun mereka tidak pernah lulus .

"Wajib ke cikgu ?" .Tanya Yuna .

"Iya ,wajib . Cikgu kena hantar nama pserta dah hari ini .Mohon beri kerjasama " . Miss Coco merapatkan tangannya .

"Hergh cikgu tunggu la sampai berjanggut ,takda siapa nak pergi pun selain Ren tu ". Youngjae smirk .

"Kalau macam tu saya pilih sorang untuk jadi pasangan Ren nanti di pertandingan ye" . Miss Coco mencekak pinggang sambil melihat wajah pelajarnya .

Dengar sahaja Miss Coco nak pilih nama mereka sebagai pasangan Ren di pertandingan nanti ,semua orang menundukkan wajah .

//Tok tok // Mirae yang baru pulang ke tandas terus mengetuk pintu kelas sebelum melangkah masuk .

"Ha! dah jumpa ! Han Mirae ,kamu ikut Ren sertai pertandingan public speaking nanti ye .Terima kasih beri kerjasama " . Miss Coco terus mengemas barangnya dan terus keluar dari kelas sebelum Mirae menolak penyertaan itu.

"Apa yang....cikgu cakapkan tu ?" .Terkejut cipan Mirae dibuatnya apabila Miss Coco tiba-tiba menyebut namanya .

"Mampossss". Nana meletakkan pembaris di lehernya sambil memandang Mirae .

"Omo ! waeyo ?" . Mirae terus berlari anak ke arah Nana .

"Aduh ..dalam ramai-ramai asal la dia ni " .Ren hanya mempu mengeluh dan baring di mejanya .
. .
.
Skip >

Disebabkan pertandingan tak lama lagi , jadi Mirae terpaksa bersengkang mata menghafal srikata di dalam kamus . Subjek paling dia tidak suka ialah matematik ! tetapi bahasa inggeris pun apa kurangnya.Dia hanya pernah lulus subjek inggeris di awal semester saja , meningkat je semester terus kelaut bahasa inggerisnya.

"Aduhh kenapa susah sangat nak hafal ni " . Mirae mengetuk kepalanya di atas meja belajarnya di dalam bilik . Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam .Biasaya 10 malam dan ke atas Mirae sudah tertidur . "Jap ..tajuk apa keluar nanti " .Mirae berfikir seketika .

//Tok tok tok // Ren mengetuk pintu bilik Mirae .

"Kejapp ". Mirae berlari anak dan membuka pintu bilik .

"Omma suruh aku ajar kau .Tepi " . Ren terus menerjah masuk ke dalam bilik Mirae tanpa sempat mirae berkata apa .

"Yahh! awak tak boleh masuk camtu je bilik saya ! ". Mirae cepat-cepat baring di atas katilnya .

"Kau dah kenapa ?" Ren memandang Mirae dengan heran .

"Aduhh macam mana aku nak sorokkan sotong kering aku ni !! malu la kalau dia nampak !!! " . Bisik Mirae dalam hati .Puan Choi baru sahaja menghadiahkan Mirae pakaian dalam wanita yang baru dibelinya di shopping mall pada petang tadi . Oleh kerana Mirae ingin mencubanya jadi Mirae hanya letakkan di atas katilnya .

"Aaa...awak keluar kejap boleh ?". Mirae masih terkaku di tempatnya .Sikit pun tidak berganjak .

"Asal lak .Ni bilik aku .Suka hati aku la nak masuk ke keluar" . Ren berdiri tegak di hadapan Mirae sambil menyilang tangan .

"Ala keluar la kejap !! saya ada benda nak buat ni !!! ". Marah Mirae .

" Kau siapa nak tinggi suara dengan aku ? ni bilik aku kan .Kau tu menumpang je " . Bidas Ren pula .

"Saya nak ganti baju ni !! baju saya pakai ni baju petang tadi". Mirae sudah tidak tahu nak beri alasan apa .

"Bohong .Aku dengar kau mandi tadi . Gedebush gedebush aku dengar air mandian kau .Dah macam gajah yang mandi ,bukan orang .Tak mungkin kau akan pakai baju yang sama lepas mandi . Lagipun balik sekolah petang tadi kan kau terus mandi ,pastu kau ganti baju lain .Kau nak buat apa sebenarnya ni ?" . Ren mengangkat kening .

"Suka hati awak la taknak pergi ! " .Mirae tidak bergerak lagi .

"Cepat la ke meja belajar! aku datang bilik kau bukan nak tengok kau lending atas katil tu .Kau tak sexy pun ". Ren sudah mengerut keningnya memandang Mirae.

"Aishh lantak la dia nak kata apa ! ". Mirae terus bangun dan menyorokkan pakaian dalamnya dalam selimut dengan pantas sekali tanpa sempat Ren nampak .

"Kau sorok apa tu ?". Ren memandang di selimut Mirae .Terdapat empat bentuk bulat yag timbul di tengah selimut .

"Yahh jangan sibuk la ! awak duduk la dekat meja tu dulu !! ". Mirae melindung 'spek mata' nya dengan tangan .

"Kau curi barang aku ea?" .Ren sudah berburuk sangka .

"Ey takde kerja ka nak curi barang awak " . Mirae mngerut kening .

"Dahtu benda apa tu ?" Ren menunjuk ke arah bonggol itu .

"Ishh takde apa la! " . Mirae baring sekali lagi di atas selimut itu .

"Tepi ! aku nak tengok ! kau curi barang dalam bilik ni kan ?! kan aku cakap jangan sentuh apa-apa barang dalam bilik ni .Semua aku punya ! ". Ren terus menarik selimut itu .

"Andwae!!! tak boleh !!! jangan tarik !!!!". Mirae juga melawan tarik selimut yang menutupi pakaian dalam nya .

Disebabkan tarikan Mirae lagi kuat jadi Ren terdorong ke hadapan dan terus terbaring di atas Mirae .

"Omo! " . Mirae terkaku apabila Ren mengunci dirinya dengan kedua belah tangannya . "Apahal Ren tak bergerak ni !!!" . Jerit Mirae dalam hati .Mukanya sudah merah padam .

"Cakap dekat aku ,kau sorokkan apa dari aku ? kalau tak ....". Ren sengaja membuat Mirae cuak dengan kata-katanya .

"Eii takda apa la ! kenapa awak nak tahu sangat ni !! " . Mirae bercakap tanpa memandang wajah Ren yang 10 inci jauh darinya .

"Kau sorokkan apa aku tanya ni ?" . Ren sengaja mendekatkan lagi wajahnya .

"Arrghh!!! jebal!!!! jangan bagi jantung aku meletup Choi Minki oi!!! " .Jerit Mirae dalam hati .

"Mana ada saya tak sor- ". "Mirae yaa" . Puan Choi tiba-tiba terjah di pintu bilik Mirae.

"Omma! " Disebabkan Ren terkejut Puan Choi tiba-tiba muncul di pintu bilik ,dia tidak dapat mengimbangi badannya dan terjatuh betul-betul di atas badan Mirae . Bibirnya sudah bertemu bibir Mirae .Mirae membulatkan mata bagai nak tercabut saja kerana terkejut dengan tindakan Ren .

"Aww omma salah timing ea.Kejap lagi la omma datang lagi ye". Puan Choi keluar dari pintu bilik dengan senyum sampai ke telinga .

Ren cepat-cepat bangun dan berdiri di tepi katil Mirae like nothing happen ! . Mirae pula masih terkaku di tempatnya .

"Yah ! . Sudah la tu terkejut nya .Takkan kau tak pernah kiss sebelum ni . Dah la kalau taknak tunjuk benda tu pun! sini datang ke meja ni ,aku nak bincang pasal contest tu nanti ". Ren duduk di kerusi meja belajar Mirae sambil menolak perlahan kamus Mirae . Jantungnya juga berdebar bagai nak luruh saja tetapi di'cover kan wajahnya sperti tidak ada apa-apa berlaku saja .

" Awak nak apa hah datang sini ! ". Mirae juga cuba mengawal riak slamber di wajahnya .

"Duduk sini ". Ren menepuk kerusi lagi satu di tepinya . Tanpa membuang masa Mirae terus melabuhkan punggung duduk di kerusi itu.

"Aku dah tahu tajuk apa masuk public speaking nanti . Ianya berkaitan dengan cinta . Tak kisah la cinta dengan mak ke ,ayah ke , adik ke kakak atau kekasih kita . Aku pilih tajuk cinta dengan keluarga . Setip kumpulan diberi 15-20 minit untuk bercakap . Aku nak buat 20 minit untuk bercakap nanti ".

"Awak biar betul 20 minit!! nak cakap apa je sampai 20 minit" .Butang mata Mirae mendengarnya .

"Kau cakap 5 minit dah la .Selebihnye aku cakap ". Ren menggeleng kepala memandang Mirae .

"Seriously ?! takpe ke camtu ?" . Mirae seperti rasa bersalah membuang semua bebannya pada Ren .

"Aku boleh speak 1000 patah perkataan dalam 2 minit . Setakat 15 minit tu apa la sangat . Dah ,yang penting sekarang fikir kau dulu .Kau yang akan mula dulu nanti .Pastu aku sambung kemudian lepas kau ". Ren sudah menyediakan nota ringkas untuk Mirae .

"Apa benda ni ". Mirae melihat buku setebal 1 cm di hadapannya .

"Hafal semua tu untuk memudahkan kau cakap di depan orang ramai dengan lancar nanti " . Ren menongkat kepala memandang Mirae .

"Tebalnya !!! macam mana saya nak hafal semua ni !!!" .Mirae mengalih muka surat buku itu dengan laju .Walaupun Ren sudah ringkaskan dalam bentuk peta minda, tetapi masih sukar untuk menghafal semua itu dalam masa seminggu !

"Kau ni biar betul ni pun tak boleh ! rendah sangat ni IQ kau ! sini ah aku test kau ". Ren merampas buku itu di tangan Mirae.

"T-test IQ .....?" . Itu salah satu paling ditakutkan Mirae apabila seseorang cuba menguji kepintarannya sebanyak 50 IQ saja itu .

"Ok aku nak kau hafal ayat pembuka kata ni dulu 2 baris ayat ni ". Ren menunjuk ke arah baris ayat itu .

"Panjangnya pembuka kata pun!!" . Mirae melihat satu per satu perkataan itu .

"Ishh pendek je la ! jangan la tunjuk sangat kelembapan kau tu !! ". Ren meluku kepala Mirae .

"Yahh sakit laa ". Mirae mengusap kepalanya .

"Dahh baca cepat ayat ni !". Ren menunjuk di buku .

"A..very ...good ..morning to ...all ..ti-ti ...ti.....". Mirae sudah mula mengerut keningnya .

"Teacher la ! ". Ren menepuk meja .

"Jangan la marah ! ". Mirae mengusap dadanya yang terkejut dengan hentakan Ren tadi .

"Kalau tak marah sampai bila kau nak faham . Baca semula". Ren sudah mengeluh .

"A very good morning to all teacher and friend . Tod....day ,i wo...wou ... awak ,ni apa ?". Mirae menunjuk perkataan itu pada Ren .

"Would". Jawab Ren sepatah .

"Would like to give so...me- "
"Some ! ".

"Betul la saya sebut tu ! ". Marah Mirae .

"Salah ! mana ada orang sebut gitu .So.Me dengan some lain ayatnye .Haihhh ". Sekali lagi Ren mengeluh .

"Saya tau la !! ".

Sudah berpuluh minit Mirae cuba menghafal ayat itu sehinggakan Ren sudah tertidur di meja belajar Mirae .

"Awak ni ap- ". Kata-kata Mirae terehenti apabila dia melihat Ren yang sudah tertidur di meja itu . "Mesti dia penat sangat kan ajar aku ....". Kata Mirae perlahan . Mirae melihat wajah Ren dengan penuh minat .Ya ,siapa je tak jatuh hati dengan lelaki perfect ni . Kacak ,pandai ,kaya ,baik . Semua ada pada Ren . Dalam banyak-banyak anggota Ren ,paling menarik perhatian Mirae ialah bibirnya yang pink kemerahan seperti strawberry itu . Menarik ! . Disebabkan Ren sudah ketiduran ,fikir Mirae dia tidak akan menyedari jika Mirae menyentuhnya.Mirae perlahan-lahan mengangkat jarinya dan menyentuh bibir Ren . Tiba-tiba...

"Omo !! ". Tersentak Mirae apabila Ren memegang tangannya." A-awak t-tak ti-tidur ke ?". Mirae membutang mata melihat Ren .

"Dah tidur .Kau bising sangat! . Dah aku nak balik bilik aku ! jangan tidur sampai kau boleh hafal ayat tu ". Ren bangun dari kerusinya .

"Tapi awak saya tak tahu perkataa- ". Tanpa sempat Mirae menghabiskan ayatnya ,bibirnya sudah dikucup oleh Ren sekilas .

"Perkataan yang kau nak tanya tu 'belove ' . Jangan lupa perkataan itu ". Ren terus keluar dari bilik Mirae dengan wajah yang kelihatan tenang saja sedangkan hati Mirae bagai nak meletup saja !

"Dia ...kiss aku ....dua kali ....". Mirae menyenuh bibirnya .
. .
.

Di sekolah Mirae tak lekang memerhati Ren di sebelahnya yang sedang membaca buku .

"Dia tak bosan ke dari tadi baca buku". Bisik Mirae dalam hati.

"Mirae ,petang ni jom keluar gi taman .Aku datang ambil kau ". L duduk di hadapan Mirae sambil menongkat dagu .

"Eo ? petang ni ? ermm ...". Mirae berfikir seketika .

" Main-main jugak, jangan lupa belajar".Ren terus bangun dari tempatnya dan keluar kelas .Disebabkan cikgu belum masuk ,ramai pelajar keluar kelas sesuka hati saja .

"Dia cakap dekat kita ke ?". L sudah memandang Ren dengan panas .

"A-aniyo .Dia .. cakap sorang-sorang tu ". Mirae cuba mereda keadaan yang hampir berapi itu . L sangat anti dengan Ren .Entah mengapa .

"Weh mirae! kipidap dengan contest tu nanti " . Nana menepuk bahu Mirae .

"Aigoo ..nasib la aku tak kena .Kalau tak memang bungkus la kelas kita ". Nana menggeleng laju kepalanya .

"Aku pun takut ni ". Mirae menggigit kuku .

"Saya memang tak pandai bahasa inggeris ni walaupun saya tak setuju awak partner dengan Ren .Tapi apakan daya .Takde sapa akan ganti tempat awak ". L mengeluh .

"Waeyo ? kenapa awak tak setuju ?" Mirae memandang L .

"A-aniyo ,maksud saya ....saya tknak orang ..pandang macam awak tak bijak sangat di mata diorang .Tapi awak tetap pandai di mata saya ". L tersenyum memandng Mirae.

"Haha ada-ada je la awak ni ". Mirae tergelak kecil .

"Seandainya aku berani ungkapkan perasaan aku dekat Mirae...mesti Mirae dengan aku dah lama bercinta kan ..". Bisik L dalam hati .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience