“Cuba kau bayangkan.Seandainya apa yang dia buat tu betul-betul.Kau rasa kau terima dia tak?” Masih terngiang-ngiang kata-kata Nazrin tentang pekara yang sedang ku fikirkan ini.Aku memang bukan seorang yang sempurna dari segi paras rupa.Sekadar okey itu kemungkinan besar adalah.Tetapi kenapa dia pilih aku.Siap minta tolong orang adjust kan lagi.Dia gila apa?Aku baru 18 tahun lah.
Orang yang dia minta tolong tu pula ialah ayah aku.Memang salah orang.Dia tak kenal agaknya siapa ayah aku.Abah kalau hal-hal cinta monyet mahu dengar pun culas.Inikan pula nak tolong adjust kan untuk dia.Memang kerja gila.
“Tak kot.Sebab kan kau tau aku macam mana.Aku menunggu jejaka 2018.Lagipun aku kan dah janji dengan diri aku yang mak dan abah aku yang akan pilihkan jodoh aku.” Ternyata itulah keinginan ku.Aku benar-benar maksudkan nya.Tapi boleh ke?
“Pak Man tolong saya boleh tak?”
“Tolong apa?Kau ni kan ada-ada je.Hari ini tak ada ikan air tawar ke?Aku dah kepingin nak makan ni.Setiap kali aku tak datang kau cakap ada.Ini aku datang jangan pula cakap tak ada.” Sudah menjadi kebiasaan Pak Man bercakap dengan nada sedemikian dengan Zaquan.Kebetulan ayah Zaquan,Zulkefle dan Pak Man ialah teman baik.Cuma nasib ayah Zaquan lebih baik sedikit daripada Pak Man.
Pak Man sebenarnya nama samaran bagi Osman.Pak Man memiliki sebuah keluarga sederhana yang sempurna di mata semua orang.Kelakuan yang sentiasa gembira dan suka bergurau senda membuatkan Zaquan mudah untuk berbual-bual dengannya.
“Saya nak minta tolong Pak Man adjust kan anak Pak Man untuk saya.Alah cerita senangkan?Pak Man kan baik.Kalau boleh tiap-tiap hari saya bagi ikan air tawar free punye kat Pak Man.Kitakan geng Pak Man.” Zaquan meluahkan apa yang bermain dibenaknya sejak dua minggu yang lalu.Nak dapatkan anak kenalah pandai pikat bapak juga.
“Kau gila?Kau nak bagi anak aku makan apa.Bagi dulu pendahuluan RM 5000 baru aku yakin.Selebihnya ada lagi baki dalam RM 20000. Boleh?Gila apa budak ni.”
“Alah Pak Man mahal sangat tu.Mini Market ni pun saya baru buka.Tak kan dah boleh dapat banyak tu.Paling-paling kurang lah sikit.Pak Man bagi la nombor dia kat saya.Boleh la Pak Man.” Zaquan cuba lagi untuk menyakinkan Osman.
“Aduh.Haji Zul kesian kat kau.Anak kau ni dah gila agaknya.Hm..kirim salam kat bapak kau.Semakin aku layan semakin menjadi-jadi gila kau ni.Aku balik dulu.”
“Pak Man jangan lupa janji kita.” Dari jauh Zaquan menjerit.Melihat bayangan orang tua itu berlalu dengan motosikal Lagenda nya.Dia tersenyum sendiri.
“Tak baiklah awak panggil budak tu gila.Anaknya si Zul tu nak bergurau agaknya.Kalau ye pun jangan lah awak cakap dia gila.” Mak Cik Anna menyuakan air teh panas yang masih berasap kepada suaminya.Pak Osman mengambil huluran air panas daripada isterinya.Geli hati Mak Cik Anna mendengar cerita suaminya sebentar tadi.Budak Zaquan tu memang suka bergurau dengan suaminya.Tetapi tidak terjangkau yang anak Zulkefle tu sukakan anak tunggalnya.
Meskipun budak itu bukanlah pandai dan bersekolah tinggi tetapi hati budak itu baik dan menyenangkan.
Namun begitu Zaquan memang sedikit panas baran.Setahu Mak Cik Anna,Zaquan pernah dibuang sekolah kerana memukul pelajar lain.Darah muda memang selalu suka mengikut perasaan.Kesannya dia dibuang sekolah.
Apabila ibunya menghantar Zaquan ke sekolah agama,Zaquan melarikan diri.Memang nakal.Sekarang Zaquan diberi peluang oleh Zulkefle untuk menguruskan Mini Market nya sendiri.Katanya tidak mahu Zaquan terus hanyut dengan sikapnya yang suka lepas tangan dan tidak bertanggungjawab itu.
“Tahu lah saya budak itu bergurau.Tetapi dia tu kita kena ajar juga sikit.Budak itu nakal.Semua kehendaknya ayahnya turuti nanti besar kepala jadinya.Mahukan anak kita,si Damya tu kan tengah belajar lagi dan anak Zul tu pun bukannya ada peluang pekerjaan yang cerah.Belajar pun tak habis.Orang suruh sekolah dia lari.”
Akhirnya kedua-dua orang tua itu ketawa sendiri.Tanpa mereka sedari perbualan mereka didengari oleh Damya.
Suka kan aku?Gila.Tak ada otak apa?Punya ramai perempuan cantik aku yang dia nak.Paling-paling nak mainkan aku.Sempoi je la Damya.Si budak tu bukan betul pun.Tapi kalau betul dia suka?Buat bodoh je lah..
Share this novel