BAB 2

Romance Completed 7315

“Man aku nak cakap sikit dengan kau boleh tak?”

“Nak cakap dengan aku?Cakap je lah.Macam tak biasa pula.Tak payah la kau nak formal-formal dengan aku.Dah lama la kita kawan.Apa dia yang serius sangat ni?” Osman tersenyum memandang Zulkefle.Selama ini Zulkefle tidak pernah bercakap dengan gaya sedemikian.

“Kalau aku cakap kau jangan terkejut.Aku harap kau fikirlah baik-baik.Kita kan dah lama kawan.Aku harap kita dapat jadikan hubungan ini lagi erat.” Susah benar untuk Zulkefle untuk berterus terang dengan Osman.

“Apa ni Zul.Cakap jelah.Tak payah lah nak bermadah-madah.Cakap je.Jangan kau cakap nak nikah kan anak kau dengan anak aku sudah.Jadi macam anak kau semalam.Merepek je kerja dia.” Zulkefle telan liur mendengar kata-kata Osman.

“Itulah yang aku nak cakap Man. Anak aku si Zaquan tu sukakan anak kau Damya.Apa kata kita satukan mereka.Kita boleh lagi rapat.” Akhirnya terluah juga kata-kata yang ingin diluahkan.

“Apa yang kau merepek ni?Kau jangan main-main.Anak kita kecil lagi.Lagipun anak aku si Damya tu sedang belajar.Lainlah anak kau.

Belajar pun tak nak.Tak kan anak aku nak merempat besar nanti dengan anak kau.Harta yang kau ada sekarang ni bukan boleh tahan lama pun.Ini harta kau bukan harta dia.Orang bussines ni ada jatuh ada naik.Kalau lah kau jatuh satu hari nanti nak suruh anak aku makan apa jadi menantu kau?”

“Mulut kau biar berasas Man.Aku Cuma minta anak kau.Rezeki budak-budak ni mana kita tahu.Aku tak sangka kau boleh cakap macam ni kat aku.Kita kawan.Kau mendoakan kejatuhan aku.Aku Cuma nak kita lagi rapat dan baik.Sekiranya si Danya tu jadi menantu aku legalah sikit hati aku,dia dari keluarga yang baik.” Peritnya mendengar tuduhan Osman.Dia tidak sangka Osman sanggup mengatakan anaknya dan dirinya sedemikian.

“Dah lah aku tak nak bincang hal ni lagi.Kalau kau kawan aku kau lupakan jelah.Lagipun dalam hal ini masih awal untuk kita fikirkan.Aku minta maaf.”

“Tak apa Man.Aku pun salah.”

Tanpa disedari sejak hari itu hubungan kedua-duanya semakin renggang.Zulkefle dan keluarga begitu terluka dengan tuduhan Osman.Manakala Osman pula bagaikan tunggul.Memang sukar untuk berbincang dengan Osman hal sedemikian.Sesungguhnya Osman memang keras hati kalau hal-hal seperti ini.Dia memang pantang sekiranya berbincang tentang jodoh.Baginya jodoh Damya bukan sekarang untuk difikirkan.Damya satu-satunya anak Osman.Dia tidak mahu Damya sengsara hidup bersama Zaquan yang tidak berpelajaran.Baginya ilmu itu adalah segalanya.

Manusia akan sengsara tanpa ilmu.Itulah pegangannya sejak dulu.Tiada sesiapa yang dapat mengubahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience