BAB 7

Romance Completed 7315

“Saya faham Damya.Awak memang tak akan terima saya.Sebab itu awal-awal lagi apabila saya diminta berkahwin dengan pilihan keluarga saya terima.Ibu saya cakap saya akan mencintai bakal isteri saya itu dengan sepenuh hati kerana dia terlalu baik.”

Aku sekali lagi terkejut dengan berita yang aku dengari.Ryan akan berkahwin?Ya Allah ujian apa yang kau berikan kepadaku.Ya aku sedar aku memang cintakan Ryan tetapi aku tidak boleh mengingkari janji.

“Semoga awak bahagia.Maafkan saya,saya pergi dulu ada hal.Saya pulang dengan teksi saja.Bye.”

Aku akan pergi dari kau Ryan.Aku kalah dalam perhitungan hidupku sendiri.Aku hipokrit dengan diriku sendiri.Aku memang cintakan kau.Meskipun aku tidak mengenali kau pada mulanya,tetapi wajah kau membuatkan aku yakin dengan diri kau.Wajahkau seakan aku kenali tetapi aku langsung lupa siapakah gerangan itu.Semoga kau bahagia.Saat ini hanya air mata yang dapat menemani aku.

Hari ini ini sudah 10 Ogos 2018. Lagi lapan hari.Semuanya hancur.Hancur. Aku yang hancurkannya.Maafkan aku Ryan.Kau memang pantas mendapat seorang gadis yang baik.Lebih baik daripada aku.

“Damya,hujung minggu ni balik ya.Kita ada buat jamuan makan sikit.Pastikan balik ya.Mak nak Damya balik.Ingat balik tau.”

“Baiklah mak.Jamuan apa tengah-tengah bulan ni mak.Ada-ada saja la mak ni.Nanti Damya balik.Jangan risaulah.”

Itulah jalan terbaik rasanya.Aku dapat menenangkan hatiku dan melupakan semuanya.Melupakan Ryan.Harus.Aku harus melupakan Ryan.Dialah cinta aku yang terakhir.Aku tidak akan menerima mana-mana lelaki lagi dalam hidupku.

Tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience