BAB 5

Romance Completed 7315

1 Ogos 2018

Setelah 18 tahun berlalu aku masih sendiri. Aku kini telah bergelar editor buku di salah sebuah syarikat penerbitan. Pejam celik sudah hampir tiga tahun aku bekerja di sini. Kehidupan sebagai editor memang sukar dan memenatkan namun begitu aku gembira dengan kehidupanku. Sekarang aku masih sendiri tanpa teman disisi.Aku belum bersedia untuk membuka pintu hatiku.

18 Ogos 2018: Sesungguhnya aku benar-benar serius untuk jatuh cinta pada Aku masih yakin dengan jejaka pujaanku akan hadir pada hari itu.Aku sedar hari tu semakin hampir dan aku harus bersedia. Pernah ada seseorang yang datang padaku dan mengangguku dalam tempoh waktu aku kecewa dengan Amar dan Adam serta tidak lupa pemilik Mini Market yang pernah cuba mempermainkan aku.

Namanya Ryan.Dia baik dan sangat memahami.Kata teman-temanku,aku terlalu buta untuk mengenal erti budi Ryan yang begitu baik padaku.Kata mereka Ryan sudahlah kaya,kacak dan segala ka lah yang ada padanya. PERFECT!Aku sendiri tidak mengenalinya.Tetapi pintu hatiku tidak terbuka lagi.Meskipun kadang-kadang aku juga tersentuh dengan pujukan dan layanannnya padaku.Cinta ke dia pada aku?

Pernah sekali Ryan datang padaku dan membawa sekuntum bunga mawar.Pada saat itu aku dapat melihat hidungnya yang kemerahan.Rupa-rupanya Ryan alah kepada bunga mawar. Lucu aku melihat wajahnya ketika itu.Tetapi ada sesuatu dalam diri Ryan yang membuatkan aku sering tertanya apakah dia orangnya?Entahlah aku sendiri tidak mengerti akan keadaanku.

Biarlah masa sahaja yang menentukan.Lagipun aku sudah tersasul janji dengan diriku sendri untuk membiarkan ibu bapa ku yang mencarikan jodoh buatkan.Mana tidaknya memandangkan cara abah yang tegas dengan hal pilihan hidupku.Apabila aku memikirkannya pasti aku akan resah.Aku takut suatu hari nanti aku jatuh cinta pada orang yang tidak disukai oleh abah.

Mengenangkan kembali diri Ryan aku mula resah dan gelisah. Aku masih mengingati pertemuan kami pada pertama kalinya.Saat itu aku baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai editor.Aku bertemu dengan Ryan di restoran berdekatan dengan tempat kerjaku.Saat itu aku ingin jatuh kerana licin dan Ryan yang membantu aku.Ketika itulah kami mula kenal.Aku fikirkan pertemuan kami hanya sampai disitu ternyata tidak.Ryan seakan-akan menjejaki bayang-bayangku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience