BAB 6

Romance Completed 7315

“Damya saya tunggu awak kat luar ni.” Suara Ryan kendengaran di cuping telingaku.

“Ryan,awak dah gila ke?Ini masih pagi lah.Cuba awak tengok jam awak pukul berapa.Awak cakap pada saya semalam pukul 10 pagi.” Aku mula bengang apabila tidurku diganggu.Sudah lah semalam aku pulang lewat kerana mengejar date line buku baru yang akan dipasarkan untuk bulan ini.Sekarang diganggu pula oleh Ryan.

“Maafkan saya tuan puteri tetapi melihat jam di tangan saya sekarang sudah pukul 11.30 pagi.Saya telah menunggu di depan rumah anda sejak jam 9 pagi.Dikira-kiralah ye,dalam 2 jam setengah saya menunggu.” Ryan menjawab sambil tersenyum sendiri.

“What?

Ya Allah Ryan maafkan saya.Sekejap.Boleh awak tunggu lagi setengah jam.Saya mahu bersiap.Sorry Ryan.”

“Tak apa tuan puteri.Setengah jam itu terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan 8 tahun.Bersiaplah saya tunggu awak kat luar.”

“Okey.Thank you.”

“Ryan saya nak tanya sesuatu kat awak ni.Pagi tadi tak silap saya awak ada cakap setengah jam itu terlalu sikit dibandingkan 8 tahun .Apa maksud awak?Kita baru kenal 3 tahun.Kita baik pun baru tahun ini.Saya mengambil masa dua tahun untuk berkawan dengan awak.” Aku menyoal Ryan setelah kami berhenti sebentar untuk sarapan pagi sebelum bertolak ke Putrajaya.

“Yelah mana tidaknya.Tuan puteri ini susah sangat nak terima saya sebagai kawan.Pasangan hidup lagilah susah.8 tahun tu saja-saja sahaja.Tak ada maksud pun.Damya saya nak cakap sesuatu boleh?”

“Cakap jelah.Susah sangat.Selama ni pun awak memang lebih suka bercakap berbanding saya bukan?Apa dia?” Aku memandang Ryan.

“Saya dah lama menyatakan hal ini pada awak.Tapi awak ambil hal ini sebagai hal yang remeh-temeh dan hari ini saya ingin berterus-terang sekali lagi pada awak.Selepas ini apa-apa pun jawapan awak saya akan terima dengan redha.Saya cintakan awak dan sudikah awak menjadi puteri saya selamanya.” Aku terdiam mendengar kata-kata Ryan.Luahannya memang membuatkan aku tergamam.

“Tapi Ryan.Saya kan dah…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience