BAB 4

Romance Completed 587

Rezuanna dan Syatilla saling berpelukan. Ketika inilah mereka akan berpisah
agak lama kerana pengajian ijazah mereka telahpun sudah tamat. Syatilla
menangis teresak-esak dan Rezuanna memujuknya. Bukan apa, Syatilla takut
bagaimana nanti Rezuanna yang baru sahaja berubah mahu hidup berdikari.
Apa-apa pun Rezuanna menyuruh Syatilla sering berdoa kepadanya agar dia tidak
lalai. Rezuanna menghantar Syatilla dengan lambaian tangan panjang ketika
Syatilla menaiki teksi.

Tidak jauh dari tempat itu, Ahmad Aryan baru sahaja tiba setelah
menghantar rakannya juga. Rezuanna mendapatkan Ahmad Aryan yang melambai
tangan kearahnya. Beberapa ketika , mereka berjalan bersama untuk makan
di café berdekatan. Kelihatan beberapa orang yang agak berusia menunggu
di café sambil tersenyum kearah mereka.

Beberapa bulan ini Rezuanna sangat sibuk dengan majlis perkahwinannya.
Macam-macam yang dia kena buat sebelah majlisnya berlangsung lagi
sebulan. Mujurlah majlis itu diadakan di hotel dan Rezuanna tidak perlu
memerah tenaga untuk membuat semua perkara kecuali hanya mengarah
sahaja. Yelah, berkahwin dengan anak datuk. Biasalah kalau buat di hotel
dan hanya mengambil katering. Seketika Rezuanna mengelamun teringatkan
Syatilla . Pada 2 bulan pertama mereka seringkali telefon dan mesej, tetapi
selepas itu setiap kali Rezuanna menelefonnya, panggilan operator
seringkali menjawab panggilannya. Mesej pun langsung tidak dibalas.

Bagaimana Rezuanna nak bagitahu yang dia nak kahwin. Rezuanna dah berjanji
dengan Syatilla yang walau apa pun yang terjadi, dia mesti bagitahu Syatilla
dan paling penting sekali kalau Rezuanna atau Syatilla berkahwin. Tiba-tiba
Rezuanna teringat bahawa dia pernah meminta alamat Syatilla suatu ketika dulu.
Rezuanna menyelongkar buku-bukunya untuk mencari sehelai kertas yang pernah
ditulis alamat Syatilla itu dan akhirnya jumpa. Rezuanna masih tidak mahu
bagitahu siapakah jejaka pilihan hatinya kepada Syatilla dan menulis surat
bahawa jika mahu tahu, datanglah ke majlis perkahwinannya. Surat itu
disertakan dengan tiket penerbangan dan tempat penginapan untuk Syatilla .
Harap Syatilla datang ketika majlisnya nanti. Cadangnya nak letak Syatilla
dekat hotel tempat majlis itu berlangsung namun sudah penuh ketika
tarikh itu akibat Rezuanna terlupa akan perihal Syatilla , tetapi Rezuanna tetap
mencari hotel yang lain untuk Syatilla .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience