BAB 1

Romance Completed 590

“ Huarghhh,” Rezuanna menguap sambil membetulkan badannya.

Lenguh satu badan akibat kena cuci baju pakai tangan membuatkan Rezuanna
benar-benar kepenatan. Manakan tidak, bajunya terlampau banyak sepanjang
satu minggu ini. Satu hari pun dah tukar tiga kali baju , padan muka lah
jika kena basuh baju melambak-lambak. Bukannya tak ada mesin basuh tapi
masa dia nak basuh tadi , mesin basuh tu buat hal pulak. Rosak
tiba-tiba. Terpaksalah Rezuanna duduk berejam-rejam di tandas hanya kerana
untuk membasuh pakaiannya.

Terkedek-kedek Rezuanna berjalan ke biliknya kerana dua baldi yang sarat
dengan baju itu agak berat. Cadangnya malam ini dia nak rehat
secukupnya. Nasib baik esok kelasnya hanya ada petang, kalau pagi
kelasnya, mau dia tak pergi ke kelas dan sanggup membuat alasan tidak
sihat.

“ Rezuanna , jomlah ke musolla,” ajak Syatilla ketika Rezuanna baru sahaja muncul
di hadapan pintu biliknya.

“ Alah, aku banyak kerja ni. Nak jemur baju. Nak siapkan
assignmentlagi. Kau pergilah,” dalih Rezuanna

“ Alah, apa ni Rezuanna . Awak dah janji nak ikut saya ke musolla malam ni.
Semalam awak yang kata,” kata Syatilla dengan nada sedikit merajuk.

“ Eh, aku ada berjanji dengan kau ke?,” ‘Ah, sudah. Menyesal pulak aku
berjanji dengan perempuan alim ni.

“ Iyelah, awak yang janji dengan saya kalau semalam saya tolong awak
siapkan assignment Miss Que,” kata Syatilla dengan bersungguh-sungguh

“ Erm, yelah yelah. Tunggu kejap. Aku nak bersiap,” kata Rezuanna dengan
nada yang sangat malas.

Syatilla , kawan satu biliknya di asrama atau bahasa inggerisnya ‘roommate’
merupakan pelajar yang kuat agamanya dan sering tidak ada di dalam bilik
kerana selalu aktif dengan Persatuan Rakan Islamnya. Walaupun Rezuanna
sebegini rupa dan Syatilla sebegitu rupa, namun mereka tetap berkawan baik.
Syatilla seorang yang sangat penyayang dan baik hati membuatkan Rezuanna
selalu juga mengambil kesempatan terhadap kebaikan Syatilla seperti
menyuruh Syatilla menghantar surat balasan terhadap peminat-peminatnya .
Apa boleh buat, rezeki depan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience