BAB 5

Romance Completed 587

Akhirnya tarikh majlis perkahwinannya tiba jua. Ketika Rezuanna dihias
didalam bilik hotelnya pun dia masih memikirkan Syatilla . Rezuanna berharap
Syatilla datang ke majlisnya dan sangat-sangat berharap agar dapat
menemukan suaminya dengan Syatilla . Seringkali Rezuanna melihat telefon
bimbitnya takut-takut Syatilla menghubunginya namun gagal. Telefon
bimbitnya seringkali berbunyi kerana rakan-rakannya mesej dan
mengucapkan tahniah atas perkahwinannya hari ini.

Acara memotong kek sudah mahu dijalankan. Rezuanna dan suaminya berjalan
beriringan ke meja kek 4 tingkat itu dengan senyuman yang sangat manis.
Ketika memotong kek, Rezuanna terdengar namanya dipanggil seseorang yang
dikenalinya lantas menoleh kearah suara itu. Syatilla datang ! Rezuanna
tersenyum lebar. Syatilla akhirnya datang juga. Rezuanna menanti Syatilla yang
sedang bersesak-sesak menuju kearahnya untuk mereka saling berpelukan
namun tiba-tiba Syatilla terhenti dan matanya terbeliak besar. Rezuanna kaget.
Tiba-tiba Syatilla melutut dan hadiah yang dibawanya jatuh dan pecah berkecai.

Rezuanna segera mendekati Syatilla tetapi Syatilla mengundur ke belakang dalam
keadaan masih melutut.

“ Syatilla , awak kenapa? Awak okey ke?,”

“ Itu..itu..siapa?,” tanya Syatilla dalam keadaan masih terkejut.

“ Ah? Ini Ahmad Aryan . Suami saya yang sah. Ahli musolla ketika dulu
yang saya sembunyikan dari awak tu,” senyum sahaja Rezuanna menerangkan
tanpa ada rasa salah pun.

Kelihatan Syatilla terduduk terus di lantai. Rezuanna datang mendekati Syatilla
untuk membantunya bangun namun tangan Rezuanna ditepis Syatilla . Rezuanna
terkejut bukan kepalang.

“ Aku boleh bangun sendiri,” Syatilla bangun.

Syatilla memandang Rezuanna seketika dan dia membelakangkan tubuhnya dan ingin
berlalu dari majlis itu namun tangan Rezuanna cekap menarik tangan Syatilla .

“ Syatilla , kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni? Saya ada buat salah
dengan awak ke? Janganlah pergi,”

Tika itu mata Syatilla bertakung air mata. Dalam kepayahan dia berkata-kata.

“ Rezuanna , sampai hati kau buat aku macam ni. Apa salah aku sehinggakan
aku dicerca sebegini rupa?,”

“ Apa maksud awak? Saya buat apa?,”

“ Kalau kau nak tahu ataupun kalau kau nak aku remain kan balik, Ahmad
Rahyan bin Ahmad Raizen adalah bekas tunang aku. Aku pernah cakap dengan
kau tentang ini dan kau buat tak tahu dengan aku. 2 bulan selepas
graduate, dia menghantar mesej kepada aku bahawa dia mahu memutuskan
tunang tanpa sebab. Kau boleh bayangkan aku menderita selepas itu. Boleh
bayangkan aku dihina dan dicaci oleh orang kampung. 5 bulan aku
mengurungkan diri kat rumah dan tak nak keluar sebab aku rasa semua
orang cakap aku ni tak guna. Tak pandai jaga bakal suami. Bodoh. Kau
rasa tak apa aku rasa?,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience