BAB 6

Romance Completed 590

Ketika itu jantung Rezuanna berdegup sangat laju. Pada waktu itulah Rezuanna
teringat kata-kata Syatilla dulu. Selepas cuti sem Syatilla pulang ke asrama
kolej dengan hati yang gembira. Pada masa itu, Rezuanna sudahpun berada di
dalam bilik sambil mendengar lagu menggunakan earphones. Syatilla ketika
itu mengajak bercerita dan Rezuanna buat acuh tak acun namun masih
mendengar sedikit apa yang Syatilla ceritakan. Rezuanna tersentap apabila dia
teringkatkan Syatilla bercakap tentang anak Datuk Ahmad Raizen yang sama
universiti dengan mereka.

“ Mungkin dia bukan jodoh aku,” usai Syatilla menghabiskan kata-katanya,
Syatilla menarik tangan dari cengkaman Rezuanna dan terus berlalu.

Ketika itu Rezuanna berlari keluar dari dewan hotel tersebut dan segera
kebiliknya. Rezuanna menangis sepuas-puasnya dan terlalu menyesal dengan
tindakannya ketika itu. Rezuanna menyesal kerana tidak memberitahu kepada
Syatilla siapakah calon suaminya sehingga dia telah akad nikah semalam dan
telah berkahwin pada hari ini. Pintu bilik diketuk berkali-kali sambil
memanggil namanya.

“ Rezuanna , buka pintu ini . Rezuanna ! Rezuanna !,” jerit Ahmad Aryan .

“ Tinggalkan saya keseorangan,” laung Rezuanna .

Rezuanna ingin menelefon Syatilla memberikan penjelasan namun dia lupa
bahawa nombor Syatilla yang lama tidak digunakan lagi dan dia sudah memakai
nombor baru. Rezuanna menangis tidak henti-henti sehingga ibunya datang
memujuknya. Sampai majlis berakhir pun Rezuanna tidak keluar bilik dan
hanya menangis sehingga matanya lebam. Ibunya juga benar-benar simpati
terhadap nasib anak tunggalnya. Dulu bolehlah dikatakan anaknya
seringkali bertukar pasangan, namun semenjak anaknya berubah, dia lebih
menjaga diri sendiri dan mengelak dari terlampau sosial seperti dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience