BAB 3

Romance Completed 587

Ketika dalam perjalanan pulang pun Rezuanna mengelamun. Walaupun Rezuanna
sudah mempunyai teman lelaki namun hatinya kini telah terpaut pada Ahmad
Rahyan. Eh, macam senang je nak tukar-tukar teman lelaki. Biasalah,
kalau ada rupa, semua boleh dapat.

“ Erm, Rezuanna awak okey ke?,” soalan Syatilla dijawab dengan anggukan sahaja.

“ Rezuanna , saya minta maaf kalau buat awak badmood macam ni. Saya tak
patut paksa awak tadi. Saya tahu awak banyak kerja. Maafkan saya,”

Rezuanna masih lagi diam mengelamun membiarkan persoalan yang dilontarkan
Syatilla tidak dijawab

“Syatilla ,” Syatilla menoleh.

“ Esok, aku ikut kau lagi ke musolla ye,” kata Rezuanna sambil memandang ke
langit.

Langkah Syatilla terhenti. Apa dia salah dengar dengan pernyataan Rezuanna tadi?

“ Betulke?,” Syatilla meminta kepastian dan Rezuanna mengangguk tanda
mengiakan. Kelihatan Syatilla tersenyum kearahnya dan Rezuanna terus diam
sambil berlalu.

Sejak malam itu jugalah Rezuanna selalu mengikut Syatilla ke musolla. Dalam
ketika itu juga, Rezuanna mula menampakkan perubahan yang perlahan-lahan.
Mula memakai pakaian seperti baju kurung yang memang jarang dia pakai
kecuali pada Hari Raya. Setelah itu, mula pulak berjinak-jinak memakai
tudung. Pada masa itulah ramai peminatnya datang memikatnya. Teman
lelakinya yang dulu pun Rezuanna sudah memutuskan ikatan hanya kerana dia
sudah terpikat dengan ahli musolla itu. Apa boleh buat kalau dah cinta.
Lagipun Ahmad Aryan melayannya dengan baik sekali.

Selalu juga tengok Syatilla dengan Ahmad Aryan . Nak ditegah tak boleh juga
sebab Ahmad Aryan pengerusi kelab dan Syatilla adalah timbalannya. Cemburu
pun cemburulah. Syatilla pernah bertanya dekat Rezuanna , tiada sesiapakah di
hatinya setelah dia putus dengan teman lelaki lamanya dan selepas dia
berubah. Rezuanna diam. Kalau boleh dia tak mahu bagitahu Syatilla . Rezuanna nak
, masa perkahwinannya nanti barulah Syatilla tahu siapa bakal suaminya
nanti tetapi dia ada bagi ‘hint’ dekat Syatilla yang dia suka seseorang
ahli musolla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience