BAB 2

Romance Completed 587

Masa Rezuanna berkawan dengan Syatilla pun boleh juga jadi kontroversi. Sebab
apa , sebab Rezuanna yang bertubuh bak model, cantik dan sentiasa tergedik
itu boleh pula berkawan dengan Syatilla yang ahli usrah sepanjang masa.
Rezuanna walaupun hati dia agak terpesong dalam berkawan dengan Syatilla ,
namun dia juga punya hati dan perasaan. Rezuanna tidak sampai hati melihat
Syatilla sering dipulaukan oleh rakan-rakannya atas sebab Syatilla menegur
mereka. Cara Syatilla tegur memang tak salah langsung bagi Rezuanna , ini
kerana Syatilla jika ingin menegur, dia tidak berkata di khalayak ramai.
Syatilla akan berjumpa orang itu berseorangan sahaja. Itupun orang tidak
suka. Lainlah Rezuanna , dia peduli pun tidak dengan teguran Syatilla sampaikan
akhirnya Syatilla sendiri diam dan malas mahu menegurnya.

Semasa ke surau tadi , Rezuanna asyik tengok Syatilla tersenyum-senyum. Apa
yang seronok sangat dengan Syatilla , Rezuanna pun tak tahu. Rezuanna sebenarnya
langsung tidak pernah ke surau bersembahyang jemaah sebelum ini, namun
selepas berkawan dengan Syatilla , Rezuanna adakalanya terpaksa mengikut Syatilla .
Itupun apabila dia meminta tolong dari Syatilla untuk menyiapkan
assignmentnya , Syatilla Cuma mahukan balasan yang paling senang dan mudah
serta mendapat pahala percuma iaitu sama-sama mengikutinya untuk
bersembahyang jemaah di surau.

“ Rezuanna , marilah ikut saya ke perjumpaan ahli musolla,” tiba-tiba Syatilla
bersuara setelah usai solat isyak.

“ Tapi saya ada banyak kerja,” bantah Rezuanna dengan lembut dan nada yang
memang malas. Takkan nak cakap kasar pula dengan Syatilla .

“ Kejap je, please,” rayu Syatilla dan Rezuanna pun terpaksa mengalah.

Rezuanna mengambil tempat di sebelah Syatilla semasa perjumpaan persatuannya
dijalankan. Rezuanna memandang ahli-ahli persatuan yang berkumpul disitu
dan pastilah terutamanya lelaki. Tiba-tiba matanya memerhati seseorang
yang kelihatan agak dikenali.. Oh, dialah Ahmad Aryan yang sering
disebut-sebut kerana rupanya yang seiras dengan artis tanah air. Ketika
Rezuanna khusyuk memandang Ahmad Aryan , tiba-tiba mata lelaki itu
terpandang juga Rezuanna . Jantung Rezuanna berdegup kencang ketika itu kerana
Ahmad Aryan senyum kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience