BAB 4

Horror & Thriller Completed 4322

“HAH! Aku dah agak! Kau mesti bela benda terkutuk! Aku dengar kau cakap sorang-sorang! Wei Pak Jemat! Kau hiduplah dengan benda kau ni! untuk jadi bapak tiri aku kau jangan mimpilah! Mak aku dah tahu segala-galanya-galanya,” ucap Deris yang muncul entah dari mana.

Jemat cuba mengesan kelemahan tetapi entah kenapa kuasa dia tiba-tiba hilang. Kuasa yang dijadikan sebagai radar mengesan sebarang pergerakan tidak berfungsi. Kalau ada orang mendekatinya maka dia dapat rasakan. Kini tidak. Hairan benar dia kala ini. Kehadiran Deris lelaki berambut kerinting itu tidak disedarinya.

Jetam awal-awal lagi sudah ghaib apabila Deris muncul.

‘Kurang asam kau Jetam! Tinggalkan aku sendiri,’ keluh Jemat sendiri.

Deris terus menghunus parang yang tajam ke arah Jemat. Lelaki tua itu seakan tidak gentar dengan ugutan itu. Dia tahu Deris sudah lama membencinya. Mungkin sebab Jemat mahu mengorat ibu Deris. Itulah agenda Deris. Mahu mengusir Jemat dari kampung ini.

“Abang Deris…” tiba-tiba muncul gadis cantik di celah pohon pisang. Wajah persis aktor Bollywood, Rani Mukhreje. Cun!

Pantas Deris menoleh. Terpaut hati nampaknya. Tiba-tiba sahaja Deris tergoda. Si jejaka itu bagaikan terpukau dengan kecantikan yang luar biasa menjelang tengah hari ini.

Jemat ketawa mengekek dalam hati. Dia tahan lucu bila tengok Jetam jadi perempuan. Bahaya sungguh kali ini. Jemat fikir Jetam ada naluri keibuan kali.

Gaya Jetam berjalan persis model. Hakikatnya Jemat tengok jetam berkepala wanita tapi badan penuh bulu. Tapi sebaliknya bagi Deris. Di matanya memang seorang perempuan melirik dan mengulum senyum. Deris jadi lupa niat dia yang sebenar.

‘Ah sudah! Jetam ni gay ke? Mampuih aku kalau tidur malam-malam!’ gerutu Jemat sambil menahan lucu.

Tiba-tiba sahaja Jetam memeluk Deris. Dalam keadaan ini Jemat ketawa guling-guling sambil tepuk-tepuk tanah. Yang seronoknya Si Deris membalas pelukan itu. Jemat ketawa puas-puas tidak tertahan lagi tetapi Deris bagaikan pekak dan tidak dengar Jemat ketawa. Ekor matanya merasakan kehangatan tubuh wanita.

“Awak sungguh lawa. Kenapa saya tiba-tiba memeluk awak ya?” Deris memuji kemudian menyoal.

“Saya pun tak tahu. Mungkin saya memang lawa kot, saya pun tak sempat nak tengok cermin sama ada saya ni lawa atau pun tidak,” balas Jetam.

“Tapi memang benar. Awak lawa dan cantik. Harum pula baunya. Boleh tak awak lepaskan dakapan ini. Sesak nasaf saya ni,” pinta Deris.

Gigi taring Jetam mahu saja menggigit leher Deris tapi memikirkan Deris ini bakal anak tirinya maka dia tidak jadi berbuat demikian. Jetam masih menaruh perasaan pada ibu Si Deris ini. Teruknya. Bagaimana kalau Jemat mengamuk? Siapa mahu jawab? Jetam perlu selesaikan dengan baik-baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience