BAB 2

Horror & Thriller Completed 4322

BILA hari sudah malam. Pak Jemat rasa mengantuk. Dia mahu tidur awal malam ini. Di atas tikar mengkuang dia rebahkan tubuh sambil lengan di atas dahi seperti memikirkan masa depannya. Masa depan yang entah ke mana dalam usia sudah menjangkau 70 tahun. Sungguhpun begitu nampaknya dia masih kuat dan berkudrat untuk mengangkat cangkul dan batang-batang kayu.

Bumbung zink ditatap. Terpekur dia di kala teringatkan isterinya yang ketika dulu sedang mengurut betisnya. Dia rindu pada Halimah. Halimah adalah isteri tercinta yang telah pergi meninggalkannya akbiat jatuh dalam parit tersadung kulit durian tepi jalan. Waktu itu dia sedang leka bernyanyi lagi P.Ramlee dalam filem Tiga Abdul itu. Liriknya berbunyi seperti itu,

'Buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi,' lebih kurang begitulah. Dan ternyata memang keruh sungguh saat sudah terhumban ke dalam parit tersasar dari landasan jalan merah.

Halimah waktu itu baru sampai bahagian dia untuk menyanyikan lagu itu tetapi tidak sempat pula dan terpaksa menelan air parit dengan lahap sekali. Lemas begitu sahaja. Kasihan sungguh! Pak Jemat tidak terus menyelamatkan isterinya tetapi lebih sayangkan basikal tua.basikal tuanya yang cepat-cepat dibawa naik. Adoilah!

Maka Halimah pun pergi tanpa diduga. Kulit durian punya pasal Pak Jemat memaki hamun kulit durian itu. Ingatkan maki hamun kerana menyebabkan isterinya menemui ajal, tapi rupanya marah-marah sebab tiub tayar basikalnya sudah pancit. Apa punya suami!

Lamunan Pak Jemat terhenti tatkala orang suruhannya terbatuk. 'Kena flu ya, kasihan...' ucap Pak Jemat di dalam hati sambil memandang orang suruhannya yang letih bersandar di dinding rumah yang berlubang itu.

Mana tidak kena flu, buat kerja tengah hujan. Kasihan hantu raya Pak Jemat. Tenagannya dikerahkan begitu sahaja tanpa diberi makan minum dan pakai yang secukupnya. Dia sudah bosan berbogel. Sekali sekali mahu juga dia merasa pakai mahal-mahal sepeti Polo, Levis dan kasut yang berjenama terkenal seperti Adidas ke, baru bersemangat dia hendak buat kerja. Tidak akan jadi seronok sekiranya buat kerja hanya pakai selipar jepun sahaja. 'Low class!' desis si hantu raya itu.

Pak Jemat malas hendak melayan karenah belaannya itu. Dibiarkan sahaja begitu. Pak Jemat tahu, esok mungkin legalah flu hantunya itu. Maklumlah di hantu raya memang pandai berlakon. Tidak demam kata demam, kenyang kata kapar. Biarlah....

Sedang Pak Jemat enak dibuai mimpi indah bermasu kasih dengan Si Senah yang selalu diintainya bermain-main di minda. Dalam mimpinya Si Senah rancak mengalun langu yang lunak merdu. Lagu yang dibawa oleh Si Senah adalah lagu Cintaku 100%. Dangdut lagi! Bangga Mas Idayu dapat protage seperti Si Senah. Bolej ajak Senah join rancangan realiti Mentor selepas ini.

Pak Jemat tiba-tiba tidak selesa. Dia mengiring ke kanan. Matanya dibuka perlahan-lahan.

"Bila aku tidur je kau mesti nak menyibuk! tepi! kau pergi tidur belah sana, jangan tidur dekat, aku geli! kau tu banyak bulu!" Marah Pak Jemat pada hantu raya belaannya yang sungguh manja. Suka benar tidur dekat Pak Jemat. Sayang benar dia pada tuannya itu.

Dengan hampa dan kecewanya belaan Pak Jemat mengesot badannya ke penjuru dinding membawa rajuk di hati. Kesal sungguh. Sejak dia sudah besar begini dia jarang dimanja-manja oleh Pak Jemat. Kenapakah?

'Adakah disebabkan diriku jantan, maka dengan itu akan dituduh sukakan kaum sejenis? Oh no! aku bukan seperti itu. Aku juga mahu memiliki Si Senah itu,' repek hantu raya.

Semakin lama semakin sendu tangis hantu raya. Sebak di dada kerana tuannya seperti sudah pinggirkan dirinya, Ini semua gara-gara Pak Jemat mula jatuh hati pada Si Senah janda anak lapan itu. Namun Senah nampak seperti anak dara.

'Sedihnyaaaaaa,' raungnya di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience