BAB 9

Horror & Thriller Completed 4322

PIAN menangis kerana meratapi pemergian ayahnya dalam keadaan yang sungguh mengerikan. Direbus dalam periuk besar bawah pokok pohon beringin tegaknya tinggi. Daunnya rendang menyapu bumi. Hidup ayahnya suka mabuk. Itulah dia si kaki botol. Hampir seperti lirik lagu dalam filem lagenda hitam putih iaitu Bawang Putih Bawang Merah pula.

Teresak-esak tangisan itu. Deris juga tidak dapat menahan sebak. Azab sungguh cara kematian itu. Siapalah punya kerja. Hingga tergamak buat ayah Pian jadi macam itu. Ropi belum lagi tiba. Ke mana pula dia pergi. Tadinya bersungguh mahu kejar. Sekarang Ropi menghilang. Bahaya sungguh!

Deris mendengar namanya diseru. Dia menoleh kiri dan kanan. Ditoleh ke atas dan ke bawah. Tercari-cari arah suara itu dari mana datangnya.

“Deris…” meleret sahaja bunyinya.

Pian tidak dengar kerana dia menumpukan sepenuh perhatian pada jasad ayahnya yang masak direbus itu. Kemungkinan ia dimasak oleh sesuatu untuk dijadikan santapan. Lori si ayahnya pula entah ke mana. Teringat fasal lori tiba lori sebuah lori muncul tanpa pemandu. Lori si ayah Pian menghala tepat ke arah pohon beringin menuju dengan deras. Lori itu mahu melanggar mereka.

“Deris!!” pekik Pian setelah matanya berbinar gara-gara pantulan lampu lori tersebut.

Belum sempat mereka dilanggar, akhirnya brek sempat ditekan. Maka keluarlah seorang pemuda kacak berhidung kemik.

“Ropi!” mereka berdua terkejut.

Ropi terjumpa lori ayah Pian tepi jalan ketika mengekori mereka berdua. Dia cuba-cuba memandu. Nampak gayanya dia tidak lepas lesen GDL. Baginya susah hendak memandu lori yang sebesar ini.

Mereka berdua bertambah terkejut lagi bila dibelakang Ropi berdirinya satu jembalang berbulu dan bermata merah seperti mahu menerkam sahabat mereka itu.

Tidak lama selepas muncul pula kuntilanak di atas kepala lori. Bertaring panjang dan rambut menggerbang dituip sang angin. Wajahnya mereka sungguh hodoh. Ropi terpinga-pinga melihat wajah Deris dan Pian berubah. Mulutnya terlompong bagaikan terkejut terlihat sesuatu.

“Kamu berdua ni kenapa? Itu siapa dalam periuk besar itu? Ayah kau ke? Kasihan! Mati rupanya. Padan muka! Siapa suruh ganggu langgar bos Jetam! Sekarang tanggung akibatnya,” tiba-tiba Ropi bersuara seperti itu.

Tersengih Ropi ketika itu. Deris dan Pian usah cakap lagi berderau darah jadinya. Tidak sangka Ropi boleh berbicara seperti itu.

“Sekarang tibalah giliran kamu berdua pula!” kata Ropi sambil menghunus sebilah parang yang diambil dari perut lori.

Deris langkah seribu melihat Ropi seperti dirasuk. Kuntilanak yang berada di atas kepala lori itu terbang mahu menyekat larian Deris. Akhirnya langkah Deris terpaku di situ. Tidak lama kemudian tetakan parang singgah di kepalanya. Maka tersembur darah. Kuntilanak itu pula mencungkil mata Deris.

Pian pula tidak lari ke mana. Dia pasrah menjadi korban. Ropi menetak tubuh Deris yang terkulai bertalu-talu. Berkecai sudah mayat Deris. Baju Ropi habis kemerahan terpercit darah.

Jetam tidak menunggu lama. Segera dia mencekik leher Pian sampai naik biru wajah lelaki muda itu. Lidahnya terjelir kerana tidak dapat bernafas. Ropi meluru ke arah Pian pula. Selepas itu disembelih lelaki itu. Darah terpacul terkena muka Jetam pula. Nampak sungguh menyelerakannya dapat menghisap darah pemudah.

Kuntilanak di atas jalan itu lahap melatah daging Deris. Hilang sudah rasa jijik kerana dirinya dipenuhi dendam. Dia gembira kerana dapat membela nasib Jetam.

Pada malam itu telah terjadinya tragedi berdarah menggemparkan penduduk Kampung Pasir Secotek. Baru sekarang mereka dengar ada kes mati ngeri begitu. Mayat Pak Jemat tidak pula kelihatan. Entah di mana kuburnya. Mayat Deris dan Pian pula sungguh menghibakan sanak saudara terdekat. Deris sudah tidak seperti manusia lagi. Dicencang lumat.

Pian yang bernasib malang itu turut mati di tempat kejadian bersama ayahnya. Dua beranak mata di situ juga bawah pohon beringin.

Penduduk Kampung Pasir Secotek masih tidak dapat memburu siapa pembunuhnya. Tok ketua pula sudah mati kutu. Masing-masing marah dengan kejadian itu. Tetapi orang yang diburu belum ditemui dan tidak akan ditemui lagi. Biarkan mereka berlalu pergi.

Di akhir kisah ini, Jetam sudah bertuan baru, Ropi namanya. Namun sayangnya Jetam pada Pak Jemat tidak berbelah bahagi. Ketulan-ketulan tulang Pak Jemat disimpan satu tempat. Hari demi hari dia menangis mengenangkan malang menimpanya.

Ropi semenjak terkena sampukan Kuntilanak dia kini seperti orang bodoh sahaja. Namun bila dia marah, Jemat akan mengotakan amarahnya dan melaksanakan dendam Ropi pada sesiapa sahaja. Kuntilanak itu pula setia berteman dengan Hantu Raya berkenaan hingga kini walau ke mana sahaja pergi. Mereka meninggalkan Kampung Pasir Secotek dan tinggal di dalam hutan.

Jetam mengerling sahaja melihat Kuna menggosok perut. Dia kehairanan melihat Kuna senyum meleret. Mesti ada sebab membuatkan Kuna nampak bahagia sahaja. Jetam cuba meneka.

“Kau hamil ke?” soal Jetam.

“Ya, aku hamil,”

“Anak siapa?”

“Anak Ropi!” balas Kuna.

“Chait!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience