Bab 3

Romance Completed 1873

"Hari ini aku pulang kampung ! yeayy tidak sabar oh mau jumpa Nazri. Rindu berat sudah aku dengan dia ni" jerit hati Wahidah yang sedang bersiap untuk pergi ke Terminal Bas. Oleh kerana dia menaiki bas pertama, dia harus bangun awal dan bersiap awal.

Jam sudah menunjukkan 6:15 pagi, dia segera bergegas lalu menggalas bagnya dan menempah Grab untuk ke Terminal Bas. Takut nanti terperangkap dengan kesesakan lalulintas.

Sesampainya Wahidah di Terminal Bas, dia segera membeli tiket dan sedikit jajan untuk dikunyah di sepanjang perjalanannya menuju ke kampungnya yang mengambil masa lebih kurang 9 jam lebih itu.

Dia sempat menghubungi Nazri untuk memberi khabar kepadanya sebelum bas yang dinaikinya bergerak meninggalkan terminal.

PING !

"sayang gerak sudah ni, doakan semoga sampai dengan selamat ya baby"

Tersenyum kambing Nazri menerima pesanan yang comel itu daripada kekasihnya.

"okay baby, safe arrive. Bie tunggu sayang sampai sini ya. give me any update later ya sayang? "- balas Nazri

"ok bie"

* * * * * *

Sepanjang perjalanan, Wahidah asyik terfikir macam mana reaksi kekasihnya bila bertemu dengannya nanti. Setiap kali pergi atau balik dari kampung dan hostelnya , perkara teruk yang paling Wahidah akan hadapi adalah mabuk !

"aduh, memulas lagi perutku".
"peningnya kepala aku, aduhh ".
"aduh, mau muntah pulak sudah aku ni".

Itulah perkara yang sering dia hadapi di sepanjang perjalananya . Berbekalkan jajannya, sedikit dapat mengurangkan mabuknya itu.

Sesampainya di kawasan Rehat dan Rawat, dia menghantar pesanan kepada Nazri yang dia telah sampai di RnR.

PING !

"Bie, sayang di RnR Telupid sudah ni".

Laju saja Nazri membalas pesanan kekasihnya itu.

"okay, makan ya. Ada juga orang jemput sayang kah nanti di Terminal ?" -tanya Nazri.

"ya, ada juga nanti".

"Siapa ?".

"Abah lah, siapa lagi ?".

"oh ya lah, kalau tiada tadi , bie yang pergi ambil sayang"- jelas Nazri yang ingin membantu, sekali ingin berjumpa dengan kekasihnya.

" hahahah, banyak la kau sana ah, alasan seja itu mau ambil sayang, padahal mau jumpa sayang kan ! iya kan, kan kan, " - sakat Wahidah.

Masa untuk menyambung perjalanan semula. Wahidah mematikan perbualan mereka.

"Bah, bas mau jalan sudah ni. nanti ada apa-apa. sayang update ya. Bye ! See you when I See you ! ".

Bas yang dinaikinya pun beredar meninggalkan kawasan rehat dan rawat itu dan meneruskan perjalanan ke destinasi .


* * * * * *

Setelah lebih 4 jam meneruskan perjalanan dari RnR, akhirnya Wahidah telah sampai di Terminal Bas daerah kelahirannya itu. Wahidah merangkul begnya dan menggalas beg sandangnya lalu meninggalkan tempat duduknya untuk mencari Abahnya. Kelihatan seorang lelaki tua berumur 50-an, berketinggian sekitar 155 cm dan berkulit agak gelap.

" Yes, its him" - bisik hatinya.

"Abah ! " - jeritnya sambil berlari menuju ke tempat abahnya berdiri.

Wahidah memeluk abahnya yang telah lama dia tinggalkan.

"lama sudah abba sampai? " - tanya wahidah.

"tidak juga ni, baru saja abah sampai, Wawa pun sampai juga "- jelas abahnya .

Mereka berjalan menuju ke kereta, dan bergerak meninggalkan terminal bas tersebut .

Wahidah menghantar pesanan kepada Nazri memberi khabar bahawa dia telah sampai di Tawau dan menuju ke rumahnya.

" Bie, sayang sampai sudah ni, sekarang dengan Abah. on my way balik rumah ".

PING !

Tersenyum kambing Nazri menerima pesanan daripada kekasihnya yang kini sudah berada dekat dengannya. Nasri pun membalas -

" oh, okay sayang, Welcome to Tawau. hahahaha.. Lepas ni dekat sudah kita untuk 2 minggu lebih. Bolehlah nanti kita jumpa kan baby " .

PING !

Bercahaya skrin telefon bimbit Wahidah menandakan ada notifikasi baru, yang sudah tentunya daripada kekasihnya itu . Dengan segera dia membuka pesanan Nazri, tersengih saja dia membaca pesanan ringkas kekasihnya yang lucu itu.

"Amboi, mengada lah kau sana. hahahaha..... " - bisik hatinya.

* * * * * *

Setelah beberapa hari di Tawau, Nazri meminta Wahidah untuk menemaninya berurusan. Peluang ini diambilnya untuk berdating buat kali yang pertama sepanjang mereka bercinta. Alangkah gembiranya mereka berdua dapat berjumpa akhirnya.

Nazri menjemput Wahidah di kampungnya. Dia melihat seorang perempuan pendek menuju ke keretanya dengan ketinggian sekitar 150+cm, atau lebih tepat lagi 152 cm, mengenakan baju knitwearnya yang berwarna kelabu,putih dan kuning itu bersama tudung bawal berwarna krim.

"Nah, dia lah sudah ni ". kata Nazri. Dia langsung membunyikan hon keretanya, menandakan itu adalah dirinya.

Wahidah masuk ke kereta Nazri dan melihat Nazri yang menggunakan T-shirt hitam dan bertopi itu. Tersipu malu Wahidah dibuatnya kerana ini adalah kali pertama mereka bertemu.

" Aih, ini ka Wahidah yang banyak cakap kalau OTP tu? kenapa diam seja? - tegur Nazri sambil menghidupnya enjin keretanya untuk meninggalkan kampung Wahidah.

"Aih, ini la bah ni Wahidah.. jadi kalau bukan Wahidah , siapa lagi ? hahahahaha... " -jawabnya sambil memasang tali pinggang keselamatan, juga menutup rasa gementarnya itu.

Meraka berbual sepanjang perjalanan menuju lokasi yang Nazri ingin untuk berurusan.

Hand break ditarik dan enjin kereta dimatikan lalu tali pinggang keselamatan pun dilepaskan.

"ok, sampai sudah kita. Jom ! "

Nazri mengajak Wahidah untuk mengikutinya, Wahidah pun turun dari kereta dan mengikuti Nazri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience