Bab 5

Romance Completed 1873

Dek kerana kesibukannya bekerja di laut, dan kadang di tengah laut, dia merasa bimbang jika Wahidah merasakan dirinya terabai kerana kerjanya. Hanya satu-satunya cara untuk mengurangkan kebimbangannya itu adalah dengan OTP dengan kekasih hatinya setiap malam sehingga tidur.

Semakin hari semakin terlihat kemanjaan Wahidah sepanjang tempoh OTP nha dengan buah hati kesayangannya itu. Perangainy yang tidak ada bezanya dengan kanak-kanak umur 8 tahun yang membuatkan dirinya disayangi oleh Nazri.

" eeeee, manjanya bah sayangku ni. kenapa manja betul ni baby? " sakat Nazri yang tahu Wahidah pasti menidakkannya.

"Eeee bah, mana ada orang manja eish. Siapa juga yang manja em " jawab Wahidah dengan ego menidakkan pernyataan Nazri tadi.

"See, betul kan apa yang aku cakap, mesti dia tak mengaku punya yang dia tu manja ! " bisiknya yang sudah masak dengan perangai kekasihnya itu walaupun baru beberapa bulan bercinta.

"Sungguh aku bertuah memiliki kau. Kau terima kekurangan aku. kau sayang aku sepenuh hati kau. aku mimpi kah? aku tak pernah dilayan sebaik begini oleh mana-mana lelaki sebelum ini . aku harap kau yang terakhir dalam hidup aku. aku serius dengan hubungan ni Nazri " bisik hatinya yang bersyukur memiliki lelaki sebaik dan penyayang seperti Nazri.

Perkara yang pelik berlaku dengan Wahidah ialah dia suka untuk merekod panggilan suaranya bersama Nazri. Ini bermula pada satu malam dimana Nazri tertidur kerana terlalu penat, manakala Wahidah tidak dapat tidur sehingga talian panggilan mereka tamat. Dia mula menyedari yang dirinya sudah terbiasa tidur mendengar suara kekasihnya itu. Meragam Wahidah dengan dirinya juga kepada Nazri yang membiasakannya tidur sambil OTP.

Bermula dari kejadian itu, Wahidah merekod panggilan mereka untuk dijadikan bekalan jika perkara sebegitu berulang kembali. Agak pelik kan? Tapi itulah yang berlaku kepada dirinya.

Agak sering juga mereka berdua bertengkar disebabkan perkara yang lalu. Asyik bertengkar pasal Ex" mereka. Ini disebabkan perangai Wahidah yang kadang agak menjengkelkan yang meminta Nazri untuk menceritakan tentang Ex Gilrfriends nya. Bila sudah diceritakan, dia sendiri yang makan hati. Maka, terpaksalah Nazri yang merendahkan egonya untuk memujuk buah hatinya itu.

Pada pertengah bulan Ramadhan, Nazri bertanya kepada Wahidah jika dia ingin minum air tebu.

"Sayang mau minum air tebu kah?

PING !

Kebetulan pada masa tu, memang tekaknya mahu menikmati air tebu untuk disantap ketika berbuka nanti.

"Mahu, tau-tau ja orang mau minum air tebu bah. Tidak menyusahkan juga kah ni? " tanyanya yang mahu tapi tidak mahuenyusahkan teman lelakinya.

"okay baby, nanti bie hantar bie chat baby ya" .


* * * * * *

PING !

Pesanan dari Nazri yang menyuruhnya untuk turun mengambil air tebunya.

"Baby, turunlah. Bie dalam perjalanan sudah pergi tempat syg ni " .

Wahidah pun bersiap dan turun kebawah untuk mengambil air tebu daripada Nazri.

" Masuklah " arah Nazri sambil membuka pintu keretanya untuk Wahidah.

Tanpa berlengah, Wahidah pun masuk kedalam kereta Nazri.

" Tak rindu dengan bie kah ni ? " kata Nazri sambil memamdang wajah teman wanitanya yang hanya menggunakan tudung sarung dengan Cardigan oren.

"Ehm, gila tak rindu dengan kau " jawabnya sambil menjeling muka Nazri.

Mereka berbual panjang didalam kereta tanpa menyedari masa berlalu dengan pantas. Mereka mengambil gambar bersama sebelum melepaskan Wahidah balik ke rumahnya. Wahidah memandang Nazri dan tersengih " Wah comel sudah ni perut sama pipi bie" katanya sambil geli hati. Nazri hanya tersengih, terhibur dengan gelagat Wahidah. Kulitnya agak sedikit gelap kerana kerja di tengah laut dan terdedah dengan sinaran Matahari.

Nazri keluar dari kereta dan membeli beberapa jenis juadah untuk dibawa pulang oleh Wahidah untuk disantap pada waktu berbuka nanti bersama keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience