Bab 4

Romance Completed 1873

Setelah selesai berurusan, Wahidah mengajak Nazri ke sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis gorengan dan juga qgak terkenal di bandar Tawau iaitu Kong Fah. Dia menyatakan hasratnya ingin merasai Apam Balik .

" Bie, singgah Kong Fah bah, mau beli terang bulan" .

"Bah, okay baby . Nanti aku bawa ya ".

Sampai sahaja di Kong Fah, Wahidah membeli 1 set Apam balik dan beberapa gorengan yang lain untuk dimakan bersama Nazri .

"Bang, bagi terang bulan 1, lekor Rm2 , sama pisang goreng Rm1".

"okay dik, kejap ya".


* * * * * *

" kita mau pergi mana lepas ni baby? " tanya Nazri yang tidak mempunyai idea hendak pergi kemana sambilbawa keretanya.

" Entahlah, pergi mana-mana saja la" jawab Wahidah yang kebingungan melihat Nazri.

" Apa kata kita pergi rumah, lepak tempat aku selalu lepak time OTP dengam kau. Mau? " - tanya Nazri.

" Bah, iya lah.. aku tu ikut seja ni. kau yang drive kan .. hahahah "

Nazri menuju ke rumahnya yang jarak kampungnya tidaklah begitu jauh dari kampung Wahidah.

Enjin kereta dimatikan di hadapan sebuah rumah dan kawasan perkarangan rumah yang agak redup. Mereka melepaskan tali pinggang keselamatan dan keluar daripada kereta. Nazri masuk ke dalam rumah itu manakal Wahidah duduk di kaki lima di bawah pokok rambutan .

" Oh, sini rupanya port dia kalau OTP dengan aku ya ". Akhirnya dapat juga aku pergi sini " bisik hati Wahidah sambil tersengih-sengih.

Nazri keluar membawa sebekas air merah dan gelas untuk kami berdua. Lalu seorang wanita tua dalam lingkungan 60-an keluar dari rumah tersebut.

"Pergi salam nenek sana " - arah Nazri.

Wahidah menyalam tangan wanita itu yang fikirnya itu adalah nenek kepada Nazri. Nazri memperkenalkan Wahidah bahawa itu adalah neneknya . Tersipu malu dia apabila Nazri memperkenalkan neneknya kepadanya.

Tengah kami seronok bercerita dibawah pokok rambutan, tiba-tiba....

"Kau tau kah? kau lah perempuan pertama yang aku bawa pergi sini " - kata Nazri yang membuat Wahidah terdiam seketika.

*Ya lah tu, takkanlah si Dayang tu tidak pernah datang sini kan. Padahal dia rapat dengan kakakmu pulak tu~~ bisik hatinya.

" Ya kah? Mustahillah belum pernah ada perempuan yang
datang sini, jumpa dengan family mu! " jawab Wahidah yang masih meragui kata-kata Nazri tadi.

" Iya, betullah. Kau lah ni orang pertama yang aku bawa jumpa keluarga aku" jelasnya lagi.

Wahidah hanya mengiyakan kata-kata Nazri tadi.

Nazri memegang telefon milik Wahidah dan membuka galeri. Raut wajahnya berubah apabila dia terlihat gambar di telefon Wahidah menggambar kakinya dengan kaki seseorang. Wahidah menjelaskan kepada Nazri hal yang sebenarnya sebelum keadaan menjadi lebih tegang.

"Itu Ahmad. Ex orang. hari tu dia ada datang KK. katanya mau jumpa orang. Tapi orang baru balik dari kelas, Penat. tapi dia tetap juga mau jumpa orang. Orang cakap jumpa di taman seja la, lagipun petang sana ramai orang juga. Pastu, terbuka lagi. Orang bercerita dengan dia kejap, pastu balik sebab hari mulai gelap . Tu seja " jelasnya untuk meyakinkan kekasih hatinya itu.

" Bukan kau kata itu kau punya abang sepupu ka? macam mana pulak itu boleh tiba-tiba jadi Ex kau? kalau aku tidak pegang phone kau, tidak nampak ni gambar, tidak la kau cerita dengan aku kan ! bukan aku tidak kenal dengan dia ni, dia pernah bah tumpang aku pergi Semporna . Kawannya tu kawanku ! " kata Nazri yang tengah mencuba mengawal emosinya.

"Bie, orang minta maaf, orang tau orang salah. Orang minta maaf ya." kata Wahidah yang menyedari kesilapannya itu.

Nazri cuma diam dan mengiyakan saja apa yang dikatakan Wahidah. Wahidah sedar, selepas ini sayang dan layanan Nazri pastinya tidak akan sama dengan yang sebelum ini.

Hari mulai gelap, jam sudah menunjukkan sudah pukul Boo4 petang. Sebentar lagi ibunya akan pulang dari kerja, lantas meminta Nazri untuk menghantarnya pulang.

Mereka segera berangkat meninggalkan halaman rumah tersebut dan menghantar Wahidah balik ke rumahnya.

"Bye sayang, nanti ada masa, kita jumpa lagi ya baby" pinta Nazri dengan mukanya yang comel itu.

"Ukiy Boss. bah sayang naik lah dulu ya. Bye baby " jawab Wahidah sambil melambai Nazri.

"Kukira, dia akan berubah, tak mau layan aku lagi" bisik hati Wahidah yang terkejut dengan layanan Nazri yang selalui memanjakannya.

Kecomelannya itulah yang membuatkan Nazri semakin rindu dengannya walaupun baru sahaja bertemu.

Beberapa hari kemudian, Nazri menerima panggilan bekerja daripada kawannya yang menawarkannya untuk bekerja dengan mereka. Memandangkan Nazri belum dapat turun ke laut, dia menerima tawaran tersebut .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience