Bab 1

Romance Completed 1873

Perkenalan yang selama ini telah wujud, namun tidak disedari. Agak aneh bila didengar, namun itulah hakikatnya. Boleh dikatakan Wahidah berkenalan dengan dia sudah lama, mungkin kekuatannya untuk mengingat semua masa kecilnya agak lemah, tapi tidak bagi Nazri.

Wahidah, ialah merupakan seorang mahasiswa di sebuah Universiti Swasta di Kota Kinabalu . Manakala, Nazri ialah merupakan seorang yang bekerja dimana pekerjaannya sedikit mencabar. Kedua-dua mereka berasal dari daerah yang sama iaitu Tawau.

Perkenalan mereka membuka tirainya semula setelah hampir sepuluh tahun terpisah, tanpa khabar. Wahidah dan Nazri mula berhubung melalui sosial media iaitu Fac.

Pada awalnya, dia langsung tidak mengetahui siapakah gerangan orang yang telah menyapanya di ruangan story Fac nya. Entah mengapa jarinya begitu nakal dan keinginan untuk mengetahui siapa "dia " menjadi kuat, tanpa berlengah, terus sahaja Wahidah menekan gambar profilnya yang membawanya kepada halaman dan maklumat profil "nya".

Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menyelidik gambar-gambar pada status orang yang tidak kenalinya.

Ketika Wahidah dan Nazri mula berhubung, sungguh tak disangka, Nazri pernah DM Wahidah untuk berkenalan. Tapi tidak begitu diendahkan olehnya. Dia tersengih melihat chat mereka sebelum ini. Lokasi tempat tinggal mereka juga tidaklah begitu jauh.

" Aku guna Telegram ja, mana pandai guna whatsapp " guraunya lagi.

"Kalau macam tu, bagi aku nombor telefon kau, nanti aku call kau, sebab sini line tak berapa okay".

Dalam hatinya, "eh eh eh, macam kenal je ayat ni, hahahaha".

Lalu Wahidah pun memberi Nazri nombor telefon nya.

Ada hari tu Nazri menyakat Wahidah dengan membuat panggilan menggunakan nombor telefonnya yang satu lagi, agak kelakar bila Wahidah langsung terus chat nazri di Massenger,

"kau ada call aku kah tadi?"

bertanyakan kepastian sama ada dia ada menghubunginya atau tidak, namun Nazri tidak mengakuinya

"tipu sunat la kejap" sakat Nazri.

kelakuan Wahidah menjadi dingin kepada Nazri yang memaksa Nazri untuk mengaku bahawa dialah yang menghubunginya pada masa itu

"ya Wahidah, aku lah tu yang call kau time tu. sorrylah buat kau rasa cemas ya" pinta Nazri.

Boleh dikatakan serasi mereka ni, masing - masing masih bujang pada masa tu dan pada masa yang sama Wahidah masih dengan perasaan kecewanya dengan bekas kekasihnya .

Agak kerap jugalah Nazri mengajak Wahidah untuk keluar bersama, memandangkan mereka berdua berasal dari daerah yang sama, dan bekas rakan sekolah waktu darjah rendah. Namun, Wahidah tidak perasan akan niat Nazri yang ingin mengajaknya keluar.

"Mungkin dia penat kot, lagipun dia di sini kan tengah sambung study.. lepastu perempuan pulak tu. ouh faham, faham"

bisik hati Nazri yang seolah memahami tindakan Wahidah. Kadang kala, mereka bervideo call, On the Phone, tapi belum pernah lagi berjumpa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience