Bab 2

Romance Completed 1873

Sudah agak lama mereka berhubung melalui Massenger, kini Nazri memberanikan dirinya untuk menghubungi Wahidah melalui aplikasi Whatsapp memandangkan dia dah balik kampung.

PING !

Notifikasi Whatsapp Wahidah berbunyi menandakan ada chat baru masuk pada paparan skrin telefonnya.

"Aik, siapa pula yang whatsapp aku ni ?" bisik hatinya.

Wahidah kebingungan melihat ada notifikasi dari nombor yang tiada dalam simpanan kenalannya.

"Assalamualaikum".


* * * * * *

"Waalaikumsalam, ni siapa ya?"
"Mana dapat number saya ?"

Jawab Wahidah memecah kebingungannya. Sekali lagi Wahidah mesej Nazri untuk bertanya adakah itu dia.

"kau ada chat aku di Whatsapp ka ? "
"cuba tengok?", jawab Nazri.

Beberapa minit kemudian, Nazri mengaku bahawa dialah yang menghantar mesej tersebut di Whatsapp Wahidah.

"Barulah lega hati aku bila kau mengaku yang itu adalah kau" jelas Wahidah kepada Nazri.

" Elleh, tu pun mau serius ka.. adeh " keluh Nazri .

Malam keesokan harinya, Nazri bagitahu yang dia agak sibuk malam tu kerana dia mahu menghadir majlis perkahwinan kawannya yang merupakan rakan sekolahnya pada waktu darjah juga.

Malam tu aku chat dia dan entah kenapa aku panggil dia "BIE" , hahahaha.. Tanpa rasa malu aku "Video Call" dia. Tak sangka yang Ishan pun ada sekali kat situ. Mahu tak tebal muka aku dia nampak perbualan aku dengan Nazri di telefon Nazri.

"amboi, kemain sweet lagi kau dengan Nazri eh " sambil Ishan merekod berbualan kami.

* Dan aku pun terdiam . . . .


* * * * * *

Tengah aku belajar dalam dewan kuliah yang agak sedikit bosan. Subjek Mathematics kot.. mana tak bosan kan.

PING !

Mataku segar menerima notifikasi darinya dan membuatku sedikit marah.

" Wa, carikan bah aku sumandak satu"

Berangin jugak aku membacanya. "Dah ada aku depan mata ni, kenapa ndamau atur aku?? kenapa mau minta carikan lagi mandak! eish ! " keluhnya

"Ni mesti sebab pengaruh Ishan, suruh aku carikan dia perempuan mau kasi jadi teman wanitanya" keluh Wahidah lagi.

"Nantilah aku carikan, aku dalam kelas ni. Nanti kalau ada aku bagitahu k." balasku. Tapi sebenarnya aku tak cari pun perempuan untuk jadi teman wanita dia.

Wahidah tidak menyangka yang dia akan rasa cemburu bila Nazri memintanya untuk mencarikannya teman wanita. Akhirnya ! terputik pun rasa cinta antara Wahidah kepada Nazri.

Jarang dibuat orang, wanita yang offer dengan lelaki untuk jadi teman lelaki mereka. Tapi, itulah yang terjadi kepada hubungan antara Wahidah dan Nazri .

"Daripada kau dengan orang lain, bagus kau dengan aku" kata Wahidah.

Nazri terkejut dengan pernyataan Wahidah. Tanpa berfikir panjang, dia pun terima. Maka sah lah sudah hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.

Final exam week dah dekat, Nazri dan Wahidah jarang bersembang kerana Nazri ingin memberi Wahidah masa untuk mengulang kaji. Sepanjang tempoh 3 minggu tu, mereka kurang masa bersama, dah jarang OTP sampai tidur. Adalah beberapa hal yang sempat membuat mereka konflik, tapi mereka boleh selesaikannya.

Bila Final Exam dah habis, Wahidah mengemas barang-barangnya sebagai persediaan agar dia tidak kelam-kabut nanti.

Wahidah sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasih hati, pengarang jantungnya itu. Walaupun hubungan mereka baru masuk sebulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience