Bab 6

Romance Completed 1873

Hanya sekali mereka dapat bertemu pada bulan Ramadhan lalu. Pada malam hari raya, mereka berdua masing-masing sibuk menolong orang rumah mereka membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya yang bakal menjelang pada esok hari.

PING !

Telefon pintar Nazri menerima pesanan daripada kekasihnya iaitu Wahidah .

" Orang busy sikit ni ah, bantu ibu masak dannkemas rumah " isi dari pesanan Wahidah.

"Ya tidak apa, orang pun busy sikit ni.. bantu diorang masak ketupat" balas Nazri.

Mereka leka dengan kesibukan mereka sehinggalah pada keesokan hatinya ...


* * * * * *

"Selamat Hari Raya Sayang" - Nazri

Tersenyum lebar Wahidah membacanya diawal pagi. Sedang dia bersiap, mereka sempat bertanyakan warna tema baju hari semakin raya yang digunakan di pagi raya nanti. Wahidah memakai baju kurung moden berwarna soft grey dan berselendang ok pink belacan, manakala Nazri memakai kurta berwarna soft grey juga. Nak sedondonlah katakan, hehehe..

Wahidah ada menjemput Nazri ke rumahnya untuk beraya dan masak menu baru hasil air tangannya dan Nazri pun menerima pelawaannya dan tiba di rumah Wahidah sekitar pukul 2 petang .

Nazri membawa seorang temannya yang juga merupakan kawan kepada adik Wahidah. Tapi, Nazri tidak lama di rumahnya kerana ingin segera pulang. Namun, sempat mereka mengambil gambar bersama lalu Wahidah menghantarnya ke kereta.

Mereka hanya sempat bertemu sekejap dan Nazri terpaksa berjauhan dengannya lagi pada keesokan harinya, dia harus menemani Pak Long nya ke sesebuah tempat atas urusan peribadi. Wahidah agak kesal dengan Nazri, namun Nazri tidak membiarkan Wahidah terus marah dengannya.

Seminggu raya, Nazri membawa Wahidah pergi bersiar- siar di sesebuah tempat yang cukup terkenal juga di daerahnya, iaitu The Peaks. Sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan kemarahan dan dapatlah mereka meluangkan masa bersama.

"Nasiblah hari ini aku dapat cuti, bolehlah aku luangkan masa dengan Wahidah aku ni " bisik hatinya.

Masa yang luangkan semakin tidak terbatas, dek kerjanya dan hanya bila cuti, dia memanfaatkan waktu cutinya membawa teman wanitanya keluar bersama. Sehinggalah Raya Aidil Adha, dia tidak dapat menyambutnya bersama Wahidah kerana sibuk kerana abangnya ingin mengadakan kenduri Akikah untuk anaknya dan dia harus menolongnya. Nazri mengajak Wahidah untuk pergi bersama, namun Wahidah tidak dapat pergi kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience