BAB 1

Romance Completed 5425

Tweet Diary

~ Aku ni gila ke apa? Kenapa boleh mimpi macam tu? Orang yang aku tak kenal pula tu. Tapi annoying gila. Siapa awak wahai lelaki yang muncul dalam mimpi aku tu? ~

Pen aku letakkan di atas meja selepas menulis dalam buku yang digelar tweet diary tu. Aku menongkat dagu pula. Tajam pandangan aku terarah pada luar library. Macam mengharap seseorang seperti lelaki dalam mimpi aku tu muncul. Okay gila aku ni.

Arh! Kalau termenung je tak ada kerja wahai tuan empunya diri. Tapi kenapa mata aku still tertarik tengok ke luar library? Ada yang menarik ke dekat luar sana?

Sesaat. Dua saat. Dan tiga saat. Aku terkedu seketika. Eh! Aku terus tunduk memandang meja. Gila! Kenapa aku boleh renung lelaki yang tiba-tiba muncul tu? Dahlah terkantoi. Ayo! Malu!

Aku buka semula tweet diary aku.

Tweet Diary

~ Kantoi? Adakah aku terkantoi tadi? Aku pun tak perasan macam mana boleh ralit sangat tengok luar library sampai tak perasan ada someone dekat luar tu. Haish. Malu! Tolong! ~

Aku tutup buku dengan perlahan dan menarik nafas dengan perlahan-lahan juga. Dengan teragak-agak aku mendongak semula ke arah luar library. Alhamdulillah. Kelibat lelaki tu dah hilang. Tapi siapa dia erk? Kenapa nampak familiar sangat?

“ Ehem..ehem..”

Kejung terus aku dekat kerusi. Okay! Siapakah itu? Siapakah gerangan itu? Mak!

“ Saya nak tanya sikit.”

Aku masih menjadi patung dekat sini. Dan gerangan itu masih setia berdiri di sisi aku. aku sikit pun tak menoleh. Okay teruk aku dekat situ. Nampak kesombongan tak? Okay merepek!

“ Erk… ya?”

Aku masih tak menoleh. Terkejut punya fasal.

“ Awak tengok apa dekat luar tu? tengoklah saya. Saya sikit punya handsome dekat sini.”

Okay. Aku dah mula rasa ‘ What the?’.

“ Awak nak tanya apa? tanya je la.” Okay. Aku dah mula geram lalu toleh ke arah dia.

And.. aku terkedu seketika. Ya Allah! Omg! Lelaki ni! lelaki tadi?! Mak!!!!

“ Awak tengah cari saya ke tadi?”

Aku tersenyum buat-buat. Dia still tersenyum tapi aku rasa malu dekat sini. Sangat!

“ Erk. Tak la. Kenapa pula saya nak cari awak? saya tak kenal awak pun.”

Aku terus tengok ke arah lain. Aku cepat-cepat kemas buku. Nak lari daripada dia. Lelaki yang aku terusya tadi. Aduh!

“ Memang tak kenal. Saya pun tak kenal. Sebab tu saya nak berkenalan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience