BAB 10

Romance Completed 5425

Aku melajukan langkah menuju ke arah dia. aku tengok dia yang berpakaian tuxedo sambil memegang sekuntum bunga lagi. Okay. Kejutan apa lagi yang dia nak bagi pada aku?

“This is for you my lovely wife.”

Aku menyambut hulurannya dengan senang hati. Belum sempat aku nak berbuat apa-apa. dahiku terlebih dahulu dikucup lembut oleh sang suami.

“Jom ikut abang.”

Kami berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Tapi hari ni aku rasa ada kelainan sikit. Sebaik sahaja sampai dekat ruang tamu. Mulut aku sedikit ternganga. Cantiknya!

“Tutup mulut tu sayang.”

Aku tersengih malu. Cantik kot! Pandai gila suami aku ni buat. Bayangkan. Di tengah-tengah ruang tamu ni ada sebuah meja. Ada makanan dan ada candle. Macam makan malam yang romantik tu la. Ada lagi ni. meja tu dikelilingi kelopak bunga mawar. Banyak. Ya Allah. Terharunya!

“My princess suka?”

“Suka sangat abang. Thanks.”

“Just for you.”

Alahai. Dia ni kalau nak bagi kejutan nombor satu.

“Ada satu lagi. Bak cincin princess.”

Aku hanya menurut perintah dia.

“Princess tengok ni.”

Sekali lagi aku terkedu. Alahai. Berkurun lama aku simpan cincin tu. aku baru sedar belakang cincin tu ada tertulis nama aku.

“Abang! Kenapa sweet sangat ni?” Aku terjerit.

“Haha. Suami siapa kan?”

“Thanks, my prince charming. I love you.”

First time aku ucapkan perasaan aku pada dia. Malu!

“I waiting for that my princess. I love you to.”

Akhirnya kami berdua tersenyum dalam kegembiraan yang tiada siapa pun dapat gambarkan.

**
Tiga tahun yang lalu…

Aku sedang ralit tengok buku. Tapi terbantut bila tiba-tiba je dadaku berdebar semacam. Why? Jadi aku kembali meletakkan buku tadi ke rak. Dan masa tu juga aku ternampak dia. Lelaki tu.

Aku mengintai sekeliling. Okay. Nak usya dia la. Haha. Gila kau ni!

“Lama kau menyepi. Hari ni baru aku dapat jumpa kau. Jadi aku nak usya. Tak kira!” Ujarku seorang diri sambil memerhati dia dari jauh.

Okay aku mengaku. Dia nampak handsome sangat. Haha.

“Dah tak ada kerja lain nak buat ke selain usya saya?”

Aku tersentak. Mak! Dia perasan! Aku pantas duduk untuk mengelakkan diri daripada direnung. Mak! Kantoi!

“Diana.”

Aku menoleh ke kanan. Aku tersengih kecil.

“Sorry. Tak sengaja.”

Aku baru nak pergi tapi tak jadi bila dia cakap something.

“I will be your husband. This I promise you dear. Kahwin ni kerja mudah, esok pun boleh. Tapi kita ada adab dan orang tua. Biarlah keluarga kita bertemu dan berbincang mengenai hal kita. Apapun benda baik harus disegerakan kan?”

Aku tersenyum tersipu malu mendengar kata-katanya. Benarlah dia ini lelaki luar biasa, serba serbi memahami, penuh kelekakian, berbudi bahasa orang kata gentleman, menurutku ia adalah satu kualiti yang semakin hilang dalam lelaki zaman ni.

Kerana kebanyakan lelaki hanya bertopengkan lelaki namun hakikatnya perangai masih seperti seorang budak lelaki yang kurang matang dalam membuat pertimbangan dan memberi perhatian. Bagi aku dia lelaki luar biasa yang telah membuat hari biasaku menjadi indah yang luar biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience