BAB 8

Romance Completed 5425

“Can you trust me?”

Aku tersenyum akhirnya.

“Can. Ke mana awak menghilang selama ini?”

“Saya ada je dekat dengan awak. Cuma awak tak perasan je. Hehe.”

“Ha?”

“Jom balik. Bak kunci kereta. Biar saya pandu. Hari ini princess berehat okay.”

Ya Allah. Dia masih menjadi misteri.

**
“Diana.”

Aku yang sedang elok duduk sambil termenung tersedar selepas ditegur oleh dia. Aku tersenyum ke arah dia.

“Awak. Awak buat apa dekat sini? Ke mana awak pergi selama ni?”

“Saya nak habiskan pengajian saya dulu. Maafkan saya and saya nak cakap sesuatu.”

“Apa?”

Tiba-tiba dia menghulurkan aku sebentuk cincin.

“Awak?”

“Satu cincin untuk satu tuan. Takkan cincin tu nak keseorangan? Mestilah dia nak berteman juga. Kan?”

Aku memegang cincin yang berada di leher aku.

“Maksud awak?”

“Will you marry me?”

**
“Cepat! Sarungkan cincin tu. cepat!”

Aku tersenyum malu. Aduhai! Kenapa lah ramai sangat orang tengok ni. Naik malu dibuatnya.

“Are you ready princess?”

Aku hanya mengangguk lantas mengeluarkan rantai yang setia berada pada leher aku ni. cincin yang bersama rantai tadi aku keluarkan lalu aku sarungkan pada jari manis dia. Alhamdulillah. Kini aku sah bergelar isteri dia. Bahagianya aku rasa. Ternyata mimpi tu petunjuk yang dia akan datang melamar aku.

“Thanks, my princess.”

“Thanks to my prince charming.”

Tanganku digenggam erat. Siapa sangka prince charming yang muncul dalam mimpi aku tu menjadi realiti. Haha. Tweet Diary! Aku rindu nak tulis.

**
Tweet Diary

~Kalau kau tanyakan padaku cara dia or layanan dia? Aku tak tahu nak cakap. Haha. Gentlemen ke or tak ke aku tak dapat nak bezakan. Okay. Aku teruk. Haha. Nama je dah jadi isteri. Tak pe. Baru tiga hari jadi isteri dia. Aku masih boleh belajar. Yela. Cinta selepas kahwin kan? ~

Aku kerling sebelah kiriku. Aku nampak dia tulis sesuatu pada buku kecilnya juga. Aku tertawa kecil. Aku mengerling ke arah buku kecil dia tu. Okay. Boleh nampak dia tulis apa. Haha.

Tweet Man

~ Weh! Tolong aku. Aku ni masih tak gentlemen ke? Aku rasa sebelum ni dah gentlemen dengan bagi sekuntum bunga kat dia. Bagi buku diary aku dan tak lupa juga cincin tu. Tapi tu pun tiga tahun yang dulu. Haha. Sekarang? Setiap pagi aku mesti gerak dia dengan ciuman di dahi. Tak sweet lagi ke? Nak buat macam mana lagi ni? Help! ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience