BAB 7

Romance Completed 5425

Tanpa berlengah, aku pantas bergerak ke bilik untuk bersiap. Selepas bersiap, aku bergerak ke arah meja solek. Aku tengok wajah aku yang sudah bertudung itu dekat cermin.

“Senyum Diana. Senyum. Kau kuat. Kau comel. Kau kena yakin. Okay? Dan..”

Aku menyentuh lembut cincin yang berada di leher aku ni. aku jadikan rantai semenjak tiga tahun yang lalu. Walau apa pun yang terjadi, aku takkan pernah tanggalkan cincin ni. aku sayang cincin ni seperti mana aku sayangkan tuan dia.

“Saya rindu awak. awak pergi mana? Baliklah cepat.”

Hampir saja air mataku nak menitis tapi cepat diseka. Aku tak boleh sedih. Aku kena kuat. Senyum Diana. Senyum!

**
Laju kakiku melangkah ke arah kereta. Entah kenapa aku rasa ada seseorang sedang perhati aku. Aku jadi takut. Ya Allah. Lindungilah aku. Tolong Ya Allah.

Baru je aku nak buka pintu kereta, aku terdengar sesuatu daripada belakang. Ya Allah. Meremang habis bulu roma aku ni.

“Diana.”

Aku terteguk air liur. Mana dia tau nama aku? Ya Allah.

“Siapa awak? Pergi!”

Aku masih berdiri tegak sebelah kereta. Nak buka pintu kereta pun tak bermaya. Sangat takut. Awak! Ya Allah. Kenapa aku berharap sangat dia muncul saat ini?

“Look at me. Please.”

Aku menggenggam kuat cincin aku. Ya Allah. Awak.

“Diana. Nothing to worry about. I’m always with you.”

Aku tersedar sesuatu. Ayat-ayat tu. Suara tu. Tanpa berlengah, aku pantas menoleh ke belakang untuk melihat empunya suara itu.

“Awak!”

“Hai princess.”

Aku menggigit bibir.

“Kejam awak ni! kalau tak takutkan saya tak boleh ke?”

Dia tersengih lalu mendekati aku.

“Sorry my princess. Saya teruja sangat nak jumpa awak. Awak okay kan?”

“Tak!”

“Sorry la dear.”

Aku mencebik. Kemudian, aku tengok dia dari bawah ke atas. Kenapa dia nampak lain sangat? Nampak. erk. lebih handsome?

“Diana?”

“Awak ni siapa?” Okay. Soalan apa yang aku tanya tu?

“ Haha. Awak! sayalah. Prince charming awak.”

“Tapi kenapa nampak lain? Betul ke awak prince charming saya?”

Aku jadi ragu-ragu. Haha.

“Betul. Tak percaya? Nak saya buktikan?”

“Why not?”

“Okay. Tiga tahun yang lalu. Ada seorang perempuan ni tengok saya dari jauh dan saya beranikan diri saya tegur perempuan tu. kemudian, saya juga hadiahkan dua buah buku saya pada dia. saya juga selamatkan dia daripada kemalangan. Saya juga selalu muncul dalam mimpi dia.”

Aku tersentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience