BAB 4

Romance Completed 5425

“ Diana.”

OMG! Dia sedang berdiri depan mata aku sekarang ni.

“ awak tak nak balik ke?”

Aku pandang dia dengan gelengan. Aku nak baliklah tapi bukan dengan dia dan bukan dengan sesiapa. Nak keseorangan buat sementara.

“ Awak nak tunggu siapa lagi?”

“ Prince charming.”

Tersedar yang aku dah tersasul, aku terus menutup mulut. Malu! Again!

“ Siapa?” Nampak dia tersenyum kecil. Manis.

“ Entah. Prince charming dalam mimpi saya kot.”

Aku menggigit bibir. Tolonglah pergi.

“ Sayalah prince charming tu. Nah untuk awak.”

Aku sambut pemberiannya. Sebuah buku lagi? Haih!

“ fasal apa pula buku ni?”

“ Fasal awak. saya pergi dulu.”

Aku hanya memandang dia yang sudah berlalu pergi tu. Ni kali kedua dia bagi aku buku nota kecil. Tapi buku satu lagi tu pun aku baru baca satu muka surat. Tiada keberanian nak baca lebih-lebih.

Aku meletakkan buku dia di sebelah buku diary kecilku. Aku tengok kedua-duanya dengan senyuman. Sama-sama cantik. Sama-sama cute. Okay! Merepek aku ni!

Tweet Diary

~ Makin hari aku rasa dia makin dekat dengan aku. Kenapa? And aku rasa aku makin selesa dengan dia even aku tak kenal pun siapa dia. Ada juga orang gelar dia lelaki gentlemen. Gentlemen ke? ~

**
“Awak! Awak ni siapa?”

Akhirnya, suara aku terkeluar juga menyoal lelaki yang sedang leka menyembuhkan luka pada kaki aku itu. Dan seperti jangkaan aku, dia mendongak dengan senyuman. Aku pula jadi terkedu selepas tengok rupa dia.

“Prince charming awak. Bukan dalam mimpi je. Dalam realiti pun.”

Aku terdiam. Aku memandang diri aku dan dia. Kami berdua berpakaian macam duduk dalam istana. Aku baru perasan. Cuma...

“Diana! Bangun!”

“Huh!”

Aku tersedar daripada mimpi selepas mendengar jeritan di telinga aku ni. Sakit kot!

“Amboi. Sedapnya kau bermimpi. Kau dah lewat nak ke kelas la.”

Aku kerling jam di dinding. Ada lagi sejam. Sempat lagi. Tapi mimpi tadi. Betul ke itu dia?

“Kau pergi dulu. Nanti aku menyusul.”

Aku cepat-cepat capai buku aku dan dia.

Tweet Diary

~ Hari ni aku dapat tahu siapa lelaki dalam mimpi aku tu. Betul ke itu dia? ~

Aku buka pula buku pertama dia. Dengan penuh keberanian, aku membuka helaian kedua.

Tweet Man

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience