BAB 6

Romance Completed 5425

Tercungap-cungap aku dibuatnya. Arh! Penat! Aku penat dah nak kejar langkah dia yang semakin menjauh tu.

“Awak?” Aku tertoleh ke kiri.

“Untuk awak. dia bagi. Dia kata dia tak boleh berdepan dengan awak sekarang ni. so dia suruh saya bagi surat ni untuk awak.”

Aku mencapai tanpa kata. Huh! Gentlemen? Ini yang kau kata gentlemen Ilia? Pleaselah!

**
‘Will you marry me one day?’

Aku mencebik. Kahwin? Tak nak! Pagi ni je aku dapat lagi surat dia dengan sekuntum bunga mawar. Ni dah masuk seminggu dia buat benda yang sama dan tanya soalan yang sama. Dia tak pernah munculkan diri depan aku dah selepas hari tu.

Tweet Diary

~ Aku benci nak mengaku tapi aku rindu dia. Okay gila kan? Lelaki yang tak berapa nak gentlemen tu… Okay. Kalau aku cakap macam tu nanti ada orang marah. So lelaki gentlemen la. Mana awak!?~

Aku capai satu buku daripada dia. Buku kedua yang aku tak pernah sentuh pun. Baru hari ni terdetik nak buka dan baca. Ada dalam lima halaman je.

Tweet Man and for you princess.

~ Hari ini. Aku beranikan diri tegur dia. Selepas dia sedar dengan kehadiran aku. Sebenarnya aku nak tergelak tengok reaksi dia masa tu. Cute sangat. Saya tahu awak malu. Saya Cuma nak cakap saya kenal awak. bukan tak kenal. Cuma awak lari. ~

~ Hari ini aku sangat-sangat risau dengan keadaan dia. Gila motor tu! tak nampak ke orang yang aku sayang tengah melintas? Risau gila. Nasib baik aku sempat tarik dia ke tepi. Kalau tidak aku akan berasa bersalah seumur hidup. Dan. peristiwa petang tadi mengingatkan aku pada mimpi tu. sama sangat. Cuma dia tak benarkan aku rawat kaki dia. yelah. Kau tu bukan muhrim dia. ada hati nak sentuh kaki dia.~

~ Aku mengaku. Aku dah mula mencintai dia. Aku ada dengar yang hati dia sukar untuk dicuri. Dia kata hati dia hanya layak untuk sang suami. Jangan risau. Tiba masanya nanti saya akan pergi meminang awak. Okay? ~

~ Awak! Mungkin kita perlu berjauhan buat seketika. ~

~ Saya cintakan awak. Saya akan rindukan awak. Dekat halaman belakang sekali. Ada sebentuk cincin. Kalau benar kita ada jodoh, awak pakailah cincin tu. Kalau tidak. Saya harap awak tolong buang semua barang pemberian saya. Maafkan saya. Saya pergi dulu. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. ~

Ya Allah. Apa maksud dia? Aku membuka halaman belakang buku itu. Aku mengambil cincin tersebut. Okay. Aku akan simpan cincin ni. Aku tak tahu bila dan kenapa. Cuma aku rasa Allah hadirkan dia untuk aku. Maybe benar dia jodohku. InsyaAllah.

**
3 tahun berlalu…

“Mak! Tengok Amir ni!”

Aku merengus geram tengok gelagat budak nakal ni.

“Haha. Padan muka akak. Werk!”

“Amir! Kau memang nak kena dengan akak kan? Kejam!”

Ada ke patut dia pergi simbah air untuk basuh kereta tu dekat aku. Aku Cuma tersiram dia dengan air paip je pun. Dia balas dua kali ganda lebih teruk daripada tu. Kejam!

“Diana! Dah la tu. Kamu lupa ke kejap lagi kamu nak ke rumah kawan kamu.”

“Oh ya. Hampir terlupa. Thanks, mak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience