Rate

Bab 6

Drama Series 2659

Aku memasukkan kunci keretaku ke dalam beg. Kemudian, aku mengerling jam di tangan. Pukul 6:15. Masih sempat lagi nak tolong mama masak. Kelihatan kereta lain turut ada.

Mesti Kak Roza, Kak Ana dan Abang Khairul ada! Wah, meriahlah rumah ni nanti! Aku teringat zaman kanak-kanak kami. Ah, seronoknya! Kami bermain, ketawa dan... bergaduh.

"Assalamualaikum. Wah, seronok berbual! Mama dekat dapur tu siapa yang tolong?" ujarku. Seronok betul papa, Kak Roza, Kak Ana dan Abang Khairul berbual. Kesian mama!

"Mama, Hana dah sampai! Hah, pergilah tolong mama dekat dapur. Dia tak nak kitorang tolong, dia nak Hana je yang tolong," beritahu Kak Ana. Kak Roza sekadar mengangguk setuju. Aku pergi ke dapur.

"Hah, tolong mama masak," arah mama.

"Mama nak masak apa?" tanyaku. Senang sikit kalau aku tahu apa yang mama nak masak.

"Mama nak masak tomyam. Pencuci mulut pula pulut kuning dengan serunding. Air, mama nak buat air tembikai," jawab mama sambil menggaul kuah tomyam di dalam periuk. Terliur aku. Tomyam tu! Eh, kejap. Makanan yang mama kata tadi tu semua makanan yang bukan makanan barat.

"Siapa yang nak datang mama?" tanya aku. Mama hanya tersenyum.

"Orang tu mempunyai citarasa Melayu. Jadi, mama masaklah makanan kampung," jawab mama, ringkas. Oh, patutlah. Tapi, agaknya siapa, ya? Tak ada pun kawan mama atau papa yang ada citarasa Melayu. Weird but true!

"Siapa tu, mama? Setahu Hana, semua kawan mama dan papa suka makanan barat," tanya aku. Mama hanya mengangkat bahu. Memang tak tahu atau buat-buat tak tahu?


--------------------------------------------------

"Okaylah mama, Hana mandi dan tukar baju dulu, ya? Makanan semua dah siap, kan?" ujarku. Mama hanya mengangguk.

"Pergilah cepat! Tetamu kita dah nak sampai tu!" arah mama. Aku terus berlari menuju ke arah bilikku. Di rumah ini, walupun aku sudah berpindah, tapi bilikku masih dijaga rapi. Aku terus mandi. Lambat nanti, kena marah pula!

Aku mengenakan blous pink muda dengan palazzo pink tua. Aku menyarung tudung bawal gaya terkini berwarna biru muda di kepalaku. Okay, siap! Lantas aku turun ke bawah.

Kelihatan tetamu telah tiba. Namun, mereka belum memulakan acara dinner malah sedang berbual dengan rancak. Aku menghampiri mereka.

"Hah, dah turun pun Hana! Inilah anak saya yang saya ceritakan tu," ujar mama. Semua yang ada memandangku.

"Cantik orangnya. Anak saya pula tengah menjawab call kawan dia dekat luar. Sekejap lagi masuklah tu. Hah, itu pun dia," ujar seprang wanita yang sudah berumur dan tidak kukenali. Jari telunjuknya menghala ke arah pintu masuk.

Aku berpaling ke arah pintu masuk. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di situ sambil tersenyum memandang kami. Dan, pandangan mata aku dan lelaki itu bertaut. Dia lagi? Lelaki itu juga turut sama terkejut.

"Iz?"

"Hanani?"
Ujar kami, serentak. Tetamu termasuk keluarga aku memandang kami, pelik. Pelik mungkin sebab tak percaya kami pernah berkenalan.

"Hana kenal Iz?" tanya papa. Aku mengangguk. Yang lain semua ketawa. Aik? Apasal pula ni?

"Kami bercadang nak perkenalkan kamu berdua semasa dinner ni, tapi korang dah pernah berjumpa pula. Haih, misi tak menjadi!" ujar seorang lelaki yang berumur di sebelah wanita tadi.

"Hana, yang tu ibu Iz, namanya Rahimah. Panggil je dia Aunty Imah. Yang sebelah dia tu pula, ayah Iz, nama dia Azraf. Panggil je Uncle Az," ujar mama. Aku bersalaman dengan Aunty Imah. Peramah betul mereka!

Setelah selesai sesi perkenalan, kami apa lagi, makan lah! Aku mendahulukan tetamu, mama, papa, dan adik-beradikku yang lain. Semasa aku mahu mengambil nasi, tangan aku dan Iz berlaga. Aku dan Iz serba salah.

"Awak ambillah dulu," ujarku. Kurang ajar pula nak mendahulukan diri sendiri berbanding tetamu.

"Tak apa, awak dululah," ujar Iz pula. Aku serba salah. Mata mama dan papa mencerlung memandangku. Melihat itu, aku semakin seram.

"Tak apa, awak dulu. Tetamu mesti didahulukan," ujarku. Iz mengeluh.

"Okaylah kalau macam tu," ujarnya lantas menyenduk nasi ke atas pinggannya. Kemudian, barulah giliran aku mengambil nasi.

Sepanjang makan, aku sahaja yang senyap. Yang lain semua rancak berbual. Aku teringat pesan mama, "Jangan menyampuk masa orang tua bercakap".

"Alhamdulillah, kenyang betul. Sedap makanan ni. Siapa yang masak?" tanya Uncle Az. Mama menunjuk ke arahku.

"Eh, tak lah. Hana cuma tolong mama masak, je," ujarku. Kak Roza menyiku lenganku. Eh, apahal nak cari pasal pula ni?

"Apa-apapun, makanan ni memang sedap!" ujar Iz. Kami bangun setelah selesai makan. Tidak lama kemudian, keluarga Iz meminta diri untuk pulang.

"Terima kasih jemput kami dinner di sini. Kalau ada masa, kami pula akan jemput keluarga awak dinner," ujar Aunty Imah. Kami menghantar mereka sehingga ke pintu pagar rumahku.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience