Rate

Prolog

Drama Series 2659

Hanani Alisya. Ya, itulah nama aku. Berusia 24 tahun. Walaupun masih terlalu muda, aku diamanahkan oleh ayah aku, Dato' Hisyam Arif untuk menguruskan syarikat penerbitannya. Tapi, jangan anggap aku seorang yang suka berdrama. Itu tidak sama sekali walaupun syarikatku banyak menerbitkan novel cinta.

Orang ramai menggelarkan aku Ice Girl. Aku seorang yang tegas dan tidak mudah jatuh cinta. Sesiapa yang berani nak menyentuh aku, akan aku praktikkan apa yang aku belajar semasa kelas taekwando. Ayat-ayat manis pun tak akan mampu mencairkan aku. Oleh itu, aku tiada peminat, walaupun aku ni taklah hodoh sangat. Tapi, aku tak ambil tahu pun.

Aku tegas semasa kerja. Semua orang kata yang aku ni salah kerja. Sepatutnya aku jadi polis ataupun askar. Memang itu pun cita-cita aku sejak aku kecil, tapi apakan daya aku untuk menolak permintaan ibu dan ayahku itu. Aku ni memang cerewet pasal kerja. Ada saja kesalahan staff yang aku nampak. Tapi, aku taklah terus marah staff tu kalau dia tak sengaja. Look, I'm not that bad.

Aku anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Tapi, seperti yang aku cakapkan tadi, aku bukanlah seorang yang manja. Kakak sulung aku, 34 tahun, sudah berumah tangga. Dah ada 2 orang anak.

Kak ngah aku pula, berumur 31 tahun. Juga sudah berumah tangga tapi, belum dikurniakan cahaya mata. Dan satu-satunya abang aku , 29 tahun. Sedang bercinta dengan rakan sekerjanya. Kadang-kadang, dia akan membawa girlfriend dia makan bersama kami. Insya Allah, dia akan melangsungkan majlis pertunangannya akhir tahun ini. Inilah dia adik beradik aku yang menjadi rakan bermain dan bergaduh aku semasa kecil.

Share this novel

Christopher Paul
2021-02-27 02:32:37 

tkde smbungan ke asal ni kene bgi poin " lak.


NovelPlus Premium

The best ads free experience