Rate

Bab 1

Drama Series 2659

"Masuk!" arahku. Look, cara aku mengarah pun dah menunjukkan yang aku ni bakal menjadi anggota polis. Okay, yang itu jangan percaya. Sebenarnya, aku hanyalah seorang pengurus syarikat penerbitan ayahku. Menjadi polis itu hanyalah cita-cita zaman kanak-kanak aku sahaja.

Pintu pejabatku dikuak dari luar. Kelihatan seorang gadis berbaju kurung moden ungu masuk ke dalam pejabatku bersama dengan fail yang bertimbun di tangannya. Terukir senyuman nipis di bibirnya.

Dia merupakan setiausahaku, Emilia. Seorang yang ceria, tinggi dan cantik persis model. Kalau pergi temuduga untuk menjadi model, pasti akan diterima! Aku membalas senyuman Emilia.

"Cik Hana, ini fail yang perlu disemak dan ditandatangan," ujar Emilia. Aku mengambil fail-fail tersebut dari tangannya. Aku meneliti setiap muka surat fail itu. Setelah berpuas hati, barulah aku menurunkan tandatanganku.

"Okay, done! Nah, fail-fail ni dah siap ditandatangan. Awak boleh ambil," ujarku. Aku menyerahkan fail yang bertimbun itu kepada Emilia. Kasihan dia perlu berdiri lama-lama sementara menunggu aku.

"Thank you, Cik Hana! Saya keluar dulu, ya," ucap Emilia. Aku mengangguk. Melihat anggukanku itu, dia terus keluar dari situ. Aku bersandar di kerusiku. Penat walaupun tugasku itu tidaklah seberat mana.

Tadi, sudah ada 5 orang yang menghantar sinopsis novel mereka kepadaku. Empat orang daripadanya memang sudah lama bekerja denganku. Seorang daripadanya pula sekadar mahu mencuba nasib. Penulisannya bagus jadi, aku menerimanya. Mukanya bercahaya setelah aku menerima sinopsis novel seramnya. Haih, inilah dia kerjaku.


--------------------------------------------------

Aku memandu dengan cermat untuk pulang ke rumahku. Sampai di rumah, aku meletakkan beg tanganku di atas meja solek. Di atas meja solek tersebut hanya ada gel pelembap muka, sunblock dan krim muka. Aku bukanlah orang yang suka make up tebal-tebal. Pipi pink, mata pink, semua pink! Bagi aku, perempuan gedik memang selalu pakai macam tu.

Aku duduk di birai katil. Tudung bawal yang tersarung di kepalaku aku tanggalkan kemudian dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Aku memang tidak suka melihat bilik tidurku bersepah. Aku memang sudah dididik dari kecil untuk menjaga kebersihan.

Aku berbaring di atas katilku. Tidak sampai lima saat berbaring, aku bangkit semula. Alamak! Aku terlupa hari ini merupakan hari jadi anak kedua Kak Long! Aku pergi ke arah almari pakaian dan mencapai sehelai tudung 'segera' berwarna coklat. Sesuai dengan pakaianku yang berwarna krim. Setelah puas dengan penampilanku, aku mencapai beg tangan dan keluar dari bilik tidurku.


-------------------------------------------------

"Sorry, lambat 45 minit! Tadi, Hana rehat dekat rumah. Lepastu teringat hari ini ada majlis birthday Yani," terangku. Takut mereka bersangka buruk dengan aku pula!

"Takpe Hana, kitorang tahu Hana busy uruskan business, kan?" ujar Kak Roza, Kak Long aku. Aku mengangguk perlahan. Kemudian, majlis hari jadi diteruskan.

"Cik Hana kata nak bagi Yani hadiah. Mana?" tanya Yani, anak saudaraku. Wait. Hadiah! Astaghfirullah, macam mana aku boleh terlupa nak belikan hadiah untuk Yani? Kalau dia merajuk, habislah aku! Setegas-tegas aku pun, aku masih pandai jaga hati budak tau! Dah, membebel pula aku ni. Hah, macam mana ni?

"Alamak, Cik Hana lupa nak belikan hadiah untuk Yani, lah!" ujarku. Wajah ceria Yani berubah menjadi masam. Habislah, aku kena fikirkan sesuatu sebelum dia merajuk! Hah, idea!

"Hah, apa kata Cik Hana bawa Yani beli anak patung?" pancingku. Wajah masam Yani terus berubah. Aku tersenyum lega. Aku dah tahu dah apa kesukaan dia!

"Wah, yeke? Bila kita nak pergi? Tak sabarnya!" tanya Yani.

"Sekarang pun boleh! Pergi tanya ibu boleh tak nak keluar beli teddy bear dengan Cik Hana," arahku. Terus kanak-kanak berumur 4 tahun itu berlari menuju ke arah ibunya. Melihat anggukan kakak sulungku itu, aku melepaskan keluhan lega.


-------------------------------------------------

Aku memandu keretaku perlahan. Yani di sebelahku tidak habis-habis menceritakan tentang teady bear yang diminatinya. Malas nak layan! Sedang aku memandu kereta membelok ke kanan, sebuah kereta secara tiba-tiba muncul di hadapanku.

Kereta kami berlanggar sedikit. Sedikit pun, remuk juga bumper keretaku. Ini yang buat aku marah, ni! Punyalah cermat aku memandu, orang lain pula bawa padah. Aku pun apa lagi, turun dari kereta dan mengetuk cermin pintu kereta yang melanggar keretaku itu. Kemudian, tuan empunya kereta itu keluar dari kereta.

"Awak bawa kereta memang tak tengok kiri kanan, eh? Main langgar je kereta orang. Tengok, apa dah jadi dengan kereta saya. Habis remuk!" marahku. Lelaki yang keluar dari kereta itu tadi hanya tersenyum.

"Yang awak ada dekat situ kenapa? Awak ni melambatkan kerja saya, tau. Lagipun, bukan kereta awak je yang remuk, kereta saya pun sama. Jadi, sama-sama rosak, sama-sama tanggung, lah!"jawab lelaki itu. Jawapan mamat sewel ni memang menyakitkan hati aku betul. Berasap dah ni!

"Masalahnya, kereta saya rosak sebab awak!" marahku. Tak puas hati betul aku! Ada ke dia menjawab macam tu dengan aku? Lelaki tersebut mengeluarkan sesuatu dari dalam dompetnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience