Rate

Bab 5

Drama Series 2659

Aku berbaring di atas katilku. Terfikir akan perbualan aku dengan Sarah siang tadi. Fall in love? Tak kanlah!

Aku bangkit dari posisiku. Aku melihat jam di dinding. Pukul 9 malam. Aku belum Solat Isyak lagi! Lantas, aku pergi ke tandas untuk mengambil wudhu'. Tanpa berlengah, aku menunaikan kewajipanku.

Seusai aku mengerjakan kewajipanku, hatiku terasa lebih tenang. Inilah apa yang dikatakan guru agamaku dulu.

"Islam itu Indah. Agama Islam ialah agama yang paling suci. Sesiapa yang memegang padanya, hatinya akan sentiasa tenang. Hidupnya tiada masalah".

Aku menyimpan telekungku di dalam almari. Disangkutku kemas. Aku terus meluru ke arah katilku. Baru pukul 9:20, tapi mataku sudah mulai berat. Selepas membaca 3 Qul, Ayat Kursi dan Doa Tidur, aku terus terlelap.


--------------------------------------------------

Cuti! Yahoo!

Yes, tiba hari cuti! Bolehlah joging dan buat senaman ringan sikit dekat taman. Aku segera menyarung kasut sukanku pada kakiku yang sudah berstoking.

Aku menunggu Sarah, sabar. Baru pukul 7 pagi. Tidak lama kemudian, Sarah keluar bersama begnya. Entah apa yang dia bawa.

"Dah, jom!"ujarku. Kami bersama-sama berjalan ke taman yang tidak jauh dari kawasan perumahan kami.

Setibanya di situ, kami membuat sedikit senaman memanaskan badan. Setelah itu, kami berjoging mengelilingi taman yang sesak dengan pengunjung itu.

"Eh, awak? Kita pernah terjumpa, kan?" tanya satu suara yang pernah aku dengar. Dia kah?

"Awak? What can I call you..."

"Iz. Just call me Iz. And, you?" tanya Izkandar. Aku memandangnya sambil tersenyum. Senang pula aku berbual dengannya.

"Hanani Alisya. Just call me Hanani," jawabku. Aku memandang Sarah di sebelah. Tercengang. Mungkin dia tidak pernah melihat aku senyum kepada lelaki.Confirm aku akan ditemu duga balik rumah nanti!

"Awak tinggal dekat sini ke?"tanya Izkandar. Aku hanya mengangguk. Izkandar menfangguk faham.

"Okaylah, kita berbual lain kalilah, ya. Nanti bosan pula kawan saya ni. Kami sebenarnya bercadang nak berjoging," ujarku. Izkandar tersengih memandang Sarah.

"Sorry mengganggu. Okaylah, kawan saya pun dah tunggu tu. Jumpa lagi!" kata Izkandar. Kami pun berjalan mengikut haluan masing-masing.

Kenapa aku rasa macam nak jumpa dia lagi? Dan, aku rasa aku akan jumpa dia lagi! Tapi, aku tak tahulah firasat aku ni betul ke, salah. Aku sendiri pelik sebab aku berharap yang firasat aku ni betul. Pelik!

"Ehem, ehem. Tunggu kat rumah, ya?" alamak, aku rasa macam tak nak balik lah pulak!


--------------------------------------------------

Aku bersiap untuk ke office. Nasib baik kereta aku dah siap diperbaiki. Bolehlah aku pergi kerja tanpa mengharapkan bantuan orang lain lagi!

"Good morning, Cik Hana!" sapa Emilia, setiausahaku bersama dengan senyuman manisnya. Aku membalas senyuman itu. Kemudian, langlah kakiku diatur menuju ke bilikku.

Okay, time to start my work! Aku memulakan kerjaku dengan begitu bersemangat dan gembira sekali! Tak tahulah kenapa.

Sedang aku memeriksa salah satu fail yang terdapat di atas mejaku, satu mesej diteri.aku. Aku memeriksa telefon pintarku. Mesej dari mama!

Nanti Hana balik dinner, ya? Ada tetamu kat rumah kita! Datang awal sikit tolong mama masak. Sayang Hana!

Tetamu? Mama ni, ada-ada je. Pening pula kepalaku memikirkan mesej yang diterima tadi. Datang jelah! Boleh melepaskan rindu dengan mama! Hehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience