Rate

Bab 4

Drama Series 2659

Aku menunggu Kak Roza dengan penuh sabar. Entah-entah staffs dekat office dah mengumpat pasal aku sebab aku datang lambat. Tak pernah aku datang lambat sebab aku ni amat menepati masa. Ah, lantak diorang lah! Bukan masalah aku pun. Diorang yang dapat dosa.

Tunggu punya tunggu sampai juga Kak Roza ni. Aku terus masuk ke dalam kereta tanpa menunggu dipelawa. Aku tersenyum manis buat kakak tersayangku itu.

"Thanks Kak Roza! You save my day," ujarku. Kak Roza memandangku dengan renungan tajamnya. Aku terdiam. Apasal garang sangat kakak aku ni? Oh, aku yang tak beritahu awal-awal. Mesti tengah marah kakak aku yang seorang ni. Habislah... Korang tak tahu yang kakak aku ni garang orangnya!


--------------------------------------------------

Aku berdiri di luar bangunan syarikat penerbitan ayahku itu. Sekarang dah waktu balik, tapi aku masih tercegat di sini. Nak telefon siapa pula ni?

Telefon Abang Khairul lah! Kakak-kakak aku semuanya garang. Aku menelefon Abang Khairul. Ah, tak angkat pula! Aku teringat sesuatu. Aku mencari-cari seauatu di dalam beg tanganku. Setelah dapat, aku menelitinya.

Muhammad Zarif Izkandar. Oh, sedap nama. Tapi, tak sama macam perangainya. Mamat sewel! Mamat sewel? Tak kan aku nak minta tolong dari mamat sewel? Aku kan baru kenal dia. Err, tak payahlah! Teksi! Apasallah otak aku ni krem masa terfikir nak telefon dia tadi!

--------------------------------------------------

Aku keluar ke pasaraya bersama rakan serumahku, Sarah. Hah, baru kenal kan? Kami mahu membeli barang dapur.

"Kau nak masak apa hari ni?" tanya Sarah. Aku tersenyum sambil mengangkat sebelah kening.

"Kau rasa?" tanya aku. Saja, nak buat dia tertanya-tanya.

"Ish, kau ni! Cakap jelah!" teriak Sarah. Aku ketawa besar. Lawak betul muka dia tengah marah!

"Okay, jangan marah. Aku nak masak Ayam Masak Lemak Nenas. Hah, kau belum pernah makan, kan? Kalau kau makan ni, memang tambah 3 kali punyalah!" ujarku. Sarah nampak teruja.

Aku dan Sarah terus mencari bahan-bahan yang diperlukan. Sedang kami mencari, seseorang melanggar aku. Habis ayam dan nenas yang dipeganggku jatuh ke atas lantai. Gerangan yang melanggarku terhenti. Dia berpaling memandangku.

"What?!" teriakku. Bukan sahaja marah kerana ayam dan nenas aku yang rosak, malah kerana orang yang melanggarku itu ialah...

"Muhammad Zarif Izkandar?" oops, macam mana aku boleh swbit nama penuh dia dengan lancar? Mesti di kata aku teringat-ingatkan dia dalam mimpi aku setiap malam. Habislah!

"Awak? And, how can you remember my full name?" tanyanya, juga terkejut. Aku terdiam.

"Apa-apalah. Yang penting, I'm very sorry. Awak boleh marah saya,"katanya. Dia menundukkan wajahnya. Mungkin sebab dia dah langgar aku 2 kali.

Tiba-tiba rasa kasihanlah pula. Tak kan nak marah depan orang pula? Maafkan jelah.

"Takpe, saya maafkan awak,"ujarku. Dia mengangkat mukanya memandangku. Mungkin tak percaya.

"Really?"tanyanya. Eh, mamat sewel ni. Aku dah kata aku maafkan dia pun masih nak buat aku marah lagi.

"Okay, sorry. Takpe, saya gantikan yang baru ayam dan nenas ni. Oh, nampak macam awak nak masak. Jangan lupa bagi saya sikit, ya!" ujarnya. Macamlah aku tahu rumah dia!

Pertemuan kedua yang lebih baik daripada pertemuan pertama. Aku tersenyum sendiri.


--------------------------------------------------

Aku dah agak, mesti Sarah akan jadi wartawan tak bergaji start dalam kereta! Jadi, aku terpaksa cerita untuk memuaskan hati dia. Kalau tak, sampai esok subuh tak habis soalan dia ni!

"Haritu, aku terlupa nak belikan hadiah hari jadi untuk anak saudara aku. Masa dalam perjalanan, aku dilanggar oleh sebuah kereta. Pemilik kereta tu ialah mamat yang langgar aku kat supermarket tadi. Masa tu, dia kurang adab gila! Tapi, akhirnya dia bagi duit dan kad dia dekat aku. Sebab tu aku tahu nama dia! Dan, aku amat terkejut masa dia minta maaf dengan gaya alim dia tu tadi. Masa accident kecil haritu, cara dia minta maaf takdelah sampai tunduk kepala macam tu," terangku panjang lebar. Harap dia tak soal aku macam-macam lagi.

"Kau terkejut ke, fall in love?" usik Sarah. Aku yang sedang menikmati air Milo yang masih panas tersedak.

"Fall in love?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience