Rate

Bab 2

Drama Series 2659

"Nah! Betulkanlah kereta awak yang rosak tu. I'm so sorry about this incident. And, this is my card. If anything went wrong, you can call me anytime," kata lelaki itu sambil menghulurkan wang yang tidak diketahui jumlahnya dan kadnya.
Aku menaikkan kening sebelah kananku. Tadi bukan main selamba. Sekarang, minta maaf pula? Bagi duit dan kad dia pula tu. Buang tebiat ke?

"Saya tak buang tebiat. Saya ikhlas bagi awak duit dan kad ni. Tapi, kalau awak tak nak, takpe. Selamat duit saya," ewah ewah, mamat sewel ni boleh kata macam tu pula? Aku baru nak bersangka baik dengan dia.

And one more thing, macam mana dia boleh tahu aku kata dia buang tebiat? Boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang ke mamat sewel ni? Seram pula aku.

"Yelah, saya ambil,"ujarku. Malas nak bertekak di jalan raya itu. Hah, baru aku tersedar! Yani di dalam kereta! Mesti dia meraung nak beli teady bear dia!

"Okaylah, saya pergi dulu!" ujarku tanpa sempat mamat sewel itu berkata apa-apa. Aku terus masuk ke dalam kereta. Duit dan kad pemberian mamat sewel itu aku simpan di dalam beg tanganku.

"Okay, let's go!" ujarku. Yani di sebelah menarik muka masam. Mestilah, aku dah banyak habiskan masa dia sebab mamat sewel tu! Okay, panggilan 'mamat sewel' aku akan gunakan untuk dia.


--------------------------------------------------

"Hah, oksigen!" tercungap-cungap aku. Mana taknya, Yani berlari-lari dari kedai ke kedai untuk mencari teady bear idamannya itu. Kak Roza menyambutku dengan hilai tawanya. Kak Ana, a.k.a. Kak ngah aku turut sama menyertai Kak Roza. Abang Khairul pula mempamerkan senyuman mengejeknya.

"Eh, kenapa dengan kereta Hana?" tanya Kak Roza. Baru perasan? Itulah, tadi tak habis-habis mengejek aku. Aku pun menceritakan apa yang berlaku kepada mereka. Masing-masing menyokong aku. Mamat sewel tu yang salah!

"Ibu, Yani dapat teady bear baru. Cik Hana belikan. Warna pink!" ujar Yani, kegembiraan. Daniel atau panggilan manjanya Danny, abang Yani yang berumur 5 tahun, menarik muka masam. Haih, ini mesti kes cemburu!

"Ibu, kenapa Danny tak dapat hadiah macam Yani?!" tanya Danny, kuat. Mula dah! Aku ketawa mengejek. Mama dan papa yang tadi ber'dating' di taman mini, masuk ke dalam rumah. Terkejut mendengar suara Danny, semestinya. Hahaha. Pujuklah Danny tu sorang-sorang. Tadi ejek orang.

Aku mengangkat kedua-dua belah tanganku, tanda surrender. Kemudian, aku berlari menuju ke arah keretaku.

"Assalamualaikum, tata titi tutu! Balik dulu! Bye bye!" teriakku. Sengaja. Hahaha! Aku memandu keretaku. Ke manakah destinasiku? Tempat yang tepat untuk kereta aku yang rosak ni, lah!


--------------------------------------------------

"Bila boleh siap ya, ni?" tanyaku. Yalah, kalau tiada kenderaan, macam mana aku nak pergi office?

"Kalau macam ni, 3 hari baru siap, lah," kata lelaki yang bekerja di situ setelah di meneliti kerosakan di keretaku. Berkerut dahiku. Malas nak bertekak, aku hanya mengangguk. 3 hari? Lama tu!

Aku beredar dari situ setelah selesai. Sekarang, macam mana? Aku nak balik, ni! Tanpa berfikir panjang, aku mengeluarkan handphone dari dalam beg tanganku.

"Hello abang. Boleh tolong ambil Hana tak? Nanti Hana send location".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience