BAB 5

Romance Completed 7871

LIARA menolak daun pintu kereta tanpa bantuan Hakim. Hakim hanya memerhati dari dalam kereta. Sudah lama tabiat yang satu itu ditinggalkan dan entah bila lagi dia dapat kembali membuat semua rutin lamanya itu.

“I suka when you, my sometimes-cheesy-hopeless-romantic engineer are always a step ahead from me. It would be your signature gentleman gestures,”

“Lama tak you nak pergi parking?”

Pertanyaan Liara menyedarkan Hakim daripada kenangan lalu. Hakim ukir senyum namun hanya Tuhan saja yang tahu betapa hatinya terseksa…

“Kat depan tu je. You masuk dulu, okay?”

Liara berpusing. Memandang pintu masuk Copthorne Hotel yang dahulu dikenali dengan nama Equatorial Hotel yang terletak di puncak Gunung Brinchang. Sudah banyak perubahan sejak terakhir kali dia menjejakkan kaki di sini.

Liara duduk dikerusi yang disediakan oleh pihak hotel. Dia menebarkan pandangan ke sekeliling lobby. Pandangannya kemudian mendarat pada seorang perempuan yang sedang mengendong seorang bayi di hadapannya. Dari pandangan kasar, Liara tahu bayi itu sedang menikmati susu ibunya yang penuh khasiat.

Perlahan, Liara menyentuh dadanya. Sepatutnya ketika ini, dia juga sedang menyusukan Hamilyn seperti ibu muda di depannya ini. Tubir matanya mula berair apabila dia menyedari hakikat sebenarnya bahawa Hamilyn sudah pun meninggal dunia!

Hakim menahan sebak melihat pandangan yang dia pasti sedang merobek hati wanita kesayangannya. Bagaimana dia mahu mengembalikan Liara Milia yang dahulunya seorang wanita kental jika dia sendiri tidak mampu bangkit daripada kesedihan yang masih mencengkam hati mereka?

“Sayang? Jom. I dah checked in,” Hakim menyentuh jemari Liara yang kejap di atas dada.

Liara pandang seketika wajah Hakim.

“Jom?” sekali lagi Hakim mengajak. Kali ini dengan senyuman manis.

Liara mengikut langkah Hakim. Tibanya di kamar, Liara meletakkan beg tangannya di atas dressing table lantas terus menuju ke balcony.

“Terima kasih,” selesai memberikan tip pada bellboy, Hakim menutup pintu. Dia menarik nafas dalam apabila menyedari Liara sebenarnya sedang menjauhkan diri daripadanya.

Liara merenung jauh permandangan hebat di depannya ini. Nun di hujung matanya, terbentang luas seperti karpet ladang teh kebanggaan Cameron Highlands. Tambah mengujakan apabila cuaca turut bekerjasama dalam membawakan suasana yang dingin dan berangin membuat Liara seperti berada di Florence ketika ke sana beberapa tahun dulu.

“Hi?”

Liara memeluk tubuhnya. Memilih untuk tidak menjawab sapaan suaminya.

Hakim mendekati Liara. Rambut ikal Liara yang semakin memanjang dirapikan Hakim setelah angin dengan agresif melibas libas mahkota wanitanya. Haruman limau kasturi begitu menusuk rongga hidung Hakim sehingga membuai sedikit hati lelakinya.

“I hope you still remember this place, sayang. Although they’ve changed the name,”

Hakim menunggu jawab balas namun Liara tetap membisu.

“Sayang?” panggil Hakim.

“I nak tidur. Kepala I sakit,” Liara terus masuk ke dalam tanpa memandang Hakim.

Kalah lagi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience