BAB 9

Romance Completed 7871

9 BULAN 4 HARI…

“Oya nak bagi nama kat baby boleh tak, mama?”

“Cuba Oya tanya walid,”

“Boleh tak walid?” Haidi bertanya dengan penuh harap pada walidnya.

“Alaa. I want to name the baby too,” rengek si Hafleen pulak.

“Sibuklah Leen ni. Oya yang tanya dulu,”

Hafleen memeluk tubuh. Masam mencuka wajah anak itu.

“Leen nak bagi jugak!”

Liara pandang Hakim. Seronok dia melihat suasana kecoh dalam kamar tidurnya di rumah. Sosok tubuh dalam dakapannya pula hanya diam tidak berkutik sedangkan becok abang dan kakaknya hendak memberi nama pada ahli keluarga baru mereka.

“Okay. Macam ni. Why not, this time Oya Haidi yang bagi nama untuk baby. Nanti the next baby, Leen pulak yang bagi. Bolehkan macam tu mama?” Hakim merangkul bahu isterinya.

“Yang ni baru keluar, walid dah nak ada yang the next one?” Liara berbisik perlahan.

“Boleh tak mama?” Haidi ulang soalan yang sama.

“Boleh tak, Leen?” Liara bertanya pada Hafleen pula. Melihat pada cebikan di mulut anak itu, Liara memberi isyarat pada Hakim untuk segera memujuk. Kang ada dua orang sekali yang menjerit kat sini nanti!

Hakim cepat cepat mengambil anak itu dan didudukkan di atas ribanya.

“Walid dengan mama janji dengan Leen, the next one will be your turn. Okay sweetheart?”

“Okay. But I want a baby boy. Okay mama?”

Amboi anak ini. Ingat boleh ke nak tempah siap siap dapat baby boy ke girl? Leen, Leen!

“Okay sweetheart. Anything for our sweetheart. So, Oya nak bagi nama baby apa?”

“Oya nak bagi nama, Heleena,”

Liara pandang wajah Hakim. Begitu jua Hakim.

“Nice name, Oya. I like. Hi Nana!” Hafleen tunduk, mencium pipi si puteri.

“Nanti walid discuss dengan mama dulu, okay Oya? But how come you’ve thought of that name?”

“Oya dapat dalam mimpi. Oya jumpa dalam bakul baby yang walid beli untuk baby Hamilyn dulu,” polos anak itu menjawab.

Hakim terus pegang bahu Liara. Gusar sekiranya Liara terjatuh lagi mendengar jawapan Haidi.

“Yeke Oya? Oya nampak baby Hamilyn tak?” tanya Liara.

“Nampak. Dia tengah tidur. Baby Hamilyn cantik mama. Muka dia sama macam mama,”

Allahuakbar! Bergema sebentar hati Liara. Begitu sekali ALLAH memberi petunjuk padanya.

Kedengaran suara dari bawah memanggil nama Haidi dan Hafleen. Bergegas mereka turun apabila dikatakan Tok Pa mereka membeli ais krim. Tinggallah cuma Hakim, Liara dan permata hati terbaru mereka di dalam kamar.

“He dreamt of her too. That was the exact dream I had a month ago, sayang,” ujar Liara.

“I know, sayang. I had the same one too. Mungkin ni petunjuk yang Tuhan nak bagi pada kita. Be strong, sayang,”

Liara alih pandang. Memandang khusyuk anugerah terindah dalam hidupnya yang baru dilahirkan dua hari lepas. Kali ini semuanya selamat dan sempurna. Bayi perempuan seberat 2.95 kg ini disambut sekali lagi oleh Hakim sesudah azan Subuh bergema di udara.

“Sharifah Heleena Marsya bt Syed Hakim Lutfi,” senafas, Liara menutur nama puterinya.

“Marsya? Wow. You really do love her that much eh?”

“What can I say? She does help a bit for the production,”

Kedua mereka gelak.

Hakim mengambil si kecil daripada dakapan Liara. Tergerak-gerak tubuh anak itu apabila dirasa tidurnya diganggu.

“Welcome home Sharifah Heleena Marsya. Walid, mama, Oya Haidi, Kakak Leen and arwah Kakak Hamilyn will always be around for you, angel. We love you,”

“Walid?”

“Yes, mama?”

“Am I still the same girl you fell for 17 years ago?”

Ibu jari Hakim melekap pada pipi isterinya.

“There would only be changes of time. Till forever, you are always the same girl that I fell for always sending me letters, always being there although we were far apart, for always loving someone like me. I have fallen for you 17 years ago, and I am still falling for you everyday and I will continue to fall for you over and over again for days to come,”

Liara mencapai jemari Hakim dan dibawa ke bibir. Sebuah kucupan sayang singgah.

“I love you, Hakim Lutfi,”

“I love you, Liara Milia,”

Pelangi itu muncul setelah ribut melanda seketika perjalanan rumah tangga mereka. Bahkan pelangi yang muncul adalah pelangi terindah yang dianugerahkan ALLAH kepada mereka sekeluarga.

Hikmah kesabaran Hakim, Liara kembali lagi. Menjadi lebih semangat untuk meneruskan hidup. Meneruskan perjalanan yang tidak tentu noktahnya dengan cinta hati juga buah hatinya. Pemberian Tuhan ke dalam rahimnya sebulan setelah meninggalkan Tanah Tinggi Cameron menunjukkan janji Tuhan itu pasti untuk setiap apa yang diminta hambaNya.

Sesungguhnya patah tumbuh hilang berganti. harapannya supaya anugerah ini tidak terhenti di sini sahaja. Dia masih ada janji untuk dilunaskan pada puteri pertama mereka. Seorang bayi lelaki!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience