BAB 2

Romance Completed 7871

LIARA tersedar. Spontan, kepalanya mengalih ke sebelah kiri. Hembusan nafas yang berat menunjukkan betapa lelaki itu keletihan setelah baru pulang dari Kinabatangan petang tadi.

Liara menolak selimut tebal sehingga hujung kaki. Perlahan, dia menarik daun pintu kamarnya lantas meloloskan diri seperlahannya.

Suis lampu di kawasan kolam renang dihidupkan. Liara mengambil tempat di tebing sebelum mencelupkan kedua kakinya ke dalam kolam.

Sudah enam bulan peristiwa itu berlaku namun belum sekalipun Liara dapat melupakan apa yang telah terjadi. Hari demi hari, tiada lain yang dapat difikirkan selain daripada kematian anak bongsunya itu.

Redha? Acapkali dia diingatkan bukan sahaja oleh Hakim, malahan daripada semua orang yang mengenalinya. Orang hanya pandai bercakap. Tidak tahu dan faham apa yang dia rasai. Bagaimana hendak dia redha kalau anak yang dikandung selama lapan bulan meninggal dunia dan dia sendiri tidak sempat mengendong bayinya itu?

Dia membiarkan air matanya membasahi pipi. Seperti malam-malam yang lalu, lelapnya sering diganggu dengan peristiwa itu. Tiada bezanya dengan malam ini. Kenangan itu seperti terus bermain dalam benak fikiran mahupun hatinya.

Terkadang, dia seperti lupa kalau masih ada Hakim, Haidi dan Hafleen dalam hidupnya. Tapi entah mengapa, semangatnya untuk hidup seperti sudah mati bersama dengan jasad anaknya. Dia seperti hilang dalam dunia sendiri. Dunia yang cuma ada dia dan arwah Hamilyn sahaja.

Hubungan suami isteri bersama Hakim juga sudah lama hilang kemesraannya. Satu yang ditanya suaminya, satu juga dijawab. Tiada lagi perbualan mesra, kata-kata romantis antara mereka dikala berdua. Namun tidak dinafikan, Hakim masih belum mengalah untuk mengembalikan keceriaan rumah tangga mereka. Ada sahaja yang akan dilakukan lelaki itu mengambil hatinya tapi tetap hati Liara membeku.

Haidi dan Hafleen juga semakin jauh daripada mama mereka. Rutin mereka bertiga sudah lama dilupakan oleh Liara. Tiada lagi solat berjemaah, makan bersama, menghabiskan homework bersama dan outing mingguan mereka. Mereka lebih banyak menghabiskan masa samada di rumah keluarga Hakim ataupun keluarga Liara yang sememangnya sentiasa memberi sokongan kepada Liara dan Hakim.

Bisnes perancang perkahwinan yang diterajui bersama Mia Trisya dan Arissa Maisara sudah tidak dijenguk. Terkadang ada juga sepupu-sepupunya itu mengajak dia untuk turun padang namun secepatnya dia menolak dengan alasan dia masih memerlukan rehat. Padahal rehat yang dimaksudkan adalah terperuk dalam bilik menanti siang bertukar malam, malam bertukar siang.

Liara merenung permukaan kolam yang berair jernih. Bayangan arwah Hamilyn muncul. Liara terpesona melihat kecantikkan anaknya itu. Seperti abang dan kakaknya, kulit Hamilyn juga putih gebu. Rambut lurus berwarna coklat gelap itu diwarisi daripada Liara sendiri manakala raut wajah anak itu lebih menyerupai Hakim.

“Sayang? Kenapa tinggalkan mama? Mama rindu sayang. I miss you so much, sweetheart,” penuh getar suara itu. Liara memegang dadanya bagi menahan rasa gigil dalam hatinya.

Berdiri sebatang tubuh di balik pintu gelunsur menuju ke kolam renang. Cermin mata yang tergantung pada batang hidungnya ditarik. Air mata yang bergenang di pelupuk mata, dilap mengguna ibu jari.

Allahuakbar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience