BAB 1

Romance Completed 7871

Liara sudah hampir menyerah. Sejak tadi dia meneran namun si dia yang sudah lama ditunggu belum juga mahu meninggalkan kantung rahimnya. Paras tenaganya sudah semakin berkurang. Dia takut kalau tenaganya sudah tidak mencukupi untuk dia meneran.

“Sayang? Hei, jangan tidur sayang. Stay awake please,” suara Hakim menyerap jauh ke dalam otaknya.

“I dah tak larat,” Liara merengek. Manja.

“No sayang. Look at me. Just look at me,” Hakim memegang lembut wajah isterinya yang semakin pucat. Memang dia kesian melihatnya namun dia perlu terus membantu Liara supaya proses kelahiran menjadi lebih cepat. Dia sendiri sebenarnya sudah tidak sanggup melihat belahan jiwanya itu berada dalam keadaan seperti ini.

Liara memaksa matanya untuk celik setelah merasakan pegangan lembut pada wajahnya. Semangat yang tadinya hilang entah ke mana kembali bernyala setelah pandangannya mendarat pada raut wajah jejaka yang memiliki keseluruhan hatinya ini. Liara mengangkat sebelah tangannya lantas mengelus wajah itu dan dibalas dengan belaian pada tangannya.

“You can do this, sayang. I know you can. You are my strong queen, remember? Don’t worry. I’m here with you. Till the end,” Hakim membawa jemari runcing Liara ke bibir lantas satu kucupan penguat semangat singgah.

Mendengar kata-kata Hakim, Liara mula mengumpul tenaganya semula. Dia tidak mahu mengecewakan suaminya itu. Anak ini sudah lama ditunggu kemunculannya. Dia tidak boleh berhenti separuh jalan saja!

Liara mula meneran semula. Sebelah tangan dibiarkan dipegang Hakim manakala sebelah lagi memegang palang sisi katil. Bibirnya diketap kuat-kuat. Arahan daripada doktor diikut satu-satu supaya semuanya cepat berlalu.

“Come on, sayang. Sikit lagi!” Hakim turut memberi semangat. Pegangan erat Liara dibalas dengan penuh sayang supaya Liara tahu dia tidak keseorangan.

“Okay Liara. One big push and it’s over, okay? Okay, on my count. One, two, three, push!”

Semerta, Liara meneran sekuat hati sehingga badannya turut tersorong ke depan.

“Good job Liara! Dah keluar!” suara Dr Gina membuat Liara sedar anaknya sudah selamat dilahirkan.

“Alhamdulillah,” ucap Liara. Dia berpaling pada Hakim yang berwajah muram.

“Sayang, our baby is here. We did it!”

Hakim mengukir senyum lirih. Rambut Liara dielus perlahan.

“Thank you, sayang. You’ve done a great job. I’m proud of you. I love you so much, sayang,” sebuah kucupan singgah pada dahi Liara yang sedikit basah dek peluh namun tidak dihirau oleh Hakim. Matanya dipejam erat-erat.

‘Ya Tuhan. Kuatkan isteri hamba!’

Liara tersenyum senang apabila Hakim melafazkan kata keramat itu. Meski ini sudah kali keberapa entah Hakim melafazkan kata-kata itu namun setiap kalinya ia berbeza untuk Liara. Hanya Hakim saja yang punya keistimewaan untuk menjadikan setiap patah keramat itu mempunyai makna yang signifikan.

Kemudian, sesuatu melintasi fikiran Liara.

“Sayang?”

Hakim alih kepala.

“Kenapa, baby?”

“Why isn’t our baby crying? I wanna see her. Where is she?” Liara mengangkat kepala. Mencari kelibat anak yang baru dilahirkan tadi.

Kelu sebentar lidah Hakim. Rasa sebak mula memenuhi ruang hatinya.

“Sayang, you dah janji dengan I kan tadi? You dah janji to be strong no matter what kan?”

Liara memandang wajah Hakim dengan pertanyaan. Janji apa yang dikatakan Hakim ini?

“You cakap apa ni? Janji apa? Where is our baby? I wanna see her!” Liara mengalih pandang pada Dr Gina yang masih setia berdiri bertentang dengannya.

“Where is my child, Doctor? I want to see her. Let me hold her!” suara Liara mula meninggi. Tangan dalam pegangan Hakim mahu direntapnya.

Hakim membuang pandang pada Dr Gina. Mengangguk pada wanita itu supaya melakukan apa yang telah dipersetujui tadi sebelum proses kelahiran bermula. Dr Gina yang memahami isyarat itu turut mengangguk sebelum berlalu untuk menyiapkan apa yang patut.

Hakim tarik nafas dalam-dalam. Dia kembali memegang kedua-dua belah wajah Liara lantas pandangannya dibiarkan mati di dalam mata Liara.

“You dah janji, no matter what you akan redha, kan sayang? Don’t do this, sayang. Our baby is dead. You know that, baby,” Hakim merasakan biji matanya seperti sudah merah bak buah saga saat kata-kata itu meluncur daripada bibirnya lantaran dia menahan air matanya daripada mengalir.

Liara tergamam pada mulanya. Kata-kata suaminya tidak dapat dicerna dengan baik.

“No! You tipu! I baru lahirkan dia, sayang. She’s here! She can’t be dead. My baby is still alive!” Liara membangkang kata Hakim.

“Look Milia! Our baby is dead. She had been since two days ago in your tummy! You like it or not, deal with it. You get me, Liara Milia Iqmal?!” suara Hakim naik satu level atas. Tangannya masih kejap pada wajah isterinya.

Liara menepis tangan Hakim.

“Tak! You tipu! Tipu! Anak I masih hidup. My baby is still alive. You’re lying. I wanna see my baby!” Liara cuba untuk turun daripada katil namun sempat dihalang oleh Hakim yang cepat-cepat membawa tubuh itu ke dalam pelukannya.

“Baby, please. Don’t do this. Tak kesian kat I ke?”

Liara cuba menolak tubuh suaminya tapi apalah sangat yang mampu dilakukannya di saat keletihan masih melingkari tubuhnya setelah 8 jam dia berhempas pulas mahu melahirkan anaknya.

“Let me go, Hakim! I nak tengok anak I. Jangan halang I,”

Dr Gina menghampiri Liara dari arah kiri. Sekali lagi dia menerima isyarat daripada Hakim untuk terus melakukan apa yang sepatutnya. Dia angguk.

Hakim memeluk erat Liara. Tidak mahu Liara menyedari apa yang sedang berlaku. Takut keadaan akan menjadi lebih kecoh.

Dalam Liara meronta-ronta itu, dia merasakan seperti ada sesuatu yang menyucuk pada lengannya. Dia mahu berpaling namun pegangan erat Hakim pada tubuhnya mengunci segala pergerakannya. Perlahan, kepalanya mula bergetar. Serasa mahu melelapkan mata saat ini juga!

“I am so sorry, sayang. I have to do this. I love you,” suara Hakim serasa seperti bisikan halus yang hanya singgah sebentar sebelum hilang ditelan angin.

Sebelum kedua belah matanya juga tertutup. Rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience